sekuntum tak boleh lawan sejambak. cantik! |
Minggu lepas, kami ahli bait sempat ke taman
bunga berdekatan Universiti Azhar dengan niat ingin melunaskan hutang aktivit
rumah yang sekian lama tertangguh. Nampak tiada apa-apa,tapi amat bahaya kalau
dibiar hutang lama-lama. Takut ada kesan pada ukhuwwah kami.
Langkah kami sangat yakin walaupun hanya
berbekalkan 3 paket keropok dan dua botol air. Mungkin disebabkan kerana niat kami yang awal iaitu ukhuwwah itu
sendiri, benda lain seolah sudah tidak nampak sangat.
Subhanallah . taman bunga itu sangat cantik.
Tidak sangka saya di Mesir ada tempat yang
macam ini. Bunga-bunga yang sangat ceria seolah bermain dengan matahari, berkembang cantik dan sihat. Arab
pula sibuk bersama keluarga mereka mencari tempat teduh, kanak-kanak bermain
tidak menghirau orang lain. Hijau rumput yang merata dan disantuni dengan warna
warni bunga.
Penuh aman dan damai.
Kami bergambar dengan penuh girang seolah kali
pertama melihat bunga. Fikir dua tiga kali, ada betulnya juga, memang
saya kali pertama melihat di mesir ini.
Ahli bait saya pula macam model. Memang ada
gaya, tidak sangka pandai juga kawan saya ini modeling. Comel.
Ibrah 1– nilai kekeluargaan/ukhuwwah
(relationship)
Melihat keluarga arab yang sangat harmoni, kami
sekadar berpandangan sesama sendiri.
“Macamana dari yang kecil sampai ke besar boleh
duduk bersama pergi taman macam ini” saya terfikir dan Saya rasa kami berenam akan tanya soalan yang
sama
“memang kita kena belajar dari arab macamana
mereka menjaga hubungan dengan orang lain” seorang dari kami melontar idea
Berkejaran adik-beradik arab, lelaki dan
perempuan. Yang guling-guling pun ada.
“memang dorang kasar tapi tengok macamana
dorang jaga hubungan dengan keluarga, malah orang lain.. lain macam sikit”
Malah ramai yang memandang rendah akan hubungan
akrab keluarga, atau manusia sekeliling. Dalam sirah Muhammad S.A.W , baginda
memang menujukkan satu akhlak yang sangat cantik kepada manusia sekelilingnya.
Daripada tua hingga muda, muslim atau kafir , keluarga atau yang jauh dan sebagainya.
Tersengih saya. Saya harap ukhuwwah kami kekal harmoni macam bunga-bunga
ini semua. Sekuntum bunga tak cantik sangat.
Sejambak bunga baru lebih menyinar dan mendominasi
Ibrah 2 – hakikat sebenar (ayanqusud dina wa ana hayy?)
Sampai
kepada point besar saya.
Buat kali kedua, kami berpandangan sesama
sendiri
“serious lawak”
“mesir.. mesir.. “
Tapi itulah hakikatnya. Hanya orang yang ‘mampu
melihat’ akan nampak hakikat ini.
Hampir penat berpusing di sekitar taman,
sekarang kami berdiri atas bukit yang sangat hijau. Suasana masih lagi meriah
seperti tadi, budak-budaknya, keluarga,
air pancut dan apa sahaja, Namun di situ juga kami boleh melihat permandangan
sekeliling taman.
Kami melihat bukit yang tandus, rumah yang tidak
teratur, sampah yang bersepah, bunyi hon merata, arab bergaduh….
tetapi tempat yang kami berpijak sekarang adalah tempat yang indah, teratur, harmoni,
hijau, seolah di luar adalah mesir dan kami di dalam seperti di Ireland
Mereka bergembira di dalam namun hakikatnya di
luar masih sama. Mungkin ada yang cuba lari dari hakikat mereka. Atau ada yang
tidak tahu pun apakah hakikat sebenar nya.
Hakikatnya mesir adalah bumi yang tandus,
bising, dan kotor.
Berfoya-foya dalam dunia mereka namun hakikat
sebenarnya mereka dalam keadaan yang jatuh, dijajah, teruk dan sebagainya.
“macam kita juga ikhwah, kita bersenang-senang
dalam dunia kita, tapi dalam masa yang sama.. palestin masih dijajah, perang
sana-sini, Malaysia dengan kegawatan umatnya.. betul tak?”
Semua mengangguk sambil menghirup saki baki mee
cina. Sedikit sesi muhasabah di kedai makan sebelum pulang ke rumah. Sedap,
banyak dan murah
“tob’an!
Cmne kita boleh bersenang lenang dalam keadaan dunia yang macam
ni?” menyampuk seorang
Hakikat dunia adalah porak peranda, perang,
ekonomi yang tidak stabil
Hakikat Malaysia adalah Negara yang dijajah,
keruntuhan akhlak, tiada kesepakatan
Hakikat islam di zaman ini adalah dipandang
rendah, diperkotak katik, dihina, miskin, lemah, tiada kesepakatan,
dipermainkan.
kita sahaja yang merasa aman, sedangkan hakikat
seperti yang tertulis memang begitulah.
Sepatutnya kita tidak sanggup tidur kalau sebenarnya, rumah kita sedang terbakar. walau ketika itu, bilik kita
sahaja yang tidak terbakar.
Kalau macam ini hasilanya, bolehlah pergi taman
lagi! Banyak benda yang boleh dapat