8/26/2011

pertama ke mesir .

Tags



sedih tidak semestinya tidak gembira, gembira tidak semestinya tidak sedih
(saya bersama kakanda)



Terima kasih kepada mak, ayah, keluarga dan rakan-rakan yang banyak membantu dan memberikan sokongan yang sangat besar kepada kami. tak kan kami lupa sampai bila-bila.

***

Menahan sebak kerana Aidilfitri kalini kami terpaksa beraya di mesir. lagi-lagi saya yang jenis sentimental terlebih ni.

Ramai yang saran kepada kami agar terbang selepas raya, kerana tinggal 10 hari sahaja lagi untuk masuk bulan syawal. Ada juga yang memang menyuruh kami untuk terbang seawal mungkin.

Macamana sekalipun, akhirnya kami memilih untuk terbang pada 20 ogos 2011. Tarikh yang sangat keramat buat kami.

Memilih mesir bukan sekadar untuk mendapat segulung sijil degree. Dan juga bukan untuk menunjuk-nunjuk bahawa kami ini pernah belajar luar negara, lagi-lagi azhar. Dan bukan suka-suka untuk merasai makanan, pengalaman padang pasir. Dan jauh sekali kami merasakan mesir adalah tempat terakhir dalam list tempat studi kami.

Memilih mesir bermakna kami memilih kesusahan dan kepayahan. Menuntut di Al-Azhar mengajar kami erti sebenar keaslian dalam menuntut ilmu.

Ramai sahaja yang menyesal setibanya di bumi mesir ini. Hatta, pelajar tahun 4 juga masih menyesal kerana menyambung studi di sini.

Tapi, kami nak jadi orang-orang yang seronok di mesir. orang yang cinta Al-Azhar . cinta ilmunya, cinta semangatnya .

Agar pulangnya kami ke Malaysia nanti, berat berisi :)

inilah dia barisan pertama dari batch kami yang melangkah ke bumi mesir. Ada banyak lagi nak cerita. tunggu-tunggu lah

:)



Seorang penuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir. Suka menulis cerita pendek dan kontot demi memandaikan ummah.

5 komentar

selamat merasa buruk baiknya negara ke dua aku ni. ada rezeki kita jumpa di sana ok. tapi make sure bila kita jumpa nanti kita bersembang 100% dalam ammiyah ok? hehe.

bila dah sampai sana.. jangan tak bercakap bahasa Arab, terutama Bahasa Arab Fushah tu.. bahasa ilmuan dan cendekiawan. Rugi kalau balik Malaysia dengan ada bahasa Ammiah je..

oh warouq. memang banyak buruk baiknya kat sini. iAllah ada rezeki jumpalah kita..

100% ammi tu power sgt tu. minta tunjuk ajar senir2 lah. tengah2 curious nak belajar ni. hehe

Salam Pal,
Antara kita ada agama yg agung Pal. Kita akan melangkah ke syurga dengan satu nama, Islam. Ana x nafi, cemburu yg tebal d hati ana. 10 hari sebelum ana ambil penerbangan, hasrat utk ke luar negara mempelajari agama terpaksa dibatal. Tp, nta sukses. Jadilah seorang syeikh yg berilmu dan berfikrah. Jadilah nta Ibnu Sabil di bumi sana.
Sahabatmu, wassalam....

insyallah iyadh. ana hargai kecemburuan nta untuk menambahkan semangat ana.

iAllah juga kheir untuk nta.