Alia baru pulang dari kedai, membeli apa yang mak suruh beli untuk masak harini. berjalan gemalai sambil jilbabnya sekali-sekala menari dengan angin. Di selekoh jalan rumahnya riuh rendah dengan sekelompok budak-budak bermain apa sahaja. seorang budak yang perasan Alia terus berlari menuju dengan senyuman. Melihat anak kecil riang seperti itu sungguh mendamaikan.
"kak, nak sikit kak,macam sedap je!"
"ish, kamu ni mana boleh.. kalau Ahmad nak beli la sendiri" gurau Alia sambil mencubit hidung comel budak itu sambil melepaskan senyuman.
Pesonanya memang pada senyuman. Jelas menampakkan kuasa jelitanya yang sangat mengagumkan. Kulit putih bersih dengan mata yang comel. Wajah tenteram penuh seri remaja serta peramah dan gemar senyum orangnya. Memang satu pemberian Tuhan padanya. Boleh jadi pening berzikir barang yang melihatnya.
"coklat ni untuk kawan akak, lain kali akak beli lagi tau"
"mesti janji..."
Budak itu beredar meninggalkan Alia yang kekal tersenyum. Betul, janji perlu ditepati walau dengan kanak-kanak. Lansung pulang ke rumah sambil ceria melambai sekumpulan kanak-kanak tadi.
Barang yang baru dibeli tadi diletakkan di atas meja bersama duit baki. Meletakkan yang perlu ke dalam peti sejuk. Mengemas sedikit dapur dan minum baki teh-o pagi tadi.
akhir sekali, coklat tadi disimpan dalam peti sejuk. Melirik senyum ketika memandang coklat yang kemas diletakkan. teringat akan peristiwa minggu lepas.
“ana nak enti...”
“ha!?!”
“eh... aa.. ana nak enti buatkan kertas kerja masjlis minggu depan untuk semakan guru besar. Boleh?”
“boleh je... takde masalah pun. Minggu depan ana kasi”
Alia membalas dengan senyuman. Tertarik dengan mainan kata Naim. Naim membalas, tapi tak segula Alia. Namun tetap menawan, ada kuasa sendiri.
Dia seorang AJK tertinggi Majlis Perwakilan Pelajar sekolah. Tampan dengan paras muka tak kalah pelakon korea, Jambu matang. Sentiasa kemas dengan rambut dan gaya masa kini, ditambah dengan kehangatan badan yang sasa. Bijak dan kepimpinan lagi. Memang serupa dengan namanya, ni’mat buat setiap yang memandang
Senyum ke arah coklat kerana dia tahu seolah ada sesuatu antara mereka berdua. Dia yakin memang ada sesuatu antara mereka. namun masing-masing mahu sembunyi. Segan-segan remaja mungkin. Siapa tahu?
Hematnya, dengan coklat ni berharap dia dapat memulakan sesuatu. Bukan mau terlalu serius dalm hubungan ni, tapi sekadar hadiah, tak lebih dari itu.
Tapi jauh menembusi fikrah, iman dan ilmunya dalam benak dia inginkan sesuatu yang lebih dari itu. Alia purat-pura tidak sadar. Bijak menipu diri sendiri. Bukan Alia sahaja, seluruh manusia memang begini.
Tengahari tu Alia bersungguh-sungguh mengetik-ketik keyboard dalam biliknya. Nasyid yang didengar melalui earphone tu semacam tidak diendahkan sahaja. Akhirnya mengehela nafas.
“siap!”
“Tinggal attach dan send je kat email mamat tu”
Sebagai Setiausaha agung Majlis Perwakilan Pelajar, hal-hal kecil seperti kertas kerja memang tugas mudah tapi masih harus disiap kemas dan bersungguh-sungguh. Kelebihannya dimanfaatkan habis dalam membantu sekolah dan MPP.
Sambil menyisir rambut yang sememangnya dah kemas, dihantar email tadi kepada Naim. Hujung hati suka dapat berhubung tidak lansung dengan Naim.
Melihat ada sedikit masa lagi sebelum zohor, Alia membaringkan diri tanda mau rehat. Gesik hati mau tidur seketika melepaskan kantuk. Dibuang earphone dan sambil menutup mata tangan gemalai menghentikan nasyid yang dipasang.
