Showing posts with label artikel. Show all posts
Showing posts with label artikel. Show all posts

12/12/2016

Meminggir Nabi


Qabasat min ar-Rasul 


Rupanya mencintai nabi juga mempunyai uzlah!

Saya menemui bahawa dalam mencintai nabi juga ada uzlah. Walaupun sebelum ini saya sudah membaca buku ini, cuma lebih terasa dan faham dengan apa yang disebut penulis. 

Buku ini dibaca bersempena maulid nabi. Ianya bacaan tajdid. Tajdid sirah dan perjuangan nabi. Adapun tajdid sirah bukanlah suatu yang bersempena, sebagai seorang muslim, sirah itu hidup. Jika tidak, kitalah mangsa yang disebut penulis iaitu meng-uzlah-kan sirah.

Uzlah di sini bermaksud meminggirkan diri. Seperti yang dilakukan nabi ketika sebelum menjadi nabi. Nabi beruzlah di gua hira menginsafi umatnya yang teruk. Di dalam buku ini uzlah yang dinyatakan bukanlah uzlah secra fizikal. Namun yang disebut di sini uzlah wijdaniah, uzlah perasaan. Lebih mudah lagi ianya peminggiran sesuatu hanya pada perasaan dan dalam tanpa diterjemah pada kehidupan.


Kecintaan Sekadar di Hati


Mukaddimah buku ini tidaklah begitu panjang sebenarnya. Cuma ia hadir tepat ketika saya membacanya. Maka disitu timbul niat untuk berkongsi.

Cintanya umat ini pada nabi memang begitu membuak-buak. Kita sendiri sebagai rakyat Malaysia mengadakan perarakan pada setiap tahun. Jika di Mesir, suasana ‘mencintai nabi’ lebih jelas. Meski tiada perarakan, namun negara diberi cuti. Lebih jelas lagi laungan ‘sollu ala nabi’ kerap terdengar seperti ketika berlaku pergaduhan, lekap kereta, malah peminta sedekah di dalam bas menggunakan kalimah itu untuk meminta perhatian.

Nabi itu di mana-mana. Begitulah mudahnya.

Penulis membandingkan dengan kefahaman  sirah di zaman ini dan dua khalifah terawal. Menceritakan bagaimana sunnah itu dijasadkan dan difahami pada awal zaman Abu Bakar dan Umar al-Khattab kemudian pudarlah dengan berlalunya masa.

Namun beliau menafikan bahawa faktor utama mereka itu hebat bukanlah mereka pernah melihat nabi secara lansung tetapi berterusannya dogma dan manhaj tarbawi yang diterjemah baik
oleh Abu Bakar dan Umar. Mudahnya sirah, sunnah dan nabi itu tidaklah di hanya kecintaan. Perbuataan dan kata-kata (Qabasat) nabi diterjemah pada kehidupan dan pemerintahan.

Dan berlalulah zaman, pudar dari semasa ke semasa dan hanya meletakkan islam itu hanya pada nama dan sunnah itu hanya pada hati sahaja hinggalah barat mengambil alih pemerintahan dunia.

 
Hakikat mencintai nabi 


Maka di situ terbit soalan daripada penulis; Bagaimana kita boleh membuang tokoh yang menggerakkan dunia, tidak pernah henti walau sebentar ini dipinggarkan dari realiti dan dibiarkan hanya untuk dicintai sahaja?

Adakah berhak nabi itu dihati kita sahaja, hanya perasaan kecintaan sahaja tanpa praktikaliti, tanpa membawanya hidup di kehidupan seharian kita. Adakah nabi hadir untuk dicintai sahaja?

Penulis malah menambah, nabi ini bukanlah seperti orang filsuf yang sekadar teori dan jauh sekali seperti ahli sihir dan ahli syair yang hanya pandai berteori. Tetapi nabi dimisalkan dengan orang yang membawa cangkul dengan tangan sendiri, memecah kebatilan yang sedia ada. Selepas itu membina semula dengan batu-bata hinggalah terbina semula binaan haq juga dengan tangan sendiri. Bukan itu sahaja, dia juga makan bersama manusia disitu, berperang bersama, hidup dan bersahabat, dan menjadi qudwah buat umat.

 
Nabi bukan teori, tetapi tokoh yang wujud, hidup dengan umatnya. 


Dia itulah Nabi kita. Sangat praktikal dan realiti,

Namun umatnya hanya sekadar mencintainya. Sekadar di hati!  






8/18/2013

Selamat Hari Raya 1434 !


Dari kiri : ketiga, bongsu, ayah, saya. (ibu dan kakak tiada dalam gambar) 


Memang bersalah kerana saya belum lagi mengucapkan selamat walaupun sudah masuk raya ke 8. Tambah bersalah kerana ini julang kalinya saya berada di Malaysia setelah 2 tahun di Mesir.

Semua sudah tahu  bezanya raya di Mesir dan di Malaysia. Sama juga beza Ramadan di Malaysia dan Mesir. Jika bagaimana kita merasa pelik dengan kemeriahan orang arab menyambut ramadan, sama juga mereka amat pelik bagaimana kita boleh meriah dengan raya syawal ini.

Bagi saya yang merasa kedua-dua ini, saya rasa amat menarik dan positif. Ramadan yang meriah perlu dan raya yang meriah juga perlu.

Entah, rasanya raya tahun ini antara raya yang paling meriah dalam kebanyakan raya saya.

Tahun ini  raya cukup korum(ahli keluarga semua ada), raya pertama juga saudara di sebelah ayah cukup. Pergi bercuti pd pula, ramai juga yang datang rumah. Alhamdulillah, raya kali ini meriah.

