3/18/2009

mari berfikir(?)

Tags



~puing sudah dunia ini. kalau-kalau ini dunialah~ 

"ayat-ayat yang mantap hanyalah untuk menghiburkan hati orang itu." 

naudzubillah. biar tidak tersusun ayat atau blog yang kosong dari apa-apa, warna, lagu atau apa-apa tapi ruhnya bisa dirasai. tak guna kalo mantap dan cantik ayatnya, tapi itu hanya untuk hiburan kita semata.

rafiq pernah berkata yang iras begini,

"celaka gak bagi orang yang hanya ingin menampakkan ilmunya hanya untuk dipandang orang lain"

tusuk tepat. pandai cakap, pandai tulis tapi bukan menyampai. Hanya mengisi ruang yang terkosong dalam blog. Apa guna?. 


***

 22 mac antara tarikh yang tersemat mungkin dalam hati-hati kita I.Allah . Syahid dipeluru apche yang memang dirancang kemas. Oleh siapa? mata berkata zionis yang membunuh. mata yang lebih sihat berkata kita yang membunuh. bukan kita yg membunuh. cuma kita yg tidak membantu sebenarnya. bukan digelar pembunuh ke kalau kita yang sihat bugar ini biar orang bunuh di hadapan kita? fikir sama.

satu tarikh lagi, lagi hebat. tarikh khusus untuk peringat gerhananya kita. wallahua'alam, kak anjang pernah berkata, 

"tak guna kalau cakap shj. ramai yang ingin berubah .. tapi kosong dari gred usahanya"  

tuntasnya, tarikh dan tarikh sebenarnya sebagai pembakar semangat dalam usaha kita. kalau tarikh mak saya punya birthday, pembakar untuk lebih berjasa kepada dia. tarikh junjungan saya punya birthday pun sama, pembakar untuk lebih mengikuti sunnahnya.

...

akhir kata, moga jadi Nabilah atau labih bagus! banyakkan berdoa! 


Seorang penuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir. Suka menulis cerita pendek dan kontot demi memandaikan ummah.