Menuju ke bilik air seusai bangun dari lelap. Jujurnya Alia tidak puas lelap tadi.
Menuruni tangga rumah untuk minum melegakan tekak hangat. Jalan longlai sambil menguap sekali-sekala.
“ni coklat siapa ni?” membulat mata mendengar. Mencari suara mak sambil berteki-teki bagaimana nak menjawab soalan. Dia sendiri tahu, bukan selalu dia beli coklat. Tiba-tiba ada memang hairanlah mak.
“mak bukan apa.. saja la tanya anak dara mak ni. Valentine kan nak dekat.”
“eh mak ni, ke situ pula. Anak mak ni kan baik, mana ada masa nak layan benda-benda macam tu”
mengheret kerusi dan duduk. Air sejuk dituang penuh ke dalam cawan dan terus minum dengan satu kali teguk sahaja. Dibiarkan emaknya meneruskan bebelan.
“Sebab kamu baiklah mak tak risau. Suasana budak-budak sekarang yang mak risau, pegang-pegang lah.. mesra tak tentu pasal. Keterlaluan lah bagi mak”
Tersenyum mendengar sambil terus meneguk.
“mak faham, zaman sekarang bukan macam dulu. Kalau setakat nak berkawan ke atau sembang-sembang je.. mak takdelah kisah sangat”
Macam pelik. Suka sebenarnya.
“betul ke boleh mak?”
“ha, kenapa tanya? Kamu dah ada kawan ke?”
“masyaAllah mak, kan lia dah kata tadi anak mak ni baik.. Alia tak de nye nak...”
“ha.. yelah mak tau.”
Memerhati coklat yang masih kemas disimpan. Mengomel sendiri.
“betul cakap mak, aku bukan buat apa-apa pun. Kasi coklat je, tak ngada-ngada sangat, tak pegang mana-mana pun...”
Terasa ada getar dalam poket. Ada sms masuk daripada Naim. Dia ucapakan terima kasih sebab sudah terima email daripada dia. Cuba untuk membalas seringkas mungkin, tapi ternyata masih panjang dan berbaur manja. Ditulis dan dipadamnya semula. Berkali-kali jugalah.
Putus asa dengan cubaannya lantas memilih ‘syukran’. mudah tapi nampaklah matang sikit.
Ke bilik untuk memeriksa email. Mungkin ada email balas daripada Naim untuk memberitahu kesilapaan dan boleh jadi disuruh buat semula kertas kerja tersebut.
Tak ada. Sedikit kecewa sebenarnya.
Sungguh, dapat membaca email balas pun sudah sukup untuk melunas rindu. Terasa hati makin berbunga. Seolah menanti siraman.
Alia baring menutup mata. Rasa kantuk ya ampun walau tak pasti mana punca penatnya. Terlelap semula. Tapi kalini dengan ni’mat mengalir dalam venanya. Khayal dalam matanya.
***
Meniliti jadualnya dalam telefon bimbitnya. Macam padat bagi gadis remaja seperti dia. Dia yang memilih untuk libatkan diri dalam hal macam-macam. Sengaja sibukkan diri.
Awal cuti sudah keluar jaulah. Mesyuarat MPP dalam satu dua hari berikutnya. Hari khamis pula mak tempah awal-awal untuk pulang kampung. Kerja sekolah memang sudah sedia ada bertimbun mengharap disentuh. Belum campur hal-hal usrah lagi, keluar jalan-jalan lagi.
Mungkin ini puncanya Alia terlelap dua kali. Bangun-bangun menggelabah mengenangkan diri yang belum solat zuhur lagi. Gopoh tenggelam punca dan terus ke tandas untuk mengambil wudhu’, sambil-sambil tu sempat pula jerit pada maknya yang tidak kejutkan .
“kamu tu kan tengah...”
“ops yelah.. sorry la mak”
Mengilai dua-dua wanita dalam rumah yang memang dihuni oleh mereka berdua. Terlupa dirinya uzur wanita. Terasa kualiti masanya bersama emaknya, lagi-lagi sosok aktif macam dia yang suka menyinggah sahaja di rumah. Memang kurang kuantiti masa bersama ibunya.
Ramai yang banyak masa di rumah tapi tiada kualiti lansung, tak sembang atau tak tolong mak lansung. Ribu kali ganda baik kalau sikit masa di rumah tapi cukup kualiti untuk kita dan ibu kita.