Ambilah satu dari banyak ma'ani raya, syawal. Maani perjuangan, istiqomah, ukhuwwah, solidariti.

Moga anda bergembira dengan kemenangan di sisi dan tidak bergembira kosong. Seolah semua orang bergembira dengan kemenangan Brazil dalam piala dunia, anda pula bergembira dengan hari jadi adik anda. pelik.

Saya gembira kerana seminggu syawal ini saya masih meneruskan tilawah saya. anda bagaimana :)



7/23/2013

Berdikari di Ramadhan?

Bagaimana one on one dengan ramadhan? 



Satu hal baru yang saya belajar ketika melaksanakan ibadah ramadhan kalini (di Malaysia) adalah keupayaan seorang muslim berdikari di bulan Ramadhan. Tidak ramai dari kalangan kita yang berpesta amal di bulan ini dengan kekuatan dirinya tanpa dibantu faktor atau orang lain.

Maksud berdikari pada istilahnya adalah tidak bergantung pada orang lain. Ertinya, kita tidak memerlukan sesiapa dan tidak bergantung pada benda lain untuk hidup dan beramal di bulan ini.

Saya sedar perkara ini, ketika membandingkan situasi ramadhan di Malaysia dan situasi ramadhan di Mesir. Pastinya terdapat beza besar antara dua situasi ini. Jika di Mesir, biasa (suasana) ramadhan memang sangat meriah dan seolah-olahnya itu adalah perayaan bagi mereka. Ramai manusia membaca al-Quran di mana-mana, dan suasana menjelajah masjid yang berasingan setiap malam. Tambahan, jika kena dengan imam yang sedap bacaanya, memang boleh berdiri 2-3 jam lamanya.

Sedang di Malaysia, suasana sedikit berbeza. Ramadhan dan bulan-bulan seolah tidak nampak bezanya kecuali bazar ramadhan dan promosi buffet di hotel-hotel.

Memang di Mesir lebih layan berbanding di Malaysia. Suasana di Mesir jauh lebih baik berbanding di Malaysia. Suasana yang baik memang mendorong untuk kita melakukan amal dengan lebih. Itu kelebihan utamnya.

Maka di situ gunanya konsep ‘berdikari di bulan ramadhan’ . Sedar dengan kelemahan pada tempat kita ini, maka berdikari ketika ramadhan memang sangat penting. Rugi jika ‘terkejut’ dengan keadaan di Malaysia dan terus kalah kerana tiada biah (suasana) di Malaysia.

Bagaimana ingin mendapatkan 3 hinga 5 juz sehari ketika di Mesir dahulu dan melaksanakan di Malaysia. Tanpa terlalu mengharapkan suasana, kita boleh berdikari untuk mendapatkan 5 juz sehari.

Berdikari untuk bangun mendapatkan qiam yang kualit setiap hari.

Berdikari untuk memberi kesan pada keluarga dan masyarakat sekeliling .

Berdikari pada setiap amal di bulan ramadhan ini.

Mungkin ini adalah pengajaran terpenting yang Tuhan ingin beri kepada saya. Dia mahu ajarkan saya erti berdikari, erti bagaimana berseorangan di ramadhan.. tanpa mengharapkan bantuan biah yang sebelum ini saya dapat!

Seolahnya anda sedang one on one dengan ramadhan. Begitulah 

Semoga terus kuat dan Selamat berdikari!  



  

3/02/2013

21 perkara dalam bercinta!




Valentine sudah habis namun praktikalnya? sini ada 21 point penting untuk anda!

1) Asal dalam hubungan lelaki dan wanita adalah TIDAK BOLEH. Ketika terpaksa sahaja boleh berhubung antara lelaki dan perempuan

2) Terpaksa yang dimaksudkan adalah belajar, berubat atau berniaga SAHAJA.

3) Couple adalah HARAM walau dari sudut mana perbincangan anda

4) Hati wanita adalah sangat lembut. TIDAK BOLEH seorang lelaki bermain-main dengan hati wanita

5) Cara yang paling praktikal untuk menghalang adalah dengan TUNDUKKAN PANDANGAN bagi lelaki dan wanita

6) PUASA yang betul juga boleh menghalang syahwat

7) 90% cinta yang anda lihat adalah salah

8) Kita perlu nampak bahawa masalah cinta adalah perkara BESAR kerana telah menyebabkan banyak masalah pada remaja

9) Namun perlu dilihat KECIL bagi yang mengalami kerana banyak isu lain seperti belajar dan palestin

10) keluar date adalah sangat tidak gentle . Berkahwin adalah langkah yang paling betul

11) cinta yang betul adalah pada Allah, diri sendiri, nabi dan ibu bapa

12) Syaitan amat suka bermain-main dengan masalah cinta. Jadi hati-hati

13) Banyak kes zina berlaku hanya disebabkan salah langkah. si lelaki mengajak si perempuan keluar dan 'tiba-tiba sudah terzina'

14) Ramai ibu bapa yang silap. Membenarkan anak perempuan pergi date hanya kerana takut anak mereka tidak akan berkahwin

15) Semua remaja perlu berlatih untuk menahan pandangan. Susah namun perlukan latihan.

16) Latihan juga perlu pada lelaki untuk tidak mengorat, kacau di facebook atau di twitter

17) Pengaruh Media amat kuat. SILA jauhkan

18) JANGAN meminta pendapat kawan anda yang sama jantina tentang isu ini. Tanyalah mereka yang benar-benar layak

19) JANGAN menipu diri sendiri seperti alasan bercouple untuk hilangkan stress.

20) JANGAN sesekali ngada-ngada untuk memulakan. sekali anda terjerumus maka anda akan menyesal.

