balik kampung atau balik ke fitrah? |
Dalam banyak detik dalam setahun, yang paling sentimental khususnya bagi para muslimin malaysia, tentu sekali ketika Hari Raya Aidilfitri.
Sentimental ini biasanya bersebab, tipikal mereka yang berada di perantauan pastinya sedih kerana tidak dapat pulang beraya, sama juga dengan abang-abang tentera, polis, tol dan sebagainya, pasti mereka sedih kerana tidak dapat pulang beraya tahun ini.
Namun muslim yang benar imannya mesti lain. Sentimentalnya mestilah pada berakhirnya ramadhan. bukan keseluruhan pada eid itu. kerana eid itu hanyalah sambutan sehari berbanding sebulan ramadhan. Malah berasa sedih dan sentimental melampau tidak beraya di kampung bukanlah satu perasaan yang bagus dan tepat.
lebih kena jika kita berasa gembira dengan kemenangan dengan amal ibadat serta perubahan selepas keluar dari dari ramadhan. semestinya seronok dengan diri kita yang baru!
Tetapi sentimental dengan ramadhan juga perlu. Malah saya rasa ini perasaan yang biasa bagi mereka yang menghayati ramadan dengan sebaiknya.
Sedih kerana tidak beramal lebih, sedih kerana ini peluang sekali setahun, bimbang adakah dosa diampunkan dan amalan diterima, sedih terkenang mengenangkan suasana baik di siang dan malamnya.
Sedih perlu dan gembira juga perlu.
Cantik jika kita gabung sinergikan keduanya ; sedih dan gembira ini
Dua perasaan hebat ini kita gabungkan bukanlah untuk apa. untuk hari-hari yang mendatang juga. untuk lebih mahu beramal, lebih ingin, lebih semangat mahu meneruskan amal yang ketika ramadhan.
Saya tak tahu ke mana boleh kita letak perasaan sedih kita yang melampau kepada keluarga kita jika kita benar-benar ada dua perasaan ini.
moga bergembira dan bersedihlah. kullu aam wantum bikhier!