selamat pagi kebebasan dan keadilan! |
Udara pagi itu aku hirup sangat
dalam dan tenang. Saat melalui blok-blok perumahan menuju ke masjid untuk solat
subuh, aku perasan sesuatu yang lain dalam angin yang aku tiup. walau masih
lagi terasa bahang musim panas, namun berkali-kali aku menarik nafas menghirup
udara. Ah, ini udara yang hebat. Ada apa pagi ini?
Aku bersandar di tiang masjid seusai
habis solat subuh. Bacaan mathurat pagi ini tidak begitu lancar. Dikacau oleh
riuh pakcik-pakcik yang sakan berpelukan, bersalaman dan mengucapkan tahniah.
Mata ditala ke arah mereka. Jangan kata mereka meraikan dua gol jaringan
cristiano ronaldo semalam yang membawa Portugal ke pusingan kalah mati. Mesti
bukan, mesti bukan.
Suasana masjid yang riuh rendah itu
saya tidak endahkan. Saya syak pak imam ingin kahwin lagi, boleh jadi itu
puncanya mereka membuat bising dalam masjid ini.
Biarlah. Lebih baik tidak menyibuk.
Mata diarah kepada kawan saya pula yang sibuk memanggil saya sambil membuat
isyarat entah apa. Isy, banyak betul yang menganggu pagi ini.
Saya menepuk dahi beberapa kali.
Bagaimana boleh terlupa? Patutlah mereka bising sangat pagi ini. ‘hampir
menang’ rupanya. saya hanya ketawa dalam hati, bagaimanalah saya tidak boleh
teka lansung kenapa mereka gembira.. Teruk betul.
“kiraan undi masih lagi berjalan.
Doa-doa lah. Tapi majoriti tidaklah besar sangat, macam dah menang je..”
Terima kasih kepada kawan kerana
mengingatkan. Oh, dia sangat gembira dan dia juga turut bersalam dengan
pakcik-pakcik itu.
Tapi apa yang gembira sangat? Kau
bukan orang mesir pun nak beria-ria sambut kemenangan ini. Hei kawan, apa yang gembira sangat?
Kening sebelah kawan saya terangkat.
Katanya dia lagi pelik melihat saya kurang respon dengan kemenangan itu. Melihat saya begitu, dia bersama-sama saya
bersandar. Dia ingin bercerita sesuatu rasanya.
Saya teruja dengan kawan saya ini. Saya teruja
dengan hujah dia. Dia menyuruh saya
membayangkan bahawa saya berada di tempat pakcik-pakcik ini, kalaulah anggaran
umur mereka dalam lima puluh ke enam puluh tahun, entah berapa ratus
demonstrasi mereka pernah ikut. Dari revolusi 1952 menumbangkan raja faruq, perang
itulah perang inilah, macam-macam lah.
Saya hanya mengangguk. Dengan
sejarah sebegitu, dia membuatkan saya seperti budak kecil yang tidak tahu apa-apa
Dan harini mereka sudah ada
presiden, presiden yang bukan calang-calang orangnya. Tentang presiden itu
jangan cerita, saya sudah tahu banyak! Dia banyak mengajar di universiti
terkemuka di California bukan?
Kawan saya mengiyakan. Kami hanya
tersenyum melayan beberapa orang pelajar Indonesia yang melintas di hadapan
kami.
“sudah menang.. sudah menang!
Majoriti besar!”
Saya suruh kawan saya menyambung
kalam dia. Saya yakin bukan itu sahaja sebab mengapa mereka gembira, dia
gembira dan kita gembira. Ceritalah kawan! Sambung cerita kau!
Kalini dia menyuruh saya pergi jauh
sikit. Maksudnya fikir luar kotak tapi masih dalam kerangka kita. Saya cuba
beri beberapa jawapan tapi bukan itu yang dia maksudkan. Saya agak berkerut mencuba
namun dia masih menekan saya untuk pergi jauh lagi sikit.
“dalam dunia ada dua sahaja. Haq
atau batil..”
“tak kanlah, tak kan di semua
tempat? Bila-bila? Mana-mana?”
Dia mengangguk menyuruh saya
percaya. “Baiklah, maksudnya yang menang ini berada di pihak yang hak lah?”
Saya tidak mengharap kawan saya
untuk mendapat jawapan. Melihat pakcik-pakcik ini pun sudah tahu jawapan. Dan
dia hanya tersengih sahaja. Katanya ketuk sikit kepala kalau sudah lupa yang
kita ini berada di pihak mana. Masih lagi tidak gembira?
Kami sepakat untuk pulang kerana
siak masjid sudah menunjukkan tanda-tanda masjid akan ditutup.. Tidak sedar
pula sudah satu jam kami berbual. Tetapi kawan saya masih semangat dan saya
pula menunjukkan minat. Katanya ada satu perkara penting yang jangan dilupai.
Penting sangat.
“ Pastinya kemenangan ini paling
dirasai oleh abang-abang ikhwan muslimin. Ini adalah kemenangan tarbiyyah,
dakwah dan haraki. Perlahan mereka bangkit selepas kejatuhan turki, membina
dari bawah.. dan sekarang mereka memegang tampuk..mestilah gembira. Ini semuanya
adalah hasil usaha keras tidak terburu-buru mereka..”
Ketika kawan saya sibuk membebel,
saya terbayang dalam kepala saya muka pejuang-pejuang dahulu. Ah.. peristiwa harini membenarkan kalam-kalam
mereka. Sungguh dramatik bagi mereka yang faham.
Seolah - olah saya nampak Hassan
Albanna sedang bersalaman dengan rakyat dan pejuang dahulu, berlari sambil
mengucap tahniah dan menjerit takbir kemenangan!
Saya hampir menangis ketika
perjalanan pulang. Beruntung sungguh rasanya menjadi sebahagian daripada
sejarah. Sejarah hebat bukan sahaja
untuk rakyat mesir, malah seluruh umat islam, Negara-negara islam malah dunia
ini turut sama terkesan dengan sejarah ini.
sebelum berpisah, sempat pula dia memberi 'wasiat terakhir'.
"tapi semuanya baru bermula.. sepatutnya kita makin sibuk lepas ini" .
entry ini ditulis beberapa hari sebelum pengumuman Mohammad Morsy sebagai presiden Mesir yang baharu.harap maklum
1 komentar so far
salam ziarah hai pemimpi. tegar-tegarlah bermimpi ya.