sepakat untuk imtihan. erk?
Kepala naim diketuk dari belakang. Tidaklah
terlalu kuat sampai terbenjol. Cuma sakitlah juga.
“woi. Apa main kepala ni. Sakitlah. Tak reti
adab ke apa ha..!” naim mengangkat tangan ingin menghayun tangan kepada
amin. Ikut hati memang ingin dilempang sahaja
kepala Amin. Tiba-tiba main kasar di petang hari ini kenapa? Apa masalah?
“enta tak reti nak pegang buku… nak study ke?
Naim senyap mendengar soalan Amin. Tangan yang
diangkat tadi dibiar kaku, tak jadi pula ingin lempang Amin. Seolah dia yang
terkena sekali lagi.
“tadi ana dah study lah.. sekarang ni
masa ana nak rehat sikit. Release stress sikit” naim memberi alasan
kenapa dia tidak belajar. Memang ada gaya orang bijak belajar, sudah susun bila
perlu belajar dan bila perlu study. Tapi..
“tapi bila pulak enta belajar. Enta ingat ana
ni jauh sangat ke? Ana duduk belakang enta je lah.. jangan lupa kita ni sebilik ” respon Amin
akan alasan kurang munasabah naim.
“isu nya sekarang.. kalau anta terus macam ini,
macamana imtihan enta? Ingat senang sangat ke imtihan azhar ni. Camne nak
lepas? Ni layan movie macam apa je”Amin terus menghentam rakan
sebiliknya itu.
Bunyi sedikit kejam, tetapi ada benarnya juga
kata amin. Memang daripada pagi hingga petang naim sibuk layan movie. Berhenti
sekadar solat sahaja. Sedangkan imtihan is around the corner .. 2 minggu
sahaja lagi.
Bilik yang dihuni dua orang itu senyap
sebentar. Ada buku yang sedikit berselerakan atas meja amin. Meja naim pula
‘kemas’. Rak buku 6 tingkat memenuhi ruang bilik itu. Pada dinding, penuh
tertampal kata-kata semangat sempena imtihan. Bilik tipikal kebanyakan
mahasiswa azhar di mesir.
Satu kata-kata semangat yang tertampal, “Mumtaz
Untuk Ummah” ; sangat menarik perhatian. Ditambah dengan sedikit hiasan memang mampu
memberi semangat. Cemerlang demi ummat kita!
“ok .. kenapa enta tiba-tiba caring
ni?. Biasa tak macam ni pun. Lagi satu kenapa main kepala? Dah tepu sangat ke
kepala sampai tak boleh nak tegur orang elok-elok?” dengan muka sedikit masam,
naim bersuara. Memang dia sedang sangat tidak puas hati.
“tu bukan masalahnya. Ana ketuk kepala ke apa ke.. masalahnya, enta tu tak study . kalau enta tak study, enta tak lulus imtihan. Jangan ingat ada magic boleh datang.. nak Berjaya kena study!” amin bersuara lebih lantang kalini. Sekali sekala jari dituding ke muka naim.
Amin menyambung
“ana tak tahan tengok enta macam ni…”
“ana pun tak tahan dengan enta la!!” naim
memotong kalimat “susah betul la kalau
macam ni!”
terus sahaja dia keluar rumah. Amin cuba
mengejar dari belakang. Tapi saat dia menoleh ke naim, dia hanya sempat melihat
pintu rumah dihentak kuat. Habislah. Macam drama melayu pula main hentak-hentak
pintu.
“kenapa? Dia keluar ke ? Iman keluar dari bilik
dengan mengejut. Terkejut dengan bunyi hentaman mungkin. “Korang gaduh ke?
Amin mengeluh. Rasa kecewa dari dalam.
Menceritakan apa yang berlaku kepada iman dalam keadaan mengeluh dengan keadaan
naim yang malas itu.
“pap!” muka amin ditampar.
“apa ni? kenapa?” amin protes
“enta tampar dia boleh, ana tampar enta tak kan
tak boleh? Iman bermain kata di situ.
Amin terkena. Dia masih kaku tidak faham
apa-apa.
“masalahnya, enta tegur tu salah. Ketuk kepala
dia buat apa. Memang lah mengamuk..” iman memberikan logik kepada amin. “enta
jangan buat dia macam himar, tak de perasaan”
“Habistu?”
“laa.. enta tolonglah dia. Bukan tegur tu enta
ketuk kepala dia. Tolong dia study ke, kasi note ke, ajar dia susun masa.. pastu kalau nak sweet
lagi, buat-buatlah air untuk dia. Kata ahli bilik sejati! Mesti la tahu
ahli bait tu macamana!”
telinga
amin menangkap idea iman. Memang rasional lagi daripada ketuk kepala dia..
Macam dizip dan dimangga sekali. Kini dia tahu dia yang salah.
“ana rasa enta stress la.. kalau tak,
tak de lah sampai ketuk kepala ahli bait sendiri kan?
Sambil mengelap muka “betul jugak tu. Gila ke
apa tadi. Tapi ana memang tak tahan
dengan dia. Main je keje.”
“boleh tegur. Tapi bilhikmati mau’izotil hasanah la. Support sikit ahli bilik tu. Tau tengah
nak exam . Tapi ahli bait kena
jaga jugak. Tak boleh nak stress sangat sampai macam tu!”
Betul juga. Menjadi muslim itu di mana-mana.
Semua tempat dan semua ketika. Waktu senang atau susah. sibuk perdana menteri
atau dalam senang-lenggang . dan juga imtihan atau bukan imtihan.
“eh, enta tak nak kejar dia balik ke? Tak nak
habiskan drama tadi? ... hehe” iman sengih mengejek.
Amin mengangkat sebelah kening. “isy tahulah.”
Semoga dengan iman yang utuh dalam hati, moga
Allah kurniakan kita ni’mat dan naim untuk menempuh imtihan yang menjelang ini.
Amin ya rabb.
2 komentar
watak amin ad dua nama
kejap amir kejap amin..
ok, komen yang baik. memang salah saya. tapi dah tukar
amir tu amin lah. typo . minta maaf.