3/24/2011

beruk besar

Tags




boleh kata, kita makin jauh dari dunia.

Memanglah, hidup kita sangat meriah dengan gelak, studi, keluarga, bola, musik, tayangan, kawan-kawan, belanja, 'teman', gadjet dan lain-lain lagi. komited kita memang ke arah itu dari hari ke hari yang akhirnya membuatkan kita kurang masa dengan dunia.

Jujurnya

saya masih mencari beruk besar mana yang masih menghalang kita dari dekat dengan dunia ini. masalahnya tidak jumpa-jumpa. Mesti besar kan tangan beruk tu? hingga cukup memekakkan telinga kita dari mendengar tangis si-kecil. Menjadikan dunia dengan kita ni amat jauh. sejauh apa sahaja, tetapi sebenarnya hanyalah diselang dengan seekor beruk besar.

beruk sangat besar ingin saja saya hentam laju-laju. boleh sahaja menghalang rakyat malaysia ini melihat dunia luar yang lebih luas ... menutup ibrah libya, yemen, mesir dan bahrain malah tsunami jepun pun upaya dia menyembunyikannya.

oh beruk besar!

dalam cari punya cari beruk besar ni, lama-lama saya fikir;

"patutlah tak jumpa, beruk hilang dari luar dan masuk dalam diri mereka rupanya. sengaja membutakan diri sahaja!"



Seorang penuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir. Suka menulis cerita pendek dan kontot demi memandaikan ummah.