6/09/2020

Oo Balik kampung - Pasca PKPP - Kebebasan abadi

Tags






Manusia berpusu-pusu keluar seolah mendapat kemenangan perang dunia. Rakyat Malaysia yang lain bercerita bila mahu pulang ke kampung (mungkin untuk mengambil durian) dan gunting rambut. Aku pula masih di sini, memilih untuk bersendiri. 


Bukan tidak gembira, tetapi mahu bebas, mahu bebas ke mana? 


Ya. Sepatutnya semua manusia gembira kerana itulah sifat asas seorang manusia. Keluar, tanpa halangan dan bergerak semahunya. Tiada yang salah kerana manusia perlu berjumpa manusia yang lain. Malah hidup berjemaah adalah nilai islam yang utama.


Seperti budak kecil yang terus berlari bila dikeluarkan dari katil bayi.


Seperti seekor kucing, mengiau diminta lepas apabila dikurung dalam sangkar.

Apatah lagi manusia. Rimas dikurung. Mahu bebas semahunya dari fizikal, cara fikir, emosi, kewangan, tata hidup, nafsu, cita-cita, hobi dan semua kehidupannya di mahu bebas.

 

Habis, kau tidak mahu balik kampung? 

 

Ya. aku juga mahu pulang. Tetapi aku geram dengan manusia yang gemar komen begini ketika beratur membeli durian. 


"Siapa dia mahu kurung kami? kita kan manusia"


"Perdana, menteri, raja, undang-undang. Alah, jika tuhan aku boleh langgar, apa lagi arahan manusia yang sama seperti aku. Makan, berak dan kentut, hahaha!"

Aku menggeleng, kasihan. Mereka tidak nampak. Covid memang mengajar satu perkara. Kerana yang dikurung itulah punca kemenangan. Yang dikurung itulah lebih berjaya. Bukankah jika dibiar bebas, semua manusia boleh mati dek virus kecil ini? 


Kerana akhirnya manusia tidak pandai bebas. Bebas semahu dan seluasnya kau akan jadi bodoh. Bertuhan diri sendiri dan akhirnya kau gagal.


Aku?

Ya. Nampak gayanya perlu juga keluar. Bukan sahaja mahu membeli durian yang murah pasca PKPP ini, malah banyak lagi kerja yang belum selesai. Kita ini, manusia diikat dengan syariat dan peraturan Allah. Salah satu tugasnya adalah menyedarkan manusia yang mengikut tengkuk mereka dengan Tuhan yang lain. Moga-moga dengan kebebasan ini, mereka juga bebas.

 

8 Jun 2020

Sehari selepas PKPP

 


Seorang penuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir. Suka menulis cerita pendek dan kontot demi memandaikan ummah.