Showing posts with label artikel. Show all posts
Showing posts with label artikel. Show all posts

12/12/2016

Meminggir Nabi


Qabasat min ar-Rasul 


Rupanya mencintai nabi juga mempunyai uzlah!

Saya menemui bahawa dalam mencintai nabi juga ada uzlah. Walaupun sebelum ini saya sudah membaca buku ini, cuma lebih terasa dan faham dengan apa yang disebut penulis. 

Buku ini dibaca bersempena maulid nabi. Ianya bacaan tajdid. Tajdid sirah dan perjuangan nabi. Adapun tajdid sirah bukanlah suatu yang bersempena, sebagai seorang muslim, sirah itu hidup. Jika tidak, kitalah mangsa yang disebut penulis iaitu meng-uzlah-kan sirah.

Uzlah di sini bermaksud meminggirkan diri. Seperti yang dilakukan nabi ketika sebelum menjadi nabi. Nabi beruzlah di gua hira menginsafi umatnya yang teruk. Di dalam buku ini uzlah yang dinyatakan bukanlah uzlah secra fizikal. Namun yang disebut di sini uzlah wijdaniah, uzlah perasaan. Lebih mudah lagi ianya peminggiran sesuatu hanya pada perasaan dan dalam tanpa diterjemah pada kehidupan.


Kecintaan Sekadar di Hati


Mukaddimah buku ini tidaklah begitu panjang sebenarnya. Cuma ia hadir tepat ketika saya membacanya. Maka disitu timbul niat untuk berkongsi.

Cintanya umat ini pada nabi memang begitu membuak-buak. Kita sendiri sebagai rakyat Malaysia mengadakan perarakan pada setiap tahun. Jika di Mesir, suasana ‘mencintai nabi’ lebih jelas. Meski tiada perarakan, namun negara diberi cuti. Lebih jelas lagi laungan ‘sollu ala nabi’ kerap terdengar seperti ketika berlaku pergaduhan, lekap kereta, malah peminta sedekah di dalam bas menggunakan kalimah itu untuk meminta perhatian.

Nabi itu di mana-mana. Begitulah mudahnya.

Penulis membandingkan dengan kefahaman  sirah di zaman ini dan dua khalifah terawal. Menceritakan bagaimana sunnah itu dijasadkan dan difahami pada awal zaman Abu Bakar dan Umar al-Khattab kemudian pudarlah dengan berlalunya masa.

Namun beliau menafikan bahawa faktor utama mereka itu hebat bukanlah mereka pernah melihat nabi secara lansung tetapi berterusannya dogma dan manhaj tarbawi yang diterjemah baik
oleh Abu Bakar dan Umar. Mudahnya sirah, sunnah dan nabi itu tidaklah di hanya kecintaan. Perbuataan dan kata-kata (Qabasat) nabi diterjemah pada kehidupan dan pemerintahan.

Dan berlalulah zaman, pudar dari semasa ke semasa dan hanya meletakkan islam itu hanya pada nama dan sunnah itu hanya pada hati sahaja hinggalah barat mengambil alih pemerintahan dunia.

 
Hakikat mencintai nabi 


Maka di situ terbit soalan daripada penulis; Bagaimana kita boleh membuang tokoh yang menggerakkan dunia, tidak pernah henti walau sebentar ini dipinggarkan dari realiti dan dibiarkan hanya untuk dicintai sahaja?

Adakah berhak nabi itu dihati kita sahaja, hanya perasaan kecintaan sahaja tanpa praktikaliti, tanpa membawanya hidup di kehidupan seharian kita. Adakah nabi hadir untuk dicintai sahaja?

Penulis malah menambah, nabi ini bukanlah seperti orang filsuf yang sekadar teori dan jauh sekali seperti ahli sihir dan ahli syair yang hanya pandai berteori. Tetapi nabi dimisalkan dengan orang yang membawa cangkul dengan tangan sendiri, memecah kebatilan yang sedia ada. Selepas itu membina semula dengan batu-bata hinggalah terbina semula binaan haq juga dengan tangan sendiri. Bukan itu sahaja, dia juga makan bersama manusia disitu, berperang bersama, hidup dan bersahabat, dan menjadi qudwah buat umat.

 
Nabi bukan teori, tetapi tokoh yang wujud, hidup dengan umatnya. 