Lagi dua hari nak masuk sekolah semula. Kira-kiranya itu semacam tidak penting. Yang lagi penting adalah hari esok. Hari cinta dinikmati, hari cinta ditinggikan. Semaian cinta bermula!
“Biarlah coklat ini yang memulakan segalanya .. oh tuhan tidak sabarnya aku”
Sedikit persiapan dilakukan dirinya untuk hari esok. Dimulakan dengan memaklumkan kepada Naim bahawa esok dia akan berjumpa. Ada hal alasannya. Dibelinya pembalut, khas untuk coklatnya yang akan dibalutnya esok.
Inilah harinya.
Di luar ada suara-suara riang kanak-kanak bermain. Mengambil peluang bermain pada hari terakhir agaknya untuk melengkapkan cuti seminggu. Itulah budak-budak, tiada apa yang difikir. Agenda mereka hanya main dan main
Tapi apa agenda orang besar? Cinta?
Menghadap cermin seorang diri. Senyum menampakkan tulang pipinya. Ada getar dalam hati kecilnya. Risau sekiranya Naim tidak senikmat yang disangka. Tidak begitu pasti Naim akan menerima hadiahnya.
“mak... lia keluar dulu. Jumpa kawan!”
“ok, kunci pintu.”
Alia memasukkan coklat ke dalam beg tangannya. Sempat melihat dirinya di sebalik tingkap untuk memastikan dirinya sempurna berjumpa dia.
“Biarlah kalau dia tak nak terima. Dia yang rugi tak nak terima hadaiah aku” mengomel sendiri sambil mengunci pintu.
Meyakinkan diri dalam langkah gemalai Alia. Seribu pasti Naim akan terima dia. Mustahil ada lelaki yang akan menolaknya.
Yang boleh menolak cintanya hanyalah dia sendiri. Namun adakah mampu dia menolak cinta? Kuat mana Alia mahu menolak?
Bisakah datang kekuatan untuk membuang cinta dari dirinya?
“alia!”
Tersentak separuh mati Alia mendengar namanya dipanggil. Jeritan nya sempat ditutup dengan tangannya. Lamunannya disentak. Ada kereta datang ke arahnya.
“akak... terkejut Alia! Tak da salam, main sergah je”
“sorry la lia, lamanya tak juma.. makin comel awak sekarang!”
Ketawa Alia dengan gurauan senirnya yang bertahun tidak bersua. Hampir 3 tahun jugalah, kini Senirnya kembali dengan memiliki karakter seorang doctor. Seingatnya dia menuntut di universiti cairo, mesir. Masih manis macam dulu.
Sempat menjenguk ke dalam kereta. Mencari siapa pemandunya. Mungkin senirnya juga yang lama tidak berjumpa. Siapa sangka? Jejak kasih di pagi hari?
Dilupakan seketika pertemuannya dengan Naim.
“ni suami akak. Kami pengantin baru. Segar dari bumi kinanah”
Penjelasan diberi senirnya kerana reaksi Alia yang membulat mata melihat seorang jejaka disebelahnya.
“ye ke!!! barakallahuma akak, bukan nak bagitau saya”
“syukran, ramai yang akak tak beritahu. Perkahwinan segera ni. Tup tap da kahwin”
Seri pengantin senir dan pasanganganya menyerlah nian. Nampak manis dan tenteram. Kalah pasangan korea.
“ nak pergi mana ni?”
Hampir serentak ke dua-dua menyebut. Menyambung sambil tersengih
“nak pergi jumpa kawan akak sekejap. Lepas tu ada urusan yang perlu disiapkan untuk majlis kenduri nanti. Datang la. Ajak mak sekali.. Alia pula, nak pergi mana lawa-lawa ni?”
“er.. er.. nak jumpa kawan”
“kawan.. esok nak buka sekolah tak kn tak sempat nak jumpa kot?”
“ada hal!”
“mm, hal ye. baiklah... pergilah jumpa kawan awak tu, lambat nanti pula.”
Mendengar kalimat terakhir, suaminya cepat masuk gear.
