7/27/2017

Aku Tak Merdeka - Versi Homo




“Pura-pura tidak ingat, atau kau memang tidak ingat?”

 

Bunyi nafas Raid naik turun sehingga dia merasakan yang dia sahaja yang bernafas dalam bilik itu. Buat pertama kali Raid mendengar nafasnya yang sebegitu laju. Matanya melihat sekeliling. Dia dan dua orang lagi anggota polis sedang bersamanya di dalam bilik. Salah seorang hanya beberapa jengkal dari badannya. Seorang lagi berdiri tegak sambil memeluk tubuh tapi matanya tak lepas dari memandang Raid.

 

Soalan diulang kepada Raid, “Tengok sini. Tengok mata aku. Semalam kau buat apa di tempat begitu?”

 

Matanya melilau lagi. Dua orang pegawai berbual sesama mereka di luar bilik dan Raid tidak mendengar walau sepatah. Seorang daripada mereka memandang Raid. Raid memaling muka, mengalih pandangan dari bertemu mata. Raid melirik semula perlahan-perlahan, pegawai itu sudah tidak memandangnya lagi, kembali berbual dengan kawannya yang seorang lagi.

 

Pandangan dikalih sedikit ke kiri ke hujung lorong di luar bilik. Seorang lelaki sasa berkemeja sedang berjalan menuju ke biliknya. Dua orang polis tadi berdiri tegak dan menghentikan perbualan. Salut tanda hormat diberikan. Lelaki berkemeja hanya mengangguk dan pintu bilik dibuka salah seorang dari mereka.

 

“Budak.” Kata pegawai itu yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam bilik. “Tak pernah nampak budak ni. Baru?”

 

“Nampaknya begitu tuan. Tiada lagi dalam rekod. Muka pun takut-takut.” Balas anggota polis yang tadi berpeluk tubuh. Di hujungnya ada sengih nipis.

 

Pegawai berkemeja berjalan mengelilingi bilik. Menyelak fail yang sudah tersedia di atas meja. Bunyi derapan kasut memenuhi bilik yang senyap. Pegawai lain yang berada di situ menunggu apa yang bakal dilakukan oleh pegawai berkemeja itu. Suasana senyap dan Raid tidak terkecuali dari menunggu.

 

“Sebenarnya kalau kes begini. Mudah sahaja kerja aku. Kau cakap, aku lepaskan kau. Kalau kau tak cakap, aku pukul, kau cakap dan aku lepaskan kau.” Pegawai berkemeja mula berkata sesuatu. “Tapi muka kau suci, jerawat pun baru seketul dua. Calar sikit pun tiada.”

 

“Betul kau jumpa budak ni semalam di tempat operasi semalam?”

 

Pegawai yang menyoal Raid sebentar tadi mengangguk. “Sukar juga kita nak dakwa budak atas apa-apa tuduhan. Pertama tiada bukti yang benar-benar boleh untuk sabitkan budak ini. Dan sebab kedua yang lebih besar, dia ni budak. Kes juvana yang  melibatkatkan serupa ini memang susah kita nak buat apa-apa,” kata pegawai yang tadi hanya beberapa inci dari Raid.

“Kalau kita paksa budak ni?” pegawai yang tadi berpeluk tubuh pula mengambil kata-kata.

 

“Susah. Orang akan ingat budak ini buat tanpa rela. Dan ada kemungkinan itu kuat kerana budak ini tiadak rekod jenayah.”

 

Raid menelan air liur. Hanya itu yang mampu dilakukan selain mendengar perbualan tiga pegawai yang seolah menidakkan kewujudan Raid di dalam bilik. Nafasnya sudah kembali normal. Tadi sahaja ketika dia diugut untuk menceritakan apa sahaja yang dia ingat. Suhu bilik yang berkepam, suram menyukarkan Raid untuk mengingat apa yang berlaku. Badan dia juga sudah berlekit. Berpeluh daripada tadi.

 

“Habis apa yang kau dapat tadi?” pegawai berkemeja bertanya.

 

Salah seorang dari mereka tersenyum.  ‘Merdeka’.

 

“Merdeka?” Pegawai berkemaja bertanya untuk memastikan. Kali ini dia nampak begitu berminat dengan Raid. Dia memandang Raid dan mata mereka berdua bertembung.

 

“Mer.. Merdeka,” kata Raid. Hanya itu yang Raid dapat ingat dari kisah semalam sebelum dia ditangkap. 

 

***

 

“Jika kau tanya kepada aku apa impian aku. Maka harini aku mahu tunjukkan pada kau apa yang selama ini aku mahu.” Kata Hamdan yang mendekat Faizal. Faizal tidah berganjak walau sedikit. Dia seperti merelakan Hamdan yang merapati dan terus merapati.

 

“Setelah sekian lama kita terperangkap, pada malam ini kita bebas semahunya. Apa guna kata orang lain. Malam ini ada kita saja.” Hamdan menghembus kalimat dengan nafas yang tidak keruan. Faizal hanya menunggu Hamdan. Dibiarkan sahaja apa yang mahu dilakukan Hamdan.

 

“Kau juga tahu apa yang aku impikan, bukan” kata Faizal.

 

Hamdan mengangguk ternseyum-senyum.

 

“Kau mahu aku, dan aku mahu kau.” Faizal hanya melihat Hamdan yang hanya berseluar denim. Baju atas sudah lama hilang. Senyuman Hamdan tidak lekang. Kini Faizal pula yang merapati. Mereka sudah sangat rapat hingga dengusan bertemu. Suasana intim dicipta lagi dan lagi sebelum aksi kebebasan mereka bakal bermula sebentar lagi.