Dia itulah Nabi kita. Sangat praktikal dan realiti,

Namun umatnya hanya sekadar mencintainya. Sekadar di hati!  






8/18/2013

Selamat Hari Raya 1434 !


Dari kiri : ketiga, bongsu, ayah, saya. (ibu dan kakak tiada dalam gambar) 


Memang bersalah kerana saya belum lagi mengucapkan selamat walaupun sudah masuk raya ke 8. Tambah bersalah kerana ini julang kalinya saya berada di Malaysia setelah 2 tahun di Mesir.

Semua sudah tahu  bezanya raya di Mesir dan di Malaysia. Sama juga beza Ramadan di Malaysia dan Mesir. Jika bagaimana kita merasa pelik dengan kemeriahan orang arab menyambut ramadan, sama juga mereka amat pelik bagaimana kita boleh meriah dengan raya syawal ini.

Bagi saya yang merasa kedua-dua ini, saya rasa amat menarik dan positif. Ramadan yang meriah perlu dan raya yang meriah juga perlu.

Entah, rasanya raya tahun ini antara raya yang paling meriah dalam kebanyakan raya saya.

Tahun ini  raya cukup korum(ahli keluarga semua ada), raya pertama juga saudara di sebelah ayah cukup. Pergi bercuti pd pula, ramai juga yang datang rumah. Alhamdulillah, raya kali ini meriah.

Ambilah satu dari banyak ma'ani raya, syawal. Maani perjuangan, istiqomah, ukhuwwah, solidariti.

Moga anda bergembira dengan kemenangan di sisi dan tidak bergembira kosong. Seolah semua orang bergembira dengan kemenangan Brazil dalam piala dunia, anda pula bergembira dengan hari jadi adik anda. pelik.

Saya gembira kerana seminggu syawal ini saya masih meneruskan tilawah saya. anda bagaimana :)



7/23/2013

Berdikari di Ramadhan?

Bagaimana one on one dengan ramadhan? 



Satu hal baru yang saya belajar ketika melaksanakan ibadah ramadhan kalini (di Malaysia) adalah keupayaan seorang muslim berdikari di bulan Ramadhan. Tidak ramai dari kalangan kita yang berpesta amal di bulan ini dengan kekuatan dirinya tanpa dibantu faktor atau orang lain.

Maksud berdikari pada istilahnya adalah tidak bergantung pada orang lain. Ertinya, kita tidak memerlukan sesiapa dan tidak bergantung pada benda lain untuk hidup dan beramal di bulan ini.

Saya sedar perkara ini, ketika membandingkan situasi ramadhan di Malaysia dan situasi ramadhan di Mesir. Pastinya terdapat beza besar antara dua situasi ini. Jika di Mesir, biasa (suasana) ramadhan memang sangat meriah dan seolah-olahnya itu adalah perayaan bagi mereka. Ramai manusia membaca al-Quran di mana-mana, dan suasana menjelajah masjid yang berasingan setiap malam. Tambahan, jika kena dengan imam yang sedap bacaanya, memang boleh berdiri 2-3 jam lamanya.

Sedang di Malaysia, suasana sedikit berbeza. Ramadhan dan bulan-bulan seolah tidak nampak bezanya kecuali bazar ramadhan dan promosi buffet di hotel-hotel.

Memang di Mesir lebih layan berbanding di Malaysia. Suasana di Mesir jauh lebih baik berbanding di Malaysia. Suasana yang baik memang mendorong untuk kita melakukan amal dengan lebih. Itu kelebihan utamnya.

Maka di situ gunanya konsep ‘berdikari di bulan ramadhan’ . Sedar dengan kelemahan pada tempat kita ini, maka berdikari ketika ramadhan memang sangat penting. Rugi jika ‘terkejut’ dengan keadaan di Malaysia dan terus kalah kerana tiada biah (suasana) di Malaysia.

Bagaimana ingin mendapatkan 3 hinga 5 juz sehari ketika di Mesir dahulu dan melaksanakan di Malaysia. Tanpa terlalu mengharapkan suasana, kita boleh berdikari untuk mendapatkan 5 juz sehari.

Berdikari untuk bangun mendapatkan qiam yang kualit setiap hari.

Berdikari untuk memberi kesan pada keluarga dan masyarakat sekeliling .

Berdikari pada setiap amal di bulan ramadhan ini.

