Barn Tyto ini mate-for-life! |
“Mengapa ramai orang begitu yakin berjanji untuk setia. Setia itu berat. Ia
adalah ikatan bersama”
“Habis awak mahu apa. Jika manusia yang berjanji untuk setia itu salah,
jadi apa guna bersama?”
Lutfi gamam ditampar jawapan logik dari Farah. Mudah sahaja perempuan menemui
hal-hal logik jika bercinta. Seperti ini, mudah dia membalas hingga kaku lutfi
mahu menjawab.
“Bukan. Maksud saya, kita bukan boleh mengawal takdir. Jika masa hadapan
tidak seindah yang kita sangka. Bagaimana manusia begitu yakin berjanji. Kita manusia.
Tidak tahu di hadapan nanti. Hujan atau ribut. Cerah atau mendung”
Farah melepaskan tangan dari Lutfi. Menarik muka dan berpaling.
“Itu hanya soalan Farah. Janganlah
awak berpaling begitu.”
Ini malam keempat mereka. Masih lagi mencuba-cuba isi hati masing-masing.
Ais mesti dipecahkan lebih awal agar nanti tidak muncul ungkitan. Waktu begini
adalah waktu genting. Jika tidak pandai mengawal mauduk, kalam dan intiha,
muncung sahajalah nanti. Lutfi tersenyum. Dia harus bertindak bijak.
“Tapi bila saya ingat kembali, Nabi Muhammad adalah contoh setia paling
baik. Dia berkahwin ramai cuma hubungan dia dengan Khadijah itu lebih intim dari
segalanya.” Kata Lutfi berhati-hati.
Dia cuba bangun dan merapati Farah seraya berbisik, “saya rasa tidak salah untuk saya cuba mencontohi nabi. Dia qudwah dalam setia. Betul?”
Farah menahan dari tersenyum. Dia mengahwini Lutfi si mulut manis. Sudah tahu
taktik dia. Handal membuat ayat memujuk yang pasti mengukir senyuman.
“Boleh beri saya peluang untuk saya mencuba?”
Kerana malam keempat itu sama sahaja seperti malam pertama. Atau malam
terakhir bersama itu juga tidak kurang dari malam pertama. Jika setia itu tetap
ada.