Valentine sudah habis namun praktikalnya? sini ada 21 point penting untuk anda!
1) Asal dalam hubungan lelaki dan wanita adalah TIDAK BOLEH. Ketika terpaksa sahaja boleh berhubung antara lelaki dan perempuan
2) Terpaksa yang dimaksudkan adalah belajar, berubat atau berniaga SAHAJA.
3) Couple adalah HARAM walau dari sudut mana perbincangan anda
4) Hati wanita adalah sangat lembut. TIDAK BOLEH seorang lelaki bermain-main dengan hati wanita
5) Cara yang paling praktikal untuk menghalang adalah dengan TUNDUKKAN PANDANGAN bagi lelaki dan wanita
6) PUASA yang betul juga boleh menghalang syahwat
7) 90% cinta yang anda lihat adalah salah
8) Kita perlu nampak bahawa masalah cinta adalah perkara BESAR kerana telah menyebabkan banyak masalah pada remaja
9) Namun perlu dilihat KECIL bagi yang mengalami kerana banyak isu lain seperti belajar dan palestin
10) keluar date adalah sangat tidak gentle . Berkahwin adalah langkah yang paling betul
11) cinta yang betul adalah pada Allah, diri sendiri, nabi dan ibu bapa
12) Syaitan amat suka bermain-main dengan masalah cinta. Jadi hati-hati
13) Banyak kes zina berlaku hanya disebabkan salah langkah. si lelaki mengajak si perempuan keluar dan 'tiba-tiba sudah terzina'
14) Ramai ibu bapa yang silap. Membenarkan anak perempuan pergi date hanya kerana takut anak mereka tidak akan berkahwin
15) Semua remaja perlu berlatih untuk menahan pandangan. Susah namun perlukan latihan.
16) Latihan juga perlu pada lelaki untuk tidak mengorat, kacau di facebook atau di twitter
17) Pengaruh Media amat kuat. SILA jauhkan
18) JANGAN meminta pendapat kawan anda yang sama jantina tentang isu ini. Tanyalah mereka yang benar-benar layak
19) JANGAN menipu diri sendiri seperti alasan bercouple untuk hilangkan stress.
20) JANGAN sesekali ngada-ngada untuk memulakan. sekali anda terjerumus maka anda akan menyesal.
21) SIBUKKAN diri anda dengan benda yang manfaat hingga ada mampu melupakan masalah cinta.
1 komentar so far
tak reti masalah bercinta ini masih sangat awam