Senirnya mendekati Alia, berbisik, “Seronok tau kahwin macam ni. Akak tak kenal pun suami akak. Dia pun tak kenal akak, tau-tau je dah nikah. Sweet sangat. Rasa indah bercinta lepas kahwin.. hehe”
“ ok Alia, jumpa lagi... jangan lupa ajak mak pergi majlis akak nnati. salamuallah a’alaikum”
“wassalam. inysaAllah”
Menjeling kereta senirnya berlalu. Bagi diri Alia, itu bukan senir biasa. Dia itu naqibah masa awal sekolah dulu. Seorang mentor yang Berjaya mengetuk hatinya untuk menjadi seorang gadis yang sangat berbeza dari dahulunya.
Usah diberitahu pun sudah jelas Nampak. Memang sangat harmonis. Tenteram jiwa raga. Indah mata memandang pasangan tadi.
Melihat jam tangan dan serta-merta melajukan langkahnya. Tak manis kalau dia yang terlambat, sedangkan dia yang mengatur janji. Terbang nikmat nanti. Takut terlepas.
Masih segar dalam ingatan yang naqibah inilah juga yang menjelaskan tentang campur gaul lelaki perempuan. Selok belok batas antara kedua silang jantina. Apa yang halal, dan apa yang kurang halal.
Melayang fikirannya dalam langkah laju tentang pasangan tadi. Walaupun belum difikir secara serius, memang macam itulah yang diingini. Perkahwinan yang tenteram dan penuh nikmat tentunya.
Suci tentu sekali. Mereka memilih untuk menyucikan diri dan cinta mereka. Mengangguk jugalah Alia.
Bait muslim
Sebagai seorang yang mengikuti usrah, tentu sekali dia pernah dengar kalimat itu. Bukan baru sekali dia pernah jumpa pasangan yang selamat dengan bait muslim. Mau cecah puluhan ramainya.
Jika difikir, Mereka juga bercinta. Tapi cinta mereka bersih tiada cacat. Murni tiada fasad. Cinta mereka sungguh berakal. Seolah ini cinta sempurna. Bukan berpaksi pada nafsu luaran sahaja.
Cinta sebegini adalah jenis cinta yang Alia tahu bukan yang dia mahu. Cinta yang masa sekolah dahulu akaknya pernah berbuih cerita padanya dan kawan-kawan.
“apa cinta aku sama dengan mereka?”
“lagipun aku bukan buat apa-apa pun.. kasi hadiah je”
Alia masih berdiri membungkam. Tiada yang merasuknya pagi itu, Cuma ketika itu mungkin adalah masa yang terbaik untuknya berfikir sejenak.
Berfikir tentang dirinya yang sedang hangat ingin bercinta. Melegarkan tentang coklat, dia, cinta dan naim. Dibiarkannya berpusing atas kepalanya.
Kalini dia tidak senyum.
“Apakah benar ini adalah diriku yang begitu asyik dilamun dengan senyuman manis naim?”
“Apa yang membuat diri ku ini lemah hingga senyuman menawan begitu pun tidak mampu aku tahani. Berapa lama aku tidak tahajjud!!!””
“Ku pohon ya Allah!”
“ku pohon kekuatan ya All..”
Alia disentap dengan tiba-tiba.
“nak coklat kak!”
Ahmad datang menyentap baju kurung Alia dengan tiba-tiba. Tak tau dari mana munculnya. Berdiri comel sambil terus memegang baju kurung alia.
“haritu akak dah janji nak kasi coklat kan... nak coklat kak!”
Terkejut Alia tak terkata sebenarnya. Baru sebentar tadi hatinya dikacau dengan serba salah, berlaku pemberontakan dalam diri malah menyalahkan diri sendiri. Kini dia pula diusik oleh seorang budak yang sedang menuntut janjinya.
Alia seluruhi Ahmad yang comot lantas melutut setaraf dengan budak itu.
“sekejap ya..“ sambil mengeluarkan bungkusan dari begnya dan diberikannya kepada budak itu.
“ke.. kena.. kenapa akak menangis?”
Tidak sedar matanya berair. Dibiarkan sahaja titis-titis mengalir di hidung dan pipinya.
“tak de apa-apa.. baju Ahmad ni yang berhabuk sangat sampai masuk mata akak”
Menipu kerana sedar dirinya juga tiada jawapan. Mungkinkah itu tangisan sesalan semata-mata untuk menunaikan janji bodoh dengan seorang budak? tangisan atas tindakannya yang kurang tepat?