Mungkin ini adalah pengajaran terpenting yang Tuhan ingin beri kepada saya. Dia mahu ajarkan saya erti berdikari, erti bagaimana berseorangan di ramadhan.. tanpa mengharapkan bantuan biah yang sebelum ini saya dapat!

Seolahnya anda sedang one on one dengan ramadhan. Begitulah 

Semoga terus kuat dan Selamat berdikari!  



  

3/02/2013

21 perkara dalam bercinta!




Valentine sudah habis namun praktikalnya? sini ada 21 point penting untuk anda!

1) Asal dalam hubungan lelaki dan wanita adalah TIDAK BOLEH. Ketika terpaksa sahaja boleh berhubung antara lelaki dan perempuan

2) Terpaksa yang dimaksudkan adalah belajar, berubat atau berniaga SAHAJA.

3) Couple adalah HARAM walau dari sudut mana perbincangan anda

4) Hati wanita adalah sangat lembut. TIDAK BOLEH seorang lelaki bermain-main dengan hati wanita

5) Cara yang paling praktikal untuk menghalang adalah dengan TUNDUKKAN PANDANGAN bagi lelaki dan wanita

6) PUASA yang betul juga boleh menghalang syahwat

7) 90% cinta yang anda lihat adalah salah

8) Kita perlu nampak bahawa masalah cinta adalah perkara BESAR kerana telah menyebabkan banyak masalah pada remaja

9) Namun perlu dilihat KECIL bagi yang mengalami kerana banyak isu lain seperti belajar dan palestin

10) keluar date adalah sangat tidak gentle . Berkahwin adalah langkah yang paling betul

11) cinta yang betul adalah pada Allah, diri sendiri, nabi dan ibu bapa

12) Syaitan amat suka bermain-main dengan masalah cinta. Jadi hati-hati

13) Banyak kes zina berlaku hanya disebabkan salah langkah. si lelaki mengajak si perempuan keluar dan 'tiba-tiba sudah terzina'

14) Ramai ibu bapa yang silap. Membenarkan anak perempuan pergi date hanya kerana takut anak mereka tidak akan berkahwin

15) Semua remaja perlu berlatih untuk menahan pandangan. Susah namun perlukan latihan.

16) Latihan juga perlu pada lelaki untuk tidak mengorat, kacau di facebook atau di twitter

17) Pengaruh Media amat kuat. SILA jauhkan

18) JANGAN meminta pendapat kawan anda yang sama jantina tentang isu ini. Tanyalah mereka yang benar-benar layak

19) JANGAN menipu diri sendiri seperti alasan bercouple untuk hilangkan stress.

20) JANGAN sesekali ngada-ngada untuk memulakan. sekali anda terjerumus maka anda akan menyesal.

21) SIBUKKAN diri anda dengan benda yang manfaat hingga ada mampu melupakan masalah cinta.



1/27/2013

Mengajak itu mudah.



Cuba mula dengan ini, dan naiklah setingkat lagi! 


Sebenarnya isu dakwah ini asalnya adalah satu isu yang mudah. Hanya daipada satu hadis nabi ini, ia boleh berkembang menjadi sesuatu yang amat besar.

 “Apabila kamu nampak kemungkaran, maka ubahlah dengan tangan, jika tidak mampu ubahlah dengan lisan, jika tidak mampu ubahlah dengan hati, maka itu adalah selemah-lemah iman.”

Asalnya begitu, kamu lihat kamu ubah. Begitu.

Mudahnya dipanggil mencegah kemungkaran dan menyebarkan maaruf. Panggilan biasa bagi perbuatan ini dipanggil dakwah.

Namun, perkara yang mudah ini sangat bergantung pada situasi. Boleh jadi amat mudah dan boleh seribu kali ganda lebih payah dari apa yang kita sangka.

Contoh bagi perbuatan dakwah yang mudah adalah begini :

Anda melihat sebuah plastik yang dalamnya ada saki baki sambal, anda jangka ianya adalah bekas dari sambal keropok lekor yang dijual makcik kantin di sekolah anda. Dengan segeranya anda mengambil sampah tersebut dan memasukkan ke dalam tong sampah. Jalan kembali bersih dengan langkah mudah anda membuang sampah ke dalam tong sampah.


Contoh seterusnya yang lebih mudah adalah begini : 

Setelah dikenal pasti anda mempunyai peribadi yang elok, beserta akhlak yang mulia, anda dilantik menjadi ketua kebersihan untuk kelas anda, 3 murni. Majoriti kelas melantik anda untuk memikul tanggungjawab ini.