21) SIBUKKAN diri anda dengan benda yang manfaat hingga ada mampu melupakan masalah cinta.



1/27/2013

Mengajak itu mudah.



Cuba mula dengan ini, dan naiklah setingkat lagi! 


Sebenarnya isu dakwah ini asalnya adalah satu isu yang mudah. Hanya daipada satu hadis nabi ini, ia boleh berkembang menjadi sesuatu yang amat besar.

 “Apabila kamu nampak kemungkaran, maka ubahlah dengan tangan, jika tidak mampu ubahlah dengan lisan, jika tidak mampu ubahlah dengan hati, maka itu adalah selemah-lemah iman.”

Asalnya begitu, kamu lihat kamu ubah. Begitu.

Mudahnya dipanggil mencegah kemungkaran dan menyebarkan maaruf. Panggilan biasa bagi perbuatan ini dipanggil dakwah.

Namun, perkara yang mudah ini sangat bergantung pada situasi. Boleh jadi amat mudah dan boleh seribu kali ganda lebih payah dari apa yang kita sangka.

Contoh bagi perbuatan dakwah yang mudah adalah begini :

Anda melihat sebuah plastik yang dalamnya ada saki baki sambal, anda jangka ianya adalah bekas dari sambal keropok lekor yang dijual makcik kantin di sekolah anda. Dengan segeranya anda mengambil sampah tersebut dan memasukkan ke dalam tong sampah. Jalan kembali bersih dengan langkah mudah anda membuang sampah ke dalam tong sampah.


Contoh seterusnya yang lebih mudah adalah begini : 

Setelah dikenal pasti anda mempunyai peribadi yang elok, beserta akhlak yang mulia, anda dilantik menjadi ketua kebersihan untuk kelas anda, 3 murni. Majoriti kelas melantik anda untuk memikul tanggungjawab ini.

Nah, kini semakin berat. Pertama, anda perlu membuat jadual tugasan sepanjang minggu, yang cantik dan berwarna warni, sedikit perjumpaan dengan timbalan anda yang juga budak perempuan yang banyak celoteh. Seterusnya perlu memastikan jadual itu diikut oleh semua budak dalam kelas anda. Jika kelas tidak bersih, andalah yang perlu berjumpa dengan guru kelas untuk diambil tindakan.

Berbeza dengan contoh yang pertama, isu kebersihan dan sampah semakin berat. Contoh yang lebih berat adalah seperti berikut :

Merungut pun tidak boleh, anda kini adalah ketua kebersihan dan keceriaan bagi sekolah anda. Kini, anda perlu menyertai meeting(perjumpaan) majlis perwakilan pelajar, juga perlu membuat meeting unit anda, menyusun aktiviti sepanjang tahun, meletakkan target unit anda untuk sesi pertama dan kedua, memastikan perancangan aktiviti setahun berjalan lancar.

Tiga bulan lagi, anda akan mengadakan bulan keceriaan dan kebersihan, dan anda adalah pengarah bagi bulan tersebut. Unit anda perlu bergabung pula dengan unit disiplin. Dalam masa yang sama, anda akan menghadapi SPM pada akhir tahun.

Nah, berbeza sungguh daripada asal dahulu, ketika anda sekolah rendah anda hanya mengutip sampah keropok lekor, kini menjadi pengarah bulan kebersihan. Dahulu tiada apa-apa, sekarang ini anda perlu membuat system, perancangan, unit dan gerak kerja semata-mata untuk memastikan kebersihan sekolah anda.

Saya tidak ingin menyambung contoh-contoh hingga anda menjadi menteri kesihatan. Cukup dengan perkembangan dakwah ini, yang sebenarnya asal daripada hadis nabi yang awal tadi.


Moral :

1) Oleh sebab itu, anda perlukan mula dari bawah. Mula dari kutip sampah, dan dari itu dakwah anda akan berkembang.

2) Memang, teorinya dakwah ini adalah mudah, praktikalnya ya ampun.. seribu kali susah.

3) Makin susah itu adalah tanda kematangan. Dakwah ini memang semakin lama makin mencabar.

4) Entry ini adalah tipikal. Jika mahu ambil sila. Tidak mahu boleh kritik

5) Boleh jadi input di atas boleh dipraktikkan dalam hal-hal yang lain. Sekadar mahu tunjuk bahawa dakwah adalah begini.


Isunya praktik!

10/21/2012

Pak Latip yang 'keras kepala'

2 minggu mengkaji Hasan Al-Banna di Mesir
(Nawfal, Pak Latip, Cikpuan Azzah AR)  





Sejujurnya, Novel sejarah  bukanlah sebuah genre yang saya minati. Malah saya tidak pernah membaca mana-mana novel tulisan Tuan Abdul latib bin latip( mesra dengan Pak latip) . Namun selepas berkenalan dengan Pak Latip, saya ada membelek novel beliau. Sekali lagi saya berkata jujur, memang karya yang sangat menarik, mudah dan sesuai dengan kebanyakan rakyat Malaysia. 

Saya gemar mengistilahkan seseorang yang hebat dengan perkataan 'gila'. Bukan bermaksud sawan tetapi itu adalah sebuah definisi bagi seorang manusia yang sangat hebat, luar dari kotak, kurang tidur, seolah sempurna dan banyak lagi. Bagi saya, Pak Latip adalah salah seorang 'si-gila' . Umum bagi semua orang dan khusus bagi penulis, bakal penulis dan sesiapa yang berhajat besar ingin berdakwah dalam seni pena ini . 

