4/12/2011

biasa-biasa je kita

Tags


~polar bear sangat average hidupnya~

Bismillah . Lambak rasa syukur kita panjatkan. Selawat serta doa buat junjungan besar dan para pejuang, muslimin dan muslimat sekalian. Moga rahmat Allah selalu berdamping dengan kita Insyaallah.

Benda yang paling saya kagum dengan para pejuang, tidak kira bila dan dimana adalah kemampuan berfikirnya yang lebih jauh ke hadapan berbanding orang lain.

buka sejarah dan studi baik-baik.

Tok janggut sebagai contoh. Beliau adalah pejuang jihad yang sangat terkenal pada era penjajahan british di Kelantan dahulu. Mahir bersilat serta alim orangnya. beliau tampil membawa islam dan jihad ketika orang lain sibuk memperjuangkan cukai british yang mahal-mahal.

sesungguhnya memang lain daripada yang lain dan jauh sekali jika dibandingkan dengan orang lain yang hanya sibuk dengan cukai. dia memilih untuk merdeka dengan islam daripada hidup dijajah.

sang terkenal Imam Al-Banna juga sangat istimewa orangnya, tampil dengan cara yang lebih jelas dalam keadaan huru-hura ummat untuk mengembalikan khalifah. Terlihat dalam gagasannya, kehadapan dan lain dari yang lain.

di kala ummat berfikir secara biasa-biasa seperti yang terdapat dalam sejarah, dan dalam cerita biasa di seluruh dunia, tampil insan yang lain daripada yang lain fikirannya dan hidupnya.

itulah pusingan sejarah daripada dulu hingga lah bila-bila.

2 kategori manusia yang sangat jelas bezanya. orang yang biasa-biasa je dan orang yang tampil beza daripada orang lain.

hinggalah sekarang, nampaknya kita kenalah fikir sendiri yang kita ini dimana. mudah sahaja.. selain makan, belajar, main, facebook, kerja, tidur dan solat .. apa lagi yang anda lakukan selama seminggu, sebulan atau setahun ini?

hidup sendiri-sendiri dan anti-climax .

sama kan dengan orang yang dulu-dulu tu kn? teruknya kita.





Seorang penuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir. Suka menulis cerita pendek dan kontot demi memandaikan ummah.