Nah, kini semakin berat. Pertama, anda perlu membuat jadual tugasan sepanjang minggu, yang cantik dan berwarna warni, sedikit perjumpaan dengan timbalan anda yang juga budak perempuan yang banyak celoteh. Seterusnya perlu memastikan jadual itu diikut oleh semua budak dalam kelas anda. Jika kelas tidak bersih, andalah yang perlu berjumpa dengan guru kelas untuk diambil tindakan.

Berbeza dengan contoh yang pertama, isu kebersihan dan sampah semakin berat. Contoh yang lebih berat adalah seperti berikut :

Merungut pun tidak boleh, anda kini adalah ketua kebersihan dan keceriaan bagi sekolah anda. Kini, anda perlu menyertai meeting(perjumpaan) majlis perwakilan pelajar, juga perlu membuat meeting unit anda, menyusun aktiviti sepanjang tahun, meletakkan target unit anda untuk sesi pertama dan kedua, memastikan perancangan aktiviti setahun berjalan lancar.

Tiga bulan lagi, anda akan mengadakan bulan keceriaan dan kebersihan, dan anda adalah pengarah bagi bulan tersebut. Unit anda perlu bergabung pula dengan unit disiplin. Dalam masa yang sama, anda akan menghadapi SPM pada akhir tahun.

Nah, berbeza sungguh daripada asal dahulu, ketika anda sekolah rendah anda hanya mengutip sampah keropok lekor, kini menjadi pengarah bulan kebersihan. Dahulu tiada apa-apa, sekarang ini anda perlu membuat system, perancangan, unit dan gerak kerja semata-mata untuk memastikan kebersihan sekolah anda.

Saya tidak ingin menyambung contoh-contoh hingga anda menjadi menteri kesihatan. Cukup dengan perkembangan dakwah ini, yang sebenarnya asal daripada hadis nabi yang awal tadi.


Moral :

1) Oleh sebab itu, anda perlukan mula dari bawah. Mula dari kutip sampah, dan dari itu dakwah anda akan berkembang.

2) Memang, teorinya dakwah ini adalah mudah, praktikalnya ya ampun.. seribu kali susah.

3) Makin susah itu adalah tanda kematangan. Dakwah ini memang semakin lama makin mencabar.

4) Entry ini adalah tipikal. Jika mahu ambil sila. Tidak mahu boleh kritik

5) Boleh jadi input di atas boleh dipraktikkan dalam hal-hal yang lain. Sekadar mahu tunjuk bahawa dakwah adalah begini.


Isunya praktik!

10/21/2012

Pak Latip yang 'keras kepala'

2 minggu mengkaji Hasan Al-Banna di Mesir
(Nawfal, Pak Latip, Cikpuan Azzah AR)  





Sejujurnya, Novel sejarah  bukanlah sebuah genre yang saya minati. Malah saya tidak pernah membaca mana-mana novel tulisan Tuan Abdul latib bin latip( mesra dengan Pak latip) . Namun selepas berkenalan dengan Pak Latip, saya ada membelek novel beliau. Sekali lagi saya berkata jujur, memang karya yang sangat menarik, mudah dan sesuai dengan kebanyakan rakyat Malaysia. 

Saya gemar mengistilahkan seseorang yang hebat dengan perkataan 'gila'. Bukan bermaksud sawan tetapi itu adalah sebuah definisi bagi seorang manusia yang sangat hebat, luar dari kotak, kurang tidur, seolah sempurna dan banyak lagi. Bagi saya, Pak Latip adalah salah seorang 'si-gila' . Umum bagi semua orang dan khusus bagi penulis, bakal penulis dan sesiapa yang berhajat besar ingin berdakwah dalam seni pena ini . 

Lebih 30 buah buku dihasilkan semenjak tahun 2007, ada antara buku diulangcetak sebanyak 15 kali, dan sudah ada idea dan sumber untuk menulis 5 buah novel lagi. Novel paling cepat ditulisnya adalah dua minggu sahaja. Turki sahaja sudah 3 kali dijelajahnya. Tidak termasuk Iran, Mesir, Uzberkistan  dan banyak lagi. Semua ini dilakukan ketika usia beliau sekarang 58 tahun. 


Adakah ini tidak cukup gila?


