6/18/2012

repost : romantis nabi dengan kekasihnya!

Tags


nabi juga romantik


"Zurab .. ada buah hati x?" Hatem bertanya sekadar memulakan bicara. Tiada maksud tersirat.

"so far so good .. tak ada lagi bang" tegar Zurab

"aiwah .. Zurab romantik x" Tiada maksud tersirat lagi

"wallahu warasuluhu a'alam .. tak maklum lagi tentang romantiknya diri saya ni ke x?"

"So far .. sebagai seorang yg bergelar budak lagi, enta ni kiranya bagus la. tiada lagi pemikiran yang mengada-ngada dan tidak mendatangakan hasil buat kita"

"kenapa tetiba bang?"

"Saja .. dan untuk makluman enta, berkasih-kasih itu satu perkara yang indah nian. Dan menjadi insan yang romantis itu adalah seseuatu yang amat dituntut. Dan enta jangan terkejut dengar benda ni"

Zurab hanya menjadi sugul sebentar. Yang terdetik hanya husnuzon; mungkinkah Abg Hatem terlanda angin cinta. Siapa tahu?

"ana .. x bersedia lagi untuk terima benda-benda macam ni la abang. Ayah ana hanta r ana kat sini bukan untuk diajari cinta dan keindahannya. hanya .."

"lol .. Sabar itu indah. tunggu abang habis cerita."

Hatem sambung.

"Romantisnya Nabi dengan Allah bukan"

"satu pihak merajuk, sepihak lagi menghulur hadiah tanda penghibur hati. Kalau pihak ni mau dibantu, pihak yang sebelah lagi sedia dan pantas memberikan apa yang dipinta.."

"..dan begitu memahami antara satu sama lain. wah! ROMANTIS"

Zurab yang tadi nampak sugul tidak memahami, mulai melirik senyuman. Mulai faham dengan bicara keindahan Hatem. Kini bukan sekadar bicara cinta biasa. Budak-budak boleh sekali!

"Itulah keindahan mikraj nabi Zurab .. kisah cinta dan keindahan sepasang kekasih"

"Wah! analogi hebat tu bang. Tahniah-tahniah!"

"astaghfirullah Zurab. berbanyaklah berfikir zurab!


Seorang penuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir. Suka menulis cerita pendek dan kontot demi memandaikan ummah.