Lebih 30 buah buku dihasilkan semenjak tahun 2007, ada antara buku diulangcetak sebanyak 15 kali, dan sudah ada idea dan sumber untuk menulis 5 buah novel lagi. Novel paling cepat ditulisnya adalah dua minggu sahaja. Turki sahaja sudah 3 kali dijelajahnya. Tidak termasuk Iran, Mesir, Uzberkistan  dan banyak lagi. Semua ini dilakukan ketika usia beliau sekarang 58 tahun. 


Adakah ini tidak cukup gila?


Antara yang paling saya kagumi adalah bagaimana Pak latip berminat untuk menulis novel-novel sejarah dari pejuang islam tanah melayu seperti Tok Janggut dan Siamang Gagap ke tokoh islam yang terkenal seperti Salahuddin Ayyubi dan Alfateh hinggalah musuh islam seperti Mustafa Kamal dan Genghis Khan. 

Beliau menukar genre kerana merasakan novel-novel sastera yang diangkat oleh sarjana sastera tidak dibaca dan tidak terjual. Ada satu novel yang mendapat anugerah tidak habis dijual walaupun hanya 3000 buah sahaja yang dicetak. Apakah cukup jika dari sudut sastera sahaja yang kenyang tetapi dari sudut penyampaian dakwah kepada pembaca tidak sampai? 


Akhirnya beliau menemui kepuasan dakwah dengan novel-novel sejarah. Katanya, ramai yang terkesan dengan tulisan beliau dari sudut akademik juga akhlak, dan pembinaan peribadi. Mudahnya, dakwah lebih sampai dengan novel sebegini. Rakyat Malaysia yang kebanyakan dapat membaca novel yang mudah, menarik sebegini.


Namun, menulis novel sejarah bukanlah satu kerja yang mudah, apatah lagi seorang yang berumur seperti beliau. Duit dan tenaga terpaksa dikeluarkan untuk menjaga ketepatan dan keaslian sumber. Maka, mengembaralah beliau ke merata tempat untuk proses pengkajian sejarah. Cukup mustahil jika tiada keazaman yang padu dan jiwa yang besar. Bagi saya, sangat layak bagi seorang seperti beliau, duduk di rumah menjaga cucu sahaja.


Tetapi inilah contoh penulis 'keras kepala' . Tiada apa yang boleh halang penulis tegar sebegini. Beliau terus bersemangat hingga ke harini untuk terus berdakwah melalui penanya. Saya bukanlah seorang yang meminati penulisan sejarah seperti Pak Latip, namun keazamannya, semangat, keikhlasan beliau menjadi batu loncatan untuk saya khusus dalam bidang penulisan dan umum sebagai pedoman hidup saya. Masih kuat walau umur hampir mencecah 60-an.


Saya doakan Pak Latip diberi kekuatan untuk menyambung tugasnya ini. 


Sangat hebat! sangat gila!



9/09/2012

Terima kasih semua



'sepakat membawa berkat' 


Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada IKRAM dan semua ahlinya. Kerana dengan usaha gigih dan kreatif mereka yang berpanjangan, term-term seperti 'bulatan gembira' dapat diterima masyarakat dengan baik. Dengan itu, dapatlah masyarakat biasa faham akan apa itu usrah dan membuatkan mereka ingin untuk sama menyertai usrah. syabas saya ucapkan.

Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan syukran jazilan atas usaha pakcik-pakcik TABLIGH dalam menyampaikan dakwah mereka pada 80 dan 90-an di malaysia dahulu. Tanpa mengenal erti malu, mereka mengajak umat untuk mempraktikkan sunnah, meninggalkan mungkar serta mengajak mereka ke masjid. Usaha proaktif ini dilakukan ketika umat berbondong-bondong larut dalam jahiliyyah. Namun mereka tetap tegar berdakwah hingga ke pelusuk jauhnya.

PAS hadir untuk menyelesaikan kekalutan politik ketika itu. Mereka tampil untuk menyimbangkan UMNO yang ketika itu kurang membawa mesej islam. Kita seharusnya berterima kasih dengan PAS kerana jika tiada mereka, tiadalah satu kuasa penolak yang menyeimbangankan politik Malaysia dulu dan sekarang.

HALUAN pula tampil dengan jalan mereka sendiri. Manakala ABIM dengan semangat mereka. Merekalah yang menggerakkan mahasiswa satu ketika dahulu ketika ramai mahasiswa dahulu sepi tanpa berbuat apa-apa.

Antara yang memberi kesan juga adalah gerak ARQAM. Dari sekolah, klinik, semuanya milik mereka. Paling memberi kesan setakat ini.

semua ada kerja masing-masing dan semuanya berbeza cara masing-masing. Semua ada cara memajukan islam dengan cara masing-masing. Di sinilah rahmatnya khilaf dan di sinilah perlunya menghormati orang lain.

Kerana anda semua, saya masih muslim. Terima kasih semua!


8/18/2012

Sentimental raya atau ramadan?


balik kampung atau balik ke fitrah? 

Dalam banyak detik dalam setahun, yang paling sentimental khususnya bagi para muslimin malaysia, tentu sekali ketika Hari Raya Aidilfitri.

Sentimental ini biasanya bersebab, tipikal mereka yang berada di perantauan pastinya sedih kerana tidak dapat pulang beraya, sama juga dengan abang-abang tentera, polis, tol dan sebagainya, pasti mereka sedih kerana tidak dapat pulang beraya tahun ini.

