4/15/2011

cerita nikmat

Tags



kalau kau syukur nikmat kau akan tertambah.


ini cerita nikmat

ada 2 nikmat yang biasanya orang tidak akan sedar buat selamanya dalam hidup ini.

3 hari tidak mendapat air, barulah anda akan insaf dan merasa syukur dengan nikmat air yang selalu anda bazir. seolah lepas ini tiada air yang akan dibazirkan.

4 hari tiada makanan. Anda pasti akan mengeluh mengenangkan nikmat makanan yang selalu anda campak ke dalam tong sampah, mahu sahaja di ambil kembali.

Anda pasti akan bosan sekiranya hari-hari anda tiada peneman(baca: kawan sejantina) . Baru la sedar dan menyesal dengan kawan yang selalu didustai, difitnahi, dan macam-macam lagi.

sama juga dengan nikmat membuang air, nikmat udara, mendengar, melihat . lepas tiada, baru kita rasa perlu seperlunya akan nikmat yang diberi. rasa nikmat itu kembali bermakna dan dalam masa yang sama berjanji tidak akan sambil lewa lagi.

tapi sesungguhnya;

orang kafir tidak akan menyesal sekiranya dia tidak mendapat nikmat iman. Dia tidak akan terdesak untuk mendapatkannya. dan tidak akan timbul rasa menyesal dan tidak akan ada rasa ingin seperti situasi di atas.

sama dengan orang jahil. kasihan tidak merasa beliau akan nikmat ilmu, haram halal, fikrah dan sebagainya.

kenapa 2 nikmat ini biasanya orang tidak akan sedar buat selamanya dalam hidup ini? sebab nikmat ini orang akan terasa nikmatnya pada hidupan selepas dunia, mati diazab nanti baru rasa indahnya ilmu, nikmatnya iman.

nikmat iman dan ilmu ini sangatlah special. bersangatan sangat. Kerana tidak seperti nikmat lain, hanya segelintir insan sahaja yang boleh menyesal dan berharap sangat untuk mendapatkannya.

alahai, beruntungnya insan yang bersyukur tentang 2 perkara ni. terasa bijak sungguh!



Seorang penuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir. Suka menulis cerita pendek dan kontot demi memandaikan ummah.

3 komentar

terbaik. terima kasih atas kongsi rasa.

syukur, ditambah. kufur, rasakanlah! AzabNya sangatlah pedih...

bila dah terasa tu, mmg puas kan?

tak perlu keliling dunia, duduk sorang2 pun puas. haha

kalau dah terasa memang puas.

sindir ke apa tu? tak perlu keliling dunia?