 

Hamdan menoleh ke belakang, perasan bahawa pintu tidak tertutup rapat. Hamdan bertanya pada diri sendiri, apakah bunyi yang didengarnya sebentar tadi? Dia mengomen dalam hati, ada pula yang mahu mengacau projek dia dan Faizal malam ini. Hamdan menuju ke pintu untuk mengenal pasti jika ada siapa yang mengintai.

 

Faizal menarik tangan Hamdan, menghalang Hamdan pergi.

 

“Biarlah dia. Apa salahnya kalau dia nak intip kita.”

 

“Kau kata apa salahnya? Bagaimana kalau pegawai agama datang menghendap? Tak sanggup nak hadap mak aku bebel.”

 

“Mak kau bebel lagi ke. Aku ingat dia dah serah pada takdir. Tak  sangka rajin betul dia nak fikir pasal kau.”

 

“Memang.” Kata Hamdan. “Dari sekolah menengah tau. Sibuk sangat pasal aku.”

 

Faizal ketawa terbahak-bahak melihat pasangannya menarik muka. Faizal memerhati Hamdan dari belakang. Terkenang memori bagaimana mereka menempuh hidup sebagai seorang penggiat hak asasi manusia. Faizal kenal benar ibu Hamdan. Biasa berjumpa namun bukan boleh dibuat berbual.

 

“Tapi itu zaman bila, zaman sekarang ni takut apa. Kalau pegawai agama datang pun, dia cair lah tengok kau.”

 

Hamdan berpaling. Faizal kembali berselera melihat Hamdan. Cair benar dia dengan Hamdan. Daripada dahulu dia sudah geram dengan Hamdan. Baru-baru ini sahaja dia kembali mencuba dekati Hamdan. Ibu Hamdan terlalu kuat menghalang cinta mereka. Jika orang lain boleh bercinta, mengapa dia dan Hamdan tidak boleh.

 

“Betul tak nak tutup pintu?” Hamdan menyoal manja.

 

“Itu HAK kau nak tutup ke tak. Kalau ada orang nak intai pun, itu HAK dia nak intai. Tapi paling penting, kau sekarang hak aku.” Faizal lebih berani. Dia mahu cepat, kerana bertahun lama dia menunggu.

 

“Mari sini Hamdan, mari ke sini. Malam ini kita merdeka. Kita bebas mahu jadi apa.”

 

Mereka semakin intim, setiap gerakan dan geseran mereka diselangi ucapan merdeka. Malam itu Hamdan dan Faizal beradu tenaga menunaikan hak masing-masing yang sebelum ini mereka perjuangkan dan malam ini baru mereka peroleh. Ini malam pertama buat mereka. Ini malam kemerdekaan.

 

“Kita merdeka Hamdan, merdeka!” Jerit Faizal semahunya.

 

***

 

Raid menjerit. Pegawai yang berada di luar bilik, masuk dan cuba menenangkan Raid. Pegawai berkemeja hanya menggeleng. Mereka tidak tahu apakah Raid dirasuk atau apa. Daripada tadi yang diulang hanyalah perkataan merdeka sahaja.

 

Peristiwa semalam masuk menderu ke dalam benak kepala Raid. Dia tidak mahu mengingat semula kisah semalam yang dirasakan terlalu pelik buatnya. Adegan mereka aneh, jeritan mereka garau dan aksi mereka sangat ganas. Raid tidak mahu mengenang itu semua. Dia hanya terlihat sedikit namun entah mengapa melekat dalam kepalanya.

 

Raid hairan. Mengapa mereka menyuruh Raid menceritakan apa yang berlaku semalam. Raid tidak tentu arah dan cuba melepaskan diri dari dipeluk pegawai. Apa mereka tidak faham?

 

“Ceritakan, aku nak kau ceritakan apa kau nampak semalam.”

 

Pegawai berkemeja ditenangkan oleh pegawai yang mula-mula tadi menyoal Raid. “Kau tak dapat apa kalau kau buat begini pada budak ni. Kau hanya buat dia takut.”

 

Mereka menghadap. Pegawai berkemeja bangun dari menindih Raid.

 

“Kalu betul dia salah seorang daripada mereka, bagaimana?”

 

“Kalau. Baiklah, kalau dia bukan? Kalau dia tak sengaja lalu kawasan tersebut dan terserempak dengan mereka pula bagaimana?”

 

Pegawai berkemeja mendengus. “Kau pun tahu aku buat begini, bukan sebab aku benci budak ni, atau budak ni nampak terlalu naif tak mahu cakap apa-apa. Atau disebabkan muka kosongnya yang macam budak darjah satu yang kena marah sebab berak dalam seluar. Bukan!”

 

“Aku hanya nak tau, kalaulah abang dia atau kawan sekolah dia, ajak dia ke tempat hitam itu. Kes begini, ada caranya kita selesaikan.” Kelihatan pegawai itu belum sudaj. “Yang aku risaukan, dia sendiri...”

 

Raid menjerit lagi dan menggeleng-geleng. Mengganggu perbualan antara pegawai. “Aku tak mahu merdeka. Aku bukan merdeka, aku tidak merdeka macam mereka!”

 

“Atau dia sedang trauma.” Pegawai yang berpeluk tubuh menyambung. “Dia budak. Walaupun kita tak faham sepatah apa yang dia jerit tentang merdeka, tapi aku yakin dia bukan seperti mereka. Dan tugas kita kena selamatkan dia.”


Di-edit semula pada 18 Ogos 2023


Seorang penuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir. Suka menulis cerita pendek dan kontot demi memandaikan ummah.