Namun muslim yang benar imannya mesti lain. Sentimentalnya mestilah pada berakhirnya ramadhan. bukan keseluruhan pada eid itu. kerana eid itu hanyalah sambutan sehari berbanding sebulan ramadhan. Malah berasa sedih dan sentimental melampau tidak beraya di kampung bukanlah satu perasaan yang bagus dan tepat.

lebih kena jika kita berasa gembira dengan kemenangan dengan amal ibadat serta perubahan selepas keluar dari dari ramadhan. semestinya seronok dengan diri kita yang baru!

Tetapi sentimental dengan ramadhan juga perlu. Malah saya rasa ini perasaan yang biasa bagi mereka yang menghayati ramadan dengan sebaiknya.

Sedih kerana tidak beramal lebih, sedih kerana ini peluang sekali setahun, bimbang adakah dosa diampunkan dan amalan diterima, sedih terkenang mengenangkan suasana baik di siang dan malamnya.

Sedih perlu dan gembira juga perlu.

Cantik jika kita gabung sinergikan keduanya ; sedih dan gembira ini

Dua perasaan hebat ini kita gabungkan bukanlah untuk apa. untuk hari-hari yang mendatang juga. untuk lebih mahu beramal, lebih ingin, lebih semangat mahu meneruskan amal yang ketika ramadhan.

Saya tak tahu ke mana boleh kita letak perasaan sedih kita yang melampau kepada keluarga kita jika kita benar-benar ada dua perasaan ini.

moga bergembira dan bersedihlah. kullu aam wantum bikhier!



7/22/2012

ramadhan gila

ramadhan tiba!


Bila ramadhan tiba, muslim mula menggila.

mengapa ketawa? bulan ini memang paling gila bagi ummat islam seluruh dunia setiap masa dan sejarah. Badar dan Ain jalut ada ceritanya jika anda masih ketawa tidak mempercayai saya.

Dahulu, ketika kelas tambahan bersama seorang guru india yang menganut agama hindu, dia pernah meluahkan perasaannya tentang muslim yang berpuasa di bulan ramadhan. 

"bagaimana kamu semua boleh berpuasa? kalau saya tidak makan tengah hari dalam keadaan panas begini, memang saya tak tahan.."

Itu katanya. saya hanya senyum mendengar sedikit pujian dari beliau. Agaknya kalau saya menceritakan kisah saifuddin Al-qutuz menentang katabgha di Ain jalut, tentu sekali beliau akan melopong mendengar cerita kemenangan tentera muslim menentang tartar dengan jayanya di bulan ramadhan. Pasti beliau berasa sangat pelik dengan muslim-muslim begini. tidak makan dan minum tetapi mampu menewaskan angkatan tentera terbesar yang menakluki seluas korea hingga ke poland ketika itu.

Saya syak beliau akan pengsan terkejut sekiranya saya menyambung kisah saya dengan perang ashqolan dan badar. Inilah bukti muslim menggila ketika ramadhan. Memiliki kehidupan yang sangat kontra berbanding umat yang lain. Cukuplah iman mengenyangkan perut mereka, cukuplah rasa cinta mereka pada islam yang dijunjung untuk menghilangkan haus.   
  
Memang ketika ramadhan, muslim menjadi gila segilanya. 

Cuma bukanlah gila moreh, atau gila membeli baju raya, gila di bazar ramadhan, gila di katil atau gila membuat ketupat dan rendang. Bukan semuanya.

Sejarah memang akan membuatkan orang bukan muslim akan melopong dan ternganga. Kisah itu dan ini islam memenangi peperangan-peperangan besar pastinya akan menjadikan mereka pelik dengan kehebatan ramadhan mereka. Bagi mereka mustahil untuk bertahan lama di tengah padang pasir berperang tanpa makan dan minum.

Namun adakah mereka akan kekal pelik sebegitu jika mereka mendengar kisah kita di bulan ramadhan? Saya jangka tidak. Malah mereka akan gelak mendengar kisah kita di bulan ramadhan. Kisah yang berbeza antara kita dan mujahid dahulu.

Kita hanya berbaring malas di atas katil dari pagi hingga tengah hari menunggu azan magrib. Bangun hanya untuk beratur mendapatkan ayam percik di bazar ramadhan. Pergi tarawih hanya kerana moreh teh tarik dan laksa atau mee kari, itupun selepas dipaksa oleh mak dan ayah.

Hatta saya juga ketawa ketika menulis ini. Tidak sangka banyak sekali peperang besar berlaku ketika bulan ramadhan. Bukan hanya mereka yang kafir terkejut dengan kehebatan muslimin di medan, malah saya juga terkesima dengan mereka ini. 

Mereka cukup gila di bulan ramadhan. Mereka membuktikan ramadhan adalah bulan gila bagi muslimin. 

Mereka mencipta sejarah pada bulan yang tiada makan dan minum ini, bergerak, berdakwah, berperang dengan penuh kegilaan dan tidak kira apa.

bersama kita mencipta sejarah kita di bulan ramadhan. ramadhan adalah bulan gila! Jangan culas terbaring malas sahaja. 



3/05/2012

Bina diri untuk dunia



dunia kacau bilau

Kadang-kadang mulut ini suka sangat merungut tentang dunia masa kini.

kepala pula pening fikir mana yang betul mana yang salah.

Dahulu, saya ingat sistem sekular sudah cukup menyusahkan. Kini tiba pula liberal yang cuba ikut 100% kepala manusia. aduh, berhadapan manusia yang bertuhankan akal memang payah amat. saya juga masih pening-pening nak faham istilah-istilah kapitalisme, sosialisme, nasionalis, islamist, demokrasi dan banyak lagi.

mana satu yang betul? islam menyokong mana?

tidak cukup dengan itu, kristianisasi, murtad dan serangan yang nampak atau tidak nampak menyerang dari segenap sudut. tidak lupa freemason, illuminati, yahudi, orentalis

Ditambah dengan masalah dalaman seperti masalah jemaah, isu melayu, politik tak berkesudahan, tiada kesepakatan malah kesatuan.

malah dalam gerakan amal, siapa yang perlu kita sokong? gerak kerja mana yang paling utama dalam menyelesaikan masalah? adakah kita berada di jalan yang betul?

