4/23/2010

sakitnya merindu

Tags


( picture cannot be appear)


hamdallah, Hatem makin ceria. cantiknya ceria dia!


Hatem memang gemar sorang-sorang. bukan bermaksud melarikan diri, tapi iyalah itu hobi Hatem. Dalam sorang-sorang dia kembara, kembara fikir . tak jauh pun dia fikir, tak lari mana dia fikir. tapi dia pilih untuk fokus dalam fikirnya. Hatem bukan jenis melayang fikiran. dia ada ide sendiri. dan unjuran Hatem untuk anda, janganlah melayangkan fikiran jauh-jauh.


"siapa yang tak rindu Hatem .. hatta pungguk pun berindu , lagi kita Hatem!"


"betul tu bro. lagi kasihan mereka yang berindu hingga akhir hayat. tidak pernak terlepas hajat"


" tak . kita perlu berindu la Hatem. sang singa khalid pun berindu nak syahid, tapi nak buat camne, bahkan kita Hatem. kat sini agungnya rindu~~"

"saya tak nafikan kamal"


nama kawan Hatem ni kamal. best friend forever. suka sangat selit-selit masa Hatem sedang fikir. tapi itulah kawan namanya. Hatem tak kesah


"rindu yang agung . cam pelik, tapi itulah hakikat sebenar. ramai yang berindu yang haram-haram. "


"kalau da hati gersang, akal kurang sihat, jiwa kosong. amal haram yang senantiasa buat, maka berindu, rindu yang haram jugak!. tak ada yang pelik."




hari itu hari yang senang buat Hatem. tensi hilang sebab usai ujian bulan empat.dalam masa yang ada, mereka bersembang. hanya sembang-sembang petang. dan, gitulah manusia, bila hati senang, kurang fikir yang lampau-lampau .. mulalah berfantasi yang dulu-dulu. teringatlah akan rafiq sepermainan. saat dimarah dan sebagainya.


Hatem makin ceria. indahnya ceria dia.


"antara yang mustahil bagi manusia adalah perkara yang libatkan hati. kadang-kadang kita tak izinkan berlaku, tapi hati yang memburu dan terburu-buru." kamal mengorak bicara


"itulah datang mengumpat, fikir bukan-bukan, suka yang melampau ..."


"...dan rindu yang kurang halal"


tengok, kamal mencelah. kalau nak tau, saya dah tulis tadi.

"apapun, rindu yang kurang halal ni amatlah perlu dielakkan kerna ianya sangatlah indah. merawang fikiran ke memorabilia lama .. berpacaran bersama, mengumpat bersama, ponteng, meliarkan diri bersama. huh! memang susah mengelak daripada keindahan."

"tu la masalahnya, memori itu lah puncanya. haaa..ada orang tulis pasal memoar imam Albanna, memoar nya semua hebat nian! dari hidup hingga matinya, dari tutur katanya, bukan, dari setiap tutur katanya boleh dibukukan, boleh diterbitkan kembali.. "

"itulah masalahnya kita..."

kamal dan Hatem muhasabah. mereka aduh bersama..




"ana rindu kenangan ana kat alamin. tapi ana lagi rindu biah baik alamin"


-TAMAT-
ada ibrah pastinya!

Seorang penuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir. Suka menulis cerita pendek dan kontot demi memandaikan ummah.

6 komentar

salam..

segala perasaan manusia, jika salah disalurkan memang bahaya..

oh, terlalu rindu bulan ramadhan.. indahnya bulan yang penuh keberkatan itu..

Saya juga merindui tempat saya belajar dulu..hira'...

tak cukup sekadar rindu bro ammar

erm! betul.

tapi, paltel adalah siapa.

nota : tersesat di sini beberapa kali. terlupa mana satu paltel

setuju dengan nawfal: tak cukup sekadar rindu.

mungkin, it's up to us utk kita create sendiri biah solehah tu hatta kat bumi mana pun yang kita pijak.

p.s lama tak tegur sapa=)