Mengetuk-ketuk kepalanya atas tindakannya. Tidak sempat Ahmad mengucapkan terima kasih, Alia beredar pulang ke rumah meninggalkan Ahmad terpinga-pinga. Berharap di rumah dia dapat mewarasi tindakannya. Muhasabah samada emosional atau rasional.
Ibunya yang tekun mendengar diskusi dalam televisi beralih pandangan ke arah anak daranya yang tiba dengan tiba-tiba. Tak sangka dia pulang awal. Selalunya senja dah merah baru nampak sosoknya.
Diteguknya beberapa gelas air. Ada hela nafas keluar dari mulutnya. Membawa cawan ke arah ibunya dengan niat untuk menemani mendengar diskusi. Mencari tenteram.
Seorang ustaz dan sorang lagi mahasiswa. Ligat berhujjah.
“Lia tahu kenapa coklat? Kenapa orang kasi coklat kat pasangannya? Kenapa orang tak kasi karipap?”
Satu soalan yang mengejut. Ibunya tiba-tiba menanya satu soalan.
“ish mak ni, tak kan karipap kot, tak romantik lansung la.”
Ibunya bangun mencekak pinggang dan menghadap Alia. Seketika suasana senyap sebentar.
“coklat rasanya manis dan orang yang memakannya akan dibekal energi pukal. Pembekal tenaga yang tinggi”
Ibunya beredar meninggalkan Alia yang tercengang. Gaya tak kalah.
“Nak pergi mana?”
“gosok baju. Malam ni ada dinner dengan kawan mak, baru menang program surau la katakan”
“nak ajak kau lia sebenarnya semalam, tapi tak sanggup tengok kau tidur macam tak ingat dunia.. bangun lagi mengigau tak solat zohor lagi tu, hik hik”
“apa mak cakap ni? Mak kan ada kat rumah tengahari semalam? Mana ada mak pergi surau semalam!”
“tengok tu, tak habis mengigau lagi. Dah bilang, anak dara jangan tidur banyak sangat!”
Allahuakbar.
Memang pernah diajak sebenarnya, sebab itu dia pergi ke pasar seorang diri kerana emaknya ada urusan yang perlu disiapkan untuk program surau pagi tu. Cadangnya tengahari semalam dia akan cuba singgah sebentar ke program tu. ada angau datang agar disiapakn dahulu kerja yang diberi oleh Naim.
Gelak terus Alia.
Jadi sokongan emaknya palsu belaka. Jelas syaitoni rajim punya kerja untuk memesongkan. Mana mungkin emaknya menyokong ‘berkawan’ dengan budak lelaki lain, hatta kalau ayahnya yang arwah itu hidup semula pun dia tak kan setuju.
Alia menarik nafas dan cuba merasionalkan dirinya semula.
Berfikir tentang lobang-lobang dan perangkan syaitan, sudah berapa lama dia tertipu? Bila mulanya syaiton ini mula memanah hatinya untuk gila akan Naim? Kenapa dia tidak sedar nanah dalam hatinya kini semakin kuning berulat busuk?
Barangkali galakan salah emaknya itu yang ke berapa sudah? Tebal mana hijab yang digunakan untuk merabunkan matanya?
Mungkin ada jawapan tapi tentu sekali tidak tepat dan mengena. Tiada kesimpulan yang kuat untuk mengikat jawapan baginya.
Meninjau di luar rumah untuk melihat Ahmad dan kalau boleh ada solusi untuk drinya yang porak-peranda . Gedebuk jatuh, bising memekak dan sesekali tertawa. Main lagi gaduh lagi. Dan sambung lagi main. Akhir sekali ada seorang budak menangis dibola sepak oleh rakannya sendiri. Gaduh sikit dan tak lama lepas itu, mereka bersalaman. Itulah budak-budak, tiada dendam dan tiada fikir. Terus damai.
Seolah ada titik rehat bagi sekelompok laskar muda, ada yang pulang minum air dan berehat sebentar. Seorang budak menjerit Ahmad
“eh.. jom makan coklat yang kakak lia kasi awak tu”
“shhuu! Jangan cakap kuat-kuat nanti ada orang dengar la, kang kita makan sikit je nanti”
Sengih gadis cantik di balik tingkap. Sedangkan Alia sendiri dengar bual-bual mereka.
