3/29/2017

Rabaah

Tags




9 Jan 2014 (gaya tulisan lama yang dirindui)

Hujan turun hari ini bersama butir-butir kecil salji. Halus sahaja ditengah-tengah bersama air hujan yang entah apa petandanya. Biarlah, jika makin sejuk saya hayati. Jika makin suam, saya nikmati.

Di hujung jalan saya perhati hujan yang sangat sibuk. Seperti sangat laju menitis. Seperti ada kerja tiba-tiba turun pagi ini.

Buanglah kau hujan! Buanglah darah semalam yang hitam di jalan. Yang semalam ditembak, dibakar sang algojo bodoh!

Hujan juga geram kawan-kawan. Macam kita dan satu dunia. Hujan bersama kita.
  

Seorang penuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir. Suka menulis cerita pendek dan kontot demi memandaikan ummah.