comel sungguh kalau sepakat! |
Melayu sepakat islam berdaulat
Mari rapat mari dekat
Bicara hikmat mesti disemat
Terimalah wahai sekalian sahabat!
sajak kita tidaklah sarat
mahu khabar ukhuwwah itu satu ni’mat
eh, apa benar ukhuwwah itu nikmat?
kenapa ya kita rasa berat?
Intiha kita dalam hemat
Tidaklah ia berat melainkan ia satu
ni’mat
Kita yakin seribu tepat
Tidak percaya kita lontar satu
ayat
Jika mudah kita sama-sama ingat
Ayat ali imran-103
Allah maha besar, Allah maha besar!
Benar sungguh ukhuwwah itu ni’mat.
Tidak sangka anda teruna hebat
Cuma janganlah anda kembang sangat.
Hahahaha
sudahlah Wahai sahabatku yang taat!
Sajak ini tidaklah kita main sebat
Wajib mesti untuk anda dapat
Ukhuwwah kita untuk orang hebat
Pahala bersama menanti di akhirat
Sedarlah cepat wahai sekalian du’at
Kita ini harapan ummat
Dalam gawat menanti rawat
Lama sudah kita tenat
Namun Jangan sembang kalau ukhuwwah
tidak hebat !
Minta maaf kalau sudah sarat
Biasalah jadi gila kalau sudah
semangat
Ayoh kumpul jadi kuat
Kita lontar tenaga keramat
Dengan asas ukhuwwah hebat!
Lagi satu nak habaq sat
Ukhuwwah kita murni amat
Kita doakan semua tsabat
Menuju agenda melayu sepakat
Agar Islam tinggi berdaulat
Tidak boleh tidak, Ukhuwwah kita
mesti hebat!
Salam!
nawfal ahmad
9 April 2012
Hayyu asyir