Terasa diri amat sengsara dengan semua bebanan perkara ini hatta pernah terlintas dalam diri, bagaimana adik saya nak faham benda berat ini semua? keluarga saya? saya sendiri?

...

Di sebalik ini semua, saya rasa saya ada faham sesuatu.

dunia porak poranda seolah tiada had ini memahamkan saya akan satu perkara penting.

Anda boleh kata apa sahaja, anda boleh pilih apa sahaja, anda boleh lawan dengan apa yang anda ada, tapi sebelum itu selesaikan perkara ini.

ia adalah individu. atau diri

silakan bersembang tentang orentalis atau serangan kristianisasi, kebangkitan dunia atau sebagainya, tetapi tanpa individu yang kemas peribadinya. Maka tidak mampu berbuat apa-apa. Malah saya amat blur ketika saya ligat bersembang itu ini begitu dan begini, dalam keadaan diri saya yang sebegini lemah.

barat dan yahudi tidak mampu dikalahkan dengan kita yang sebegini. Membina diri adalah langkah praktikal paling awal yang perlu dilaksanakan jika benar-benar anda ingin melawan semua ini.

10 peribadi muslim sebagai ukuran.

akidah yang sejahtera , ibadah yang betul , akhlak yang mapan , tubuh badan yang kuat , berdikari , Tersusun urusan , menjaga masa , berpengetahuan luas , Mujahadah melawan nafsu , Manfaat kepada orang lain.


selesai baru boleh lawan. kalau tidak tinggal angan dan sembang sahaja .







6/25/2011

Assiddiq itu membuta?





sungguhnya saya mengambil masa cukup lama daripada menulis entry untuk muhasabah entry saya yang lalu-lalu. saya merasakan peranan kualiti lebih baik daripada kuantiti dalam menyampaikan sesuatu. Moga Allah kembali memabntu saya dalam mencapai idea-idea, hikmah dan pengisian yang lebih baik untuk anda. terima kasih
_______________________________________________________________________

Saya menulis entry kalini bersempena dengan isra' mikraj dan keberadaan kita dalam bulan rejab yang penuh barakah ini. Saya berharap post ini ringkas dan tak meracau-racau. InsyaAllah padu juga.

Mengenai hikmah isra' mikraj ni, makin lama makin banyak pula hikmahnya. saya pernah dengar tentang perjalanan nabi hikmah untuk kita menjaga kesucian. Kerana nabi memilih susu daripada arak. Ada juga yang menyebut mikraj nabi ini membawa petunjuk alam cakerawala ini teramat luas yang tidak hanya merangkumi bumi, matahari, mahupun bulan sahaja. Bahkan hingga langit yang ketujuh seperti yg dikhbarkn.

Ada juga yang berkata mengenai sokongan amat penting bagi seseorang khususnya dalam dakwah ini. Ada dua sokongan, pertama peranan zaujah yang teramat penting. kedua, sokongan daripada

Dalam perjalanan nabi ini juga, Allah mengangkat masjid Al-Aqsa sebagai masjid yang mulia kerana disitu menjadi tempat berhenti nabi sebelum baginda bergerak menunggangi burak ke langit menemui Allah.

sungguh Allah amat besar kurniaanya dan kuasanya.

namun cerita assidiq juga yang bermain dalam fikiran saya. bagaimana beliau diangkat menjadi seorang yang paling mulia kerana percayanya beliau akan seluruh kata-kata nabi. Siapa sahaja yang boleh menerima bulat-bulat isra' mikraj nabi yang hanya semalaman tapi mampu hingga ke langit ketujuh? tak logik dek akal tambahan lagi orang arab dahulu hanya terbatas dengan padang pasir sahaja.

dan kalaulah Abu Bakar assidiq tidak percaya akan nabi, memang nabi tidak ada sokongan lansung dan boleh jadi tiadalah islam hingga harini.

Kalau mau kaji, percayalah dahulu kerana kalaulah anda mengharapkan sains untuk membuktikan apa yang Allah dan nabi kata maka anda memang merendahkan Al-quran dan x layaklah dipanggil muslim kerana erti 'salama' atau 'islam' itu adalah menyerahkan diri kepada Allah. sama sekali tidak layak jika anda masih belum redo segalanya untuk Allah.

saya akan katakan ya jika saya suruh anda membuta dalam beriman dan beramal. kerana Abu bakar r.a juga bulat-bulat terima isra' mikraj nabi yang luar akal manusia ini. mengapa kita tidak?

wallahualam.



5/04/2011

Firaun.


sungguhpun kita ni watak kecil sahaja, tak bermakna tidak boleh menyumbang


saya menjurus untuk berfikir akan satu perkara ini

Apa yang saya fikir ini berkait dengan kuasa besar yang makin lama menampakkan kuasanya. Ditambah hal kuasa besar dalam negara kita sendiri. Mereka sangat berkuasa dari segi media dan propaganda mereka. Kalau diikutkan drama dan skrip lama, mereka ini nampak baik-baik sahaja, rajin membantu, dan merakyatkan kerja-kerja mereka.

Daripada dulu, mereka ini gemar menipu, pandai berlakon, bajet tahu dan macam-macam lagi. Malah, saya sentiasa pelik bagaimana ramai boleh tertipu dengan mereka ini. Dan ini berkait bukan sahaja diluar, malah di dalam negara kita sendiri.

