11/20/2008

Jangan Tersia aja!

Tags

Sekadar ingin menulis di kala kesibukan entah apa-apa..inilah dia insan yg tidak pandai mengatur masa..walau masanya sendiri. Bagaimana mau diaturnya hidup orang lain? madu'nya? rakan-rakannya? zaujahnya? Sedangkan masa itu asas segalanya.

ingin mengulang post yang terdahulu tentang libur. Bahkan ini adalah libur akhir yang terakhir buat guer. Iya! terakhir. Tahun hadapan bukan dianggap libur lagi. Sudah waktunya rehat dari kondisi 'A' utk belajar. Lama lagi~

Maka khusus buat rakan2 yg liburnya terakhir, minta dikoreksi kembali libur2nya terdahulu..bagusnya dari sekolah rendah, hingga ke saatnya sekarang. Ulang kembali dari Form 1, 2, dan 3. Agar cuti ini bisa lain drpd yg lain. Itupun jika anda eggak mahu onar, busuk, dan hitam yg tahun sebelumnya bisa berulang kembali.




Sedikit Peringatan buat saya. Khusus utk cuti ini.

1)  Jangan sekali2 Bangun lambat utk subuh. Harusnya biar jamaah di musholla

2) Jangan pernah saya biarkan pagi saya tersia begitu sahaja. 
biasanya saya ini tertunda. drpd surat khabar ke kartun. seterusnya sarapan. hingga pkl 12. rosak pagi ini. Bahkan Nabi juga menganjurkan kita bangun utk berkerja.

3) Sentiasa dan sewajiblah saya mengikut atur solat saya. Kerna Allah mengatur setiap waktu itu berhikmah.

4) Jangan sesekali bersentuhan dengan perkara zina
Biasanya terjadi tika saya berseorangan. Kadang-kadang terchat dengan Banat, kadang-kadang pula frienster atau Myspace..atau lebih teruk lagi terbuka laman 18sx. Na'udzubillah

5)  Mestilah saya meminta ijin drpd Naqib saya kalau-kalau saya ingin keluar rumah.
Benda ini VITAL!. Naqib saya bijak dan bisa menegur saya kalau tempat yg diujui itu kurang senang.

6) Mestilah juga merancang hari saya.
Tidak perlu ada jadual seperti jadual kelas. Cukup membayangakn hari saya pada awal pagi saya bangun tidur.

7) Hari saya perlu lebih baik drpd semalam
Rugi nian jika sama. Orang bodoh sahaja yg harinya sama, bahkan lebih buruk. Paling mudah melakukan sesuatu yg baharu, persisnya hafal satu hadis atau sekerat. Cukup baik.

8) Saya akan denda diri saya kalau tidak mengikut atur jadual.
Paling kurang berpuasa sehari. Benda ini akan mengajar saya lebih. 

9) Amalan fardi saya perlu istiqomah
Puasa dan qiam saya perlu senantiasa dilakukan. Lagi2 qiam. 

10) Harus cergas dan cerdas selalu!
akal saya perlulah sentiasa berfikir dan terus berfikir. tidak lupa akan fizikalnya. Persediaan utk sukan tahunan terakhir saya tahun hadapan.

Seorang penuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir. Suka menulis cerita pendek dan kontot demi memandaikan ummah.

1 komentar so far

terima kasih atas peringatan..
menarik..
wajar diikuti