wahbah zuhayli |
Hatem berdiri tegak,kaku melopong di hadapan
rak buku. Gilakah ini semua. Rak buku 6 tingkat selebar 3 meter lebih ini
dipenuhi buku. Entah berapa banyak kos dikeluarkan untuk membeli buku sebanyak
ini. Entah Bila pula mahu dikorek masa untuk membaca kitab-kitab ini. Hebat
sungguh
“nanti enta macam tu juga Hatem” ustaz Hasan
keluar dari dapur sambil mendulang sejag air panas karkadeh. Nampak pekat dan
merah sekali.
Hatem hanya tersenyum. Setuju dengan doa ustaz
hasan. Juga dalam diam menyimpan cita untuk sebegini juga.
“yang banyak ni, sebab ustaz memang suka baca
ke, sebab minat, ke sekadar koleksi je, atau memang keperluan?” Hatem bertanya.
Merungkai di sebalik rak buku 3 meter 6 tingkat ini.
Ustaz Hasan tersenyum. Sambil tangan kanan
mempersila Hatem minum sekali dengan dia. Katanya air tak seberapa manis.
Sekadar-sekadar sahaja.
“semua sekali la rasanya. Dari minat ke
keperluan. Campur semua, tu yang sampai 6 tingkat. Ikut hati, nak beli lagi ni.
Cuma fikir tak tau nak letak mana je” jawab ustaz hasan, graduan sarjana muda
syariah Al-Azhar Mesir. Dan sekarang menyambung sarjana di maftuh university,
mengambil siyasah syar’iyah
“hmm, betul juga. Mestilah macam tu.” Menjawab
dan menoleh kembali kepada rak buku.
Hatem muhasabah sebentar. Banyak buku yang dia
tidak beberapa kenal dan lebih setengah juga dia tidak pernah jumpa. Tahun satu
bukan alasan untuk dia tidak taaruf dengan buku-buku macam ini. Bermimpi tinggi
ingin menjadi ulama’ besar, sebagai bahan rujuk di Malaysia dan banyak lagi,
tapi gaya ulama lansung tiada. Memang semuanya sembang belaka.
“tafsir munir 18 jilid tu berapa
geneh?, sohih bukhari pulak berapa? al-Fiqh al-Islami wa Adilataha berapa pula?” Hatem sangat kagum dengan kitab tersebut.
Berjilid bukan sekadar satu dua, tapi hingga berbelas-belas jilid banyaknya.
“adalah
dalam 3-4 ratus geneh. Boleh la. Kira murah la tu banding tempat lain.” Hatem
mendengar jawapan sambil membulatkan mata juga mulutnya. Terkejut jugalah.
“Allah..Allah . kira-kira sampai beribu juga la
kan”
Ustaz hasan tersenyum, mengangguk dan menjawab
“ tapi, sangat murah banding isinya yang tidak ternilai tu.
Terus menyambung “sebab ilmu ini kalau anta
berkira, memang anta tak kan dapat. Biar keluar duit. Janji anta dapat ilmu tu.
Kan enta kata, anta nak jadi ulama’?”
Sekadar mengiyakan dalam hati. Semuanya tepat
dan benar. Kalaulah menjadi ulama’ adalah mudah, tidak perlulah susah-susah
sampai terbang ke mesir.
Hatem terfikir sesuatu.
“tapi ustaz pernah terfikir tak, macamana
ulama’ dahulu boleh menulis sampai berjilid macam ini? macam bukan manusia je
saya tengok ulama’ dahulu ni” Hatem
membuka persoalan baru.
Ustaz Hasan menghirup perlahan karkadeh panas
yang masih merah dari tadi. Seolah masuk ke ceruk mindanya mencari ayat paling
kemas untuk diberi kepada Hatem.
“mm..semuanya sebab dua sayang. Mereka berada
antara dua sayang”
Hatem senyum. “ dua sayang? macam berfalsafah je ustaz.
Maalisy, ana tak faham sangat”
Ustaz hasan turut tersenyum lantas menjawab “ enta kalau faham antara sedang
berada antara dua sayang ni, mesti enta sama hebat macam orang hebat-hebat yang
anta kenal. Mungkin boleh buat kitab lagi tebal dari ulama’ dulu.”
Tersengih sahaja Hatem. Buat lawak pula ustaz
ni.
“sayang pertama adalah enta sayang dengan
perjuangan orang dahulu. Seolah darah pejuang orang dahulu menegakkan islam,
mengalir depan mata enta.. enta rasa segan kalau tak meneruskan jihad mereka. Sayang
sekali kalau kita yang mematikan jihad mereka. sebab sayang yang ini, anta mesti
bersemangat untuk beramal dakwah” ustaz hasan cantik menutur bahasa.
Ingin sekali dia menulis semua kalimat-kalimat
dalam buku nota. Tertinggal pula. Biarlah, yang penting faham bukan tulis.
Dan terus menyambung “adapun kalau yang pertama
tu enta sayang orang dahulu, yang kedua
ni sayang enta akan generasi masa depan. Walaupun enta tak jumpa
cucu-cicit enta, tapi enta masih sayang dengan mereka. Tak sanggup tengok
mereka tidak dapat islam macamana yang kita dapat”
“memang macam ulama’ hebat dahulu. Mereka ingin
berbakti kepada anak cucu mereka dengan mengabdikan ilmu mereka sebagai
rujukan” Hatem melontarkan pendapat
Sambung lagi “nabi ketika wafatnya, dia masih
teringat akan umatnya, walaupun baginda tidak pernah berjumpa dengan umatnya
yang akan datang”
“maka synchronize atau sinergi antara sayang
perjuangan dahulu dan sayang insan masa hadapan, akan menghasilkan satu
kekuatan gila untuk teruskan kerja kita” ustaz hasan menghabiskan hujahnya
Hatem menangguk tanda mengiyakan, “itu yang
sampai 18 jilid tu.. memang boleh gila kalau faham dua sayang ni”
Dua-dua bakal ulama’ terseyum dengan
perbincangan antara dua sayang. Hatem
senyap sambil membuat beberapa kesimpulan sendiri, ustaz pula menghabiskan
karkadehnya.
“enta dah faham 2 sayang ni, bila enta nak gila
Hatem?”
“haha.. dalam proses nak gila la ustaz.. saya
ke mesir ni sebab nak jadi gila lah.”
Karkadeh menjadi saksi ‘hatem yang gila’. Demi
perjuangan atuk kita yang dahulu dan masa hadapan anak kita yang gemilang. Bawalah bersama dalam langkah anda 'dua sayang' ini.
Idea by Muhammad Ad Satiman
Write by nawfal Ahmad
17.16 pm
15 April 2012
Toba kingdom, hayyu asyir
4 komentar
nise...masage yang berat tp ringan dibaca.
mantap ni akhi. lps ni try cerpen yg pnjg sket..mana tahu ada rezeki boleh hntar kat publisher
suka :)
terima kasih semua