Dalam fikir saya lagi, sebenarnya mereka yang berkuasa besar ini ada satu benda yang lebih kurang sama daripada dulu hingga sekarang. Ada satu kerakter yang sama antara mereka ini. Oleh kerana ianya sejarah, pasti akan berulang hingga hari akhir manusia atas dunia ini.

Bagi saya mereka ini sangatlah berilmu dan sangat boleh untuk dipersalahkan jika dibandingkan dengan kejahatan yang dilakukan oleh mereka ini. Memang tak kena dengan ilmu mereka ini. Mahu mereka lebih sangat daripada tahu mereka.

Yang muslimnya ibarat bersuluh di tengahari, sudah jelas lah ada ilmunya tentang akhirat, dosa dan pahala, syurga dan neraka malah mereka ini mungkin sekali tahu mengenai tasawwuf, fiqh dan dakwah sendiri. Yang kafir pula daripada kecil sudah diajar moral. jadi memang jelaslah tahunya mereka ini.

Ada seorang pernah cerita kepada saya pembukaan sinai yang dirampas oleh israel diketuai oleh husni mubarok. Walaupun sumber nya tidak beberapa pasti tapi dengar-dengar saya, pakcik husni ni baik orangnya.

Kembali tentang apa yang saya fikir daripada awal tadi sebenarnya adalah satu soalan mengenai seorang pemimpin ini. Dan saya pasti dia ini adalah peminpin yang paling teruk sepanjang perkenalan anda dengan pemimpin jahat sepanjang sejarah.

Walaupun begitu, saya rasa dia masih lagi si-laknat ini mempunyai persamaan yang sama dengan pemimpin kuasa besar iaitu ilmu nya tentang tuhan serta azab nerakanya.

Buktinya kerana masih lagi dia mengucapkan syahadah ketika ajalanya. Walaupun pada sebelumnya, beliau sendiri yang mengaku diri tuhan, melawan seru nabi Allah malah bongkak tak tentu pasal.

Jika anda berani teka, saya sedang berfikir tentang firaun.

Yang membuatkan saya terfikir dan mengarang post kalini adalah untuk mencari jawapan mengapa firaun bersyahadah ketika saat matinya. Sedangkan ketika hayatnya dia begitu bongkak dan berbuat zalim keatas dirinya, rakyatnya dan tuhannya sendiri.

Mana mungkin seorang pemimpin yang tidak mempunyai ilmu mampu mengucapkan syahadah? takut akan azabnya?

Kepada anda yang rasanya bukanlah seorang watak besar dalam perjalanan dunia ini boleh juga mengambil ibrah yang sedikit ini, post ini mungkin berkait tentang bahaya ilmu tanpa amal. Ibarat pokok tidak berbuah. Atau teruk lagi akan berbuah tapi beracun pula.

Kerana kerja mereka bukan berdasarkan ilmu baik yang mereka ada. Jadi kalau bukan yang baik hasilnya, buruk dan beracun jualah buahnya.

Ini adalah satu teori saya mengenai taubat firaun. mengenai kuasa besar, bahaya ilmu tanpa amal dan kebodohan orang yang percaya mereka ini.

bagaimana? apa sebabnya firaun menyesal dan insaf? apa ibrah Allah atas kejadian itu? apa ye?


8/14/2010

Ketika ramadhan bertasbih







Yang paling saya ingat tentang Ramadhan adalah kata-kata ayahanda Hamka dalam satu tintanya dalam buku dari lembah cita-cita yang cukup suka untuk saya baca.

mafhumnya secara ringkas ;

ramadhan adalah satu pembebasan bagi seorang muslim dari rutin harian yang membunuh. sungguhnya kita amat terikat dengan satu susunan hidup yang biasanya pagi kita akan sarapan, rehat tengahari akan makan lagi dan seterusnya hingga supper di malam hari.

jadi seolah-olah makan itu yang mengikat kita. sedangkan kita ini bukanlah hidup untuk makan bahkan makan hanyalah asbab kepada kekenyangan dan kekuatan kepada kita.

maka andailah rutin makan itu yang menggari kita maka ramadhanlah yang memerdekakan kita. ramadhan lah yang satu-satunya bulan di mana kita amat bebas untuk beraktivitas tanpa terikat kepada rutin makan yang membunuh ini.

mahupun, bukan semua sosok tegar untuk bebas daripada garian ini dan kalau-kalau andalah orang yang tidak hingin untuk bebas daripada garian ini, saya doakan anda terus berusaha untuk mencapai matlamat ramadhan yang lain.

moga anda mendapat bahtera maghfirah yang didamba ketika ramadhan bertasbih.

pastiadaibrah.

7/15/2010

Yakin Hanya-NYA





Sejuta pujian kepada Mu . Selawat buat kekasih-Mu Muhammad sang murobbi agung yang tiada kalam untuk saya mengucapakan sayang dan kasih kepadanya. Juga kepada sahabatnya, ahli keluarga dan mujahid sepanjang zaman.

Sejuta salam buat anda. Moga saban hari kita lebih konsisten untuk terus berdoa .

Cerita ini ada sedikit kait dengan Piala dunia

Yakin 100% bukan sifat kita sebenarnya. Yakin seluruhnya pada seharian hidup kita tanpa meletakkan Allah di hadapan bukanlah sifat seorang muslim. Dan bukanlah juga sifat muslim yang ramai.

Keyakinan 100% boleh jadi disebabkan keupayaan sesuatu sosok, kekayaan bendaan, teknologi yang bagus, usaha yang menggunung atau sejuta sebab lagi.