Antara yang paling saya kagumi adalah bagaimana Pak latip berminat untuk menulis novel-novel sejarah dari pejuang islam tanah melayu seperti Tok Janggut dan Siamang Gagap ke tokoh islam yang terkenal seperti Salahuddin Ayyubi dan Alfateh hinggalah musuh islam seperti Mustafa Kamal dan Genghis Khan. 

Beliau menukar genre kerana merasakan novel-novel sastera yang diangkat oleh sarjana sastera tidak dibaca dan tidak terjual. Ada satu novel yang mendapat anugerah tidak habis dijual walaupun hanya 3000 buah sahaja yang dicetak. Apakah cukup jika dari sudut sastera sahaja yang kenyang tetapi dari sudut penyampaian dakwah kepada pembaca tidak sampai? 


Akhirnya beliau menemui kepuasan dakwah dengan novel-novel sejarah. Katanya, ramai yang terkesan dengan tulisan beliau dari sudut akademik juga akhlak, dan pembinaan peribadi. Mudahnya, dakwah lebih sampai dengan novel sebegini. Rakyat Malaysia yang kebanyakan dapat membaca novel yang mudah, menarik sebegini.


Namun, menulis novel sejarah bukanlah satu kerja yang mudah, apatah lagi seorang yang berumur seperti beliau. Duit dan tenaga terpaksa dikeluarkan untuk menjaga ketepatan dan keaslian sumber. Maka, mengembaralah beliau ke merata tempat untuk proses pengkajian sejarah. Cukup mustahil jika tiada keazaman yang padu dan jiwa yang besar. Bagi saya, sangat layak bagi seorang seperti beliau, duduk di rumah menjaga cucu sahaja.


Tetapi inilah contoh penulis 'keras kepala' . Tiada apa yang boleh halang penulis tegar sebegini. Beliau terus bersemangat hingga ke harini untuk terus berdakwah melalui penanya. Saya bukanlah seorang yang meminati penulisan sejarah seperti Pak Latip, namun keazamannya, semangat, keikhlasan beliau menjadi batu loncatan untuk saya khusus dalam bidang penulisan dan umum sebagai pedoman hidup saya. Masih kuat walau umur hampir mencecah 60-an.


Saya doakan Pak Latip diberi kekuatan untuk menyambung tugasnya ini. 


Sangat hebat! sangat gila!



9/09/2012

Terima kasih semua



'sepakat membawa berkat' 


Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada IKRAM dan semua ahlinya. Kerana dengan usaha gigih dan kreatif mereka yang berpanjangan, term-term seperti 'bulatan gembira' dapat diterima masyarakat dengan baik. Dengan itu, dapatlah masyarakat biasa faham akan apa itu usrah dan membuatkan mereka ingin untuk sama menyertai usrah. syabas saya ucapkan.

Tidak lupa juga saya ingin mengucapkan syukran jazilan atas usaha pakcik-pakcik TABLIGH dalam menyampaikan dakwah mereka pada 80 dan 90-an di malaysia dahulu. Tanpa mengenal erti malu, mereka mengajak umat untuk mempraktikkan sunnah, meninggalkan mungkar serta mengajak mereka ke masjid. Usaha proaktif ini dilakukan ketika umat berbondong-bondong larut dalam jahiliyyah. Namun mereka tetap tegar berdakwah hingga ke pelusuk jauhnya.

PAS hadir untuk menyelesaikan kekalutan politik ketika itu. Mereka tampil untuk menyimbangkan UMNO yang ketika itu kurang membawa mesej islam. Kita seharusnya berterima kasih dengan PAS kerana jika tiada mereka, tiadalah satu kuasa penolak yang menyeimbangankan politik Malaysia dulu dan sekarang.

HALUAN pula tampil dengan jalan mereka sendiri. Manakala ABIM dengan semangat mereka. Merekalah yang menggerakkan mahasiswa satu ketika dahulu ketika ramai mahasiswa dahulu sepi tanpa berbuat apa-apa.

Antara yang memberi kesan juga adalah gerak ARQAM. Dari sekolah, klinik, semuanya milik mereka. Paling memberi kesan setakat ini.

semua ada kerja masing-masing dan semuanya berbeza cara masing-masing. Semua ada cara memajukan islam dengan cara masing-masing. Di sinilah rahmatnya khilaf dan di sinilah perlunya menghormati orang lain.

Kerana anda semua, saya masih muslim. Terima kasih semua!