Ahmad kerat dua coklat Alia yang dia baru tangis tadi. Wallahu khairul makirin. Rasanya tak sampai sejam tadi dia ingin lihat naim yang makan coklat itu. kini dia pula yang asyik melihat Ahmad meratah ‘coklat nikmat’ hutang dia pada Ahmad.
“ eh awak, tengok kita da kuat balik!”
Comot tambah comel. Ahmad gelak riang membuka mulutnya yang lebar dengan lelehan coklat di mulut, tangan malah hidungnya.
Emak yang sedang menggosok baju turut sama melihat drama si alif kecil di luar rumahnya.
“coklat rasanya manis dan orang yang memakannya akan dibekal energi pukal. Pembekal tenaga yang tinggi” ulang emak sedikit melaung.
“maksudnya apa mak?
“mak harap, kau tu tak salah orang masa kau kasi coklat”
Terus menggosok tetapi seakan memahami situasi anaknya, harap Alia kalini biarlah benar-benar belaka. Tiada unsur syaitonirrajim.
“seolah kau memberi tenaga kau kepada orang yang kau kasi coklat tu. Bagi mak itulah simboliknya orang kasi hadiah kat pakwe mereka.. untuk tunjukkan mereka menyerahkan segala kekuatan yang ada untuk kasi kat pakwe mereka”
“pandai juga mak aku ni” sendiri dalam hati Alia bercakap. Kerana tiada salah lansung apa yang emaknya kata. Dia pula memahami dengan penuh rasa puas hati.
“untung siapa yang kasi coklat kat budak-budak tu” emaknya semacam menyimpulkan falsafah ciptaananya sendiri
Ketika mata masih lagi menonton ligat Ahmad dan kawannya. Alia teringat akan Naim, dia seluruhi ingatannya dengan Naim. Dari paras menawannya, tegapnya, senyuman serta ancaman-ancaman fizikal yang lain, baru dia teringat dia belum membatalkan pertemuan dengannya. Mesti akan dimarahi teruk kerana dibiarkan lama sorang-sorang.
Biarlah.
Coklatnya kini telah diberi kepada yang tangan yang hak. Alia tidak menzalimi coklat dan dirnya. Seperti yang memang difahami lama oleh Alia, generasi baru perlu dibina, dididik dan harus diberi keutamaan berbanding cintanya ke lain.
Alia mencapai tudung dan berlari ke bawah
Tekadnya, kalau boleh semua coklat yang ada dalam dirinya akan diberi sepenuhnya dalam menyumbang ke arah membina generasi harapan. Coklat untuk generasi dia sendiri dan coklat untuk generasi selepas dia.
Berlari ke luar menuju ke arah Ahmad dan kawan-kawannya.
“nanti aku mesti kasi coklat aku kat seorang lelaki.. tapi kena kahwin dulu.. bukan sekarang masanya, ”
Coklat itu lambang energi. Rasa manis berlemak dan sumber energy yang banyak akan menjadi sinergi yang luar biasa. Yang memakannya sekaligus akan merasa manisnya dan mendapat energi pukal. Yang memberi seolah simbolik ‘aku untuk kau .. aku segalanya untuk kau’ kerana seolah dia memberi energi pada orang yang diberi. Alia memilih untuk menyumbang coklatnya pada budak dan bukan pada seorang lelaki
“siapa nak coklat jom ikut akak!” kalini senyum Alia manis sangat. semanis coklat
Wallahuaalam. Sollu alannabiy
7 komentar
cerita panjang saya yang kali pertama. moga ada ibrah. coklat itu energi kita, jangan salah beri!
Uhuh, mula2 gamba kucen tengah cium. (nakal seh!)
pastu, critanya best! ingatkan ending tu dorg bercinta, pastu tersedar dari silap. Rupa2nya dia awal2 lagi xnak bg coklat.hehe..best akhi!
maaf atas tatabahasa yg teruk. akan diperhalusi lagi
>ramadhan : nakal nak menarik. x lebih dari tu
jaywang
tp mantap.jom bercoklat!
pal ak rse mcm panjang sgt. tp ok critenye. kw ad bakat
nak buat panjang lagi sebenarnya mun.
conteng-contang je ni mun.
Best!