Mitsal mudah, mungkinkah Spain tewas kepada Switzerland?

Spain yang terkenalnya dengan corak permainan yang sangat indah juga pemain bintang memenuhi setiap posisi namun akhirnya tewas kepada pasukan yang serba-serbi kurang seprti Switz.

Jadi disini piala dunia banyak mengajar dan membuka mata saya. Ratapan kekalahan kepada pasukan pilihan kerana faktor kesempurnaan dalam pasukan membugarkan saya akan adanya satu kuasa yang lebih sempurna mengatur jagat kita ini.


Maka, jangan terlalu yakin anda akan berjaya dalam peperiksaan dengan usaha, kehebatan anda. tetapi yakinlah usaha anda hanyalah asabab, Allah la yang menguruskan selebihnya. Boleh jadi keputusan tidak lulus, tapi keyakinan yang rapi pada Allah akan meringankan masalah anda.

Yang pasti ada hikmahnya. Allah itu Maha Adil dan tidak berbuat zalim kepada hambanya.


Selamat Mengakhri World Cup!


Allah itu maha berkuasa atas sesuatu
::Pastiadaibrah::


7/04/2010

chenta yang karut






ada orang yang suka bila cinta dicerita

ada orang yang muak bila cinta dicerita

tapi saya tak kesah bila saya cerita tentang cinta. kerana cinta memang begitu sifatnya. cepat dihukum


***

saya tak salahkan siapa-siapa bila cinta dihukum. Kerana dunia itu merobah cinta yang mahal menjadi murah, boleh dijual dan dibeli dengan murah. dunia mengenal cinta itu pada bait-bait lagu. mereka mengenal pada cerita dan tayangan. Penggemburan cerita cinta antara dua insan itu yang dimahalkan.

Akhiranya, perjuangan pakcik Valentino itu yang diterima. cinta jenis itu yang diterima pakai dan akhirnya mencetuskan satu vionis manusia yang membawa cinta itu dihukum sebagai menyampah. meluat dan sebagainya

cinta yang disebut cinta itu bagaimana?
ramai yang kurang arif tentang cinta agung. sebab itu mereka menghebahkan cinta velentino daripada cinta yang disebut cinta.

maaf . saya tidak menggunakan istilah cinta agung dan sebagainya kerana 'cinta' itu sudah untuk membuktikan ia cukup agung. tidak perlu kepada agung dan sebagainya. istilah cinta yang biasa dipakai olah dunia itu yang salah dan patut diubah. mereka sangat sadis hingga kita terpaksa memurnikan kembali istilah 'cinta' itu kepada 'cinta yang agung'. Sungguh, 'cinta' itu sudah cukup.

Muhammad itu sudah tegar dengan cintanya pada agamanya. apakah kita tidak?

8/29/2009

Puasa alat pemerdeka~


...


menjadi satu kemestian membuka blog2, menilai dan membaca entry yang dihasilkan oleh kebanyaknnya peljar IPT dan bersekolah. BUKAN tergila2 blogging, cuma membaca mana yang dihasilkan menarik dan lain dari yang lain. SUKA membaca yang membuka minda, terlonjak saujana, dan praktikal. Barangkali, mungkin 10 post dalam 200.. Biarlah satu post dalam beberapa bulan, daripada sekadar memenuhi tanpa sebarang kualitas..

*mau baca yang bagus .. disarankan ini -Ke mana arah sastera islam kita

***

Hatem teringat satu situasi dahulu ketika di tingakatan 2

"Jangan ikut macam diorang, kita yang dah selalu puasa buat macam orang yang dah banyak puasa"
Hatem yang dibantai sedikit dengan kawannya. Terniat untuk baring-baring sebentar. Benar kata sahabatnya, mana mungkin sama orang yang selalu puasa sunat dengan yang tidak selalu.

Mesti yang rajin-rajin puasa nampak lain sedikit, lepas sholat ambil masa sikit menadabbur alqur'an .. tahu had kenyang, tahu mengawal energi dan tahu belajar ketika sibuk dengan tarawih. Barulah ibadatnya bolah dimaksimakan.

sorang-sorang dia gelak...

Hatem memandang ke tepi musholla, pusing kebelakang meninjau insan di tiang-tiang. Mendongak sedikit kepala dan melirik mata ke kiri dan kanan musholla. daripada observasi ringkas itu, menunjukkan ramai yang sedang tidur walaupun sekarang adalah waktu lepas sholat asar. Keadaan yang sama ketika di tingkatan 2 dulu. Lantas Hatem bangkit menuju ke arah seorang budak pra-baligh dan ...

***

Manusia itu kekal serupa sebelum atau selepas ramadhan. Tiada apa yang dimerdekakan daripada hari-hari biasa.

Prof. Dr. HAMKA ada menyebut tentang pembebasan terbesar ketika di bulan ramdhan adalah pembebasan akbar daripada rutin yang membunuh. Rutin yang tiada henti dilakukan oleh manusia, seperti makan tengahari, merokok, dan bergurau senda dihenti seketika kerna tiada makan dan tiada minum di harinya, tiada bergurau senda melampau kerana penat tiada makanan.

Tuntasnya, boleh saja kita hidup tanpa makan. tanpa minum. boleh saja kita hidup tanpa sebungkus rokok di poket. Merdekalah kita!

***
sambungan...

"Dik .. abang Hatem .. adik"

"..."

"ga' ngapain, dik .. taknak jawab pun tak pe, tp kalau adik boleh dok sejap leh tak?"

"Jom tadarus dik, tak elok buang masa dalam bulan ni .. KITA HARUS MERDEKA DIK!"


cerita ringkas .. wallahua'alam