sambung cerita/ka Hatem di rumah yang demikian suram..
...Malam yg asing dan hening itu hanya dihiasi dengan sahutan cicak dan desiran kipas sahaja. Tiada apa-apa bunyi yg bergetar lebih kuat daripada cicak-cicak itu. Saya fikir jika cecicak itu punyai nilai personafikasi meniru manusia, pasti sahutan itu hilai tawa cicak-cicak itu akan Hatem!.
Sendiri Hatem mencari tenang dan kuasa di sebalik bangun tahajjud. Tahjjud yang kualitasnya tinggi hanya mampu dirasai oleh individu yang tidak asing dalam bangun tahajjud. Ramai yang bilang, rasa manis tahajjud akan hilang jika hari2 dilakukan. tidak!.Hanya mereka yang bangun di sebalik hening ini pasti kata tidak dengan statement itu.rahsia itu rasa sendri!
Ada juga dari kalangan mereka yang kurang faham menyebut mereka yang bangun hanya merasa keseronokan sendiri dengan tidak berjemaah dengan rakan yang lain. Disini harusnya terjemahan paling tepat untuk tahajjud ini adalah unik. Barangkali amalan terunik yang paling disukai oleh Allah. Tidak harus jemaah, senyap sudah memadai. Tadi sudah saya bilang, rahsia ini rasa sendiri!
Jadi dalam sepi dan tahajjud itu, akalnya memungkinkan dia untuk berfikir dengan lebih baik tentang cakap-cakap ibunya tadi. Pointnya, Ibunya bukan tidak faham, tapi nampak seolah Hatem telah melepasi batas dalam bekerja atau dalam ayat yang lebih cantik lagi, amanah dalam menuntut dianggap enteng oleh Hatem berbanding usaha-usaha dakwah itu sendiri. Dimudahkan lagi, Ibunya risau akan edukasi Hatem sebagai pelajar.
Itu Artinya SAYANG...
Hatem sadar itu tanda sayang ibunya akan dia. Kaca mata ibu terhadap anaknya amat tajam dan luas. Hatem syukur dalam sujudnya kerna Allah membisakan dia nampak jauh dalam ibunya. Teguran itu bererti tanda sokong ibunya dalam kerja dakwah yang murni ini tapi dalam arti jangan melalaikan tugas sebagai seorang pelajar. Sejujurnya, untuk anak-anak muda yang gila ini, jika tiada pihak yang menegur demikian rupa, mereka bisa aja melupai tugas sebagai pelajar.bukan sengaja tetapi lalai sebentar.
"syukur ya ALLAH! kerna membuka mataku ini yang acap su'odzon dengan ibuku!"
Kalini tekad yang membara dipacak menjunam tepat hati yang utuh menerima(?) untuk Hatem memberi hadiah yang istimewa nian untuk ibunya. Tidak boleh tidak mau, setiap anak harus punyai rasa ingin menyenangkan hati 'insan istimewa' mereka. Dalam sejenak berfikir itu Hatem rasa, dengan menunjukkan dia belajr dengan mujahadah yang sebenar itu sudah cukup manis.
"Apa salahnya mengimpikan kecemerlangan 11A untuk dihadiah kepada ibunya? JIka usaha dakwah untuk islam, lalu usaha akedemisnya untuk ibunya." tegur-tegur kepada dirinya
wallahua'alam.