7/01/2012

Terbaik untuk ramadhan!

Tags




gulp!


“kalau ikut jam ana, lagi 20 minit kita akan berbuka…”

Kenapa harini rasa 20 minit macam 20 tahun sahaja? Umur sudah menjangkau 20 tahun tapi gaya puasa seperti kanak-kanak 12 tahun. Mengada lebih pula hari ini.

Sepatutnya waktu senja magrib begini paling sesuai ingin berdoa. Waktu ini paling dinanti bagi mereka  yang berpuasa kerana kelebihan doa yang mustajab, tetapi saya sedang bersiap sedia dia hadapan dulang. Siap lengan disengseng setengah dan mata pula tak lari dari bandung soda ais yang merahnya sangat menggiurkan. Hampir-hampir sahaja air liuh saya  meleleh dek bandung soda air yang menggila itu.

Tuhanku, aku sangat haus!

Jika saya seorang penulis diari, harini adalah hari yang sangat mudah dan membosankan. Mula dari pagi selepas sahur, aku pergi ke masjid menunaikan solat,  membaca beberapa helaian mashaf dan pulang ke rumah untuk tidur hinggalah ke zohor. Bergegas ke masjid kerana sudah lambat dan singgah pula ke pusat internet berhampiran selepas zohor. Pulang ke rumah seusai asar, tidur sebentar dan bersiap ke iftor jamaie di rumah kawan.

Puasa jenis apa ini, saya pun tidak tahu.

Sangat tidak hebat jika dibandingkan sahabat ketika di Badar, mahupun saad bin abi waqas  ketika perang qadissiyyah. Tidak lupa Al-Ayyubi  ketika perang salib dan saifuddin Al-qutz di Ain jalut. Puasa yang tidak bermakna, tidak member kesan, membebankan, fitnah, teruk dan jelik. Lansung tidak membawa erti puasa yang sebenar.

Memandang kawan di sekeliling menambahkan lagi penat di kepala. Tekak sudah haus meminta bandung soda ais, tetapi mereka boleh lagi sambung membaca Al-Qur’an dan berdoa ketika waktu macam ini. Gila atau apa?

Rengekan saya ditarik dengan bunyi riuh rendah di belakang. Sedar tidak sedar, ada pesta mengumpat di belakang saya.

“itulah kau, tadi aku kata minum air. Dah tak sempat nak makan. Ni kau terus sumbat roti tu buat apa! Kan dah tak sempat nak minum air”

Kawan saya menambahkan lagi masalah. Mereka mengungkit kisah sahur pagi tadi. Kisah saya yang silap ‘bajet masa’.

“terima kasih banyak-banyak. Kau memang kawan yang baik kerana aku tolong aku pagi tadi. Sekarang boleh get out of my sight tak? aku penat sangat ni.. aku ketuk kepala korang semua baru tau.”

Galak mereka ketawa.

Memang salah saya yang ngada-ngada makan walaupun lagi seminit masuk waktu. tercungap saya habiskan suapan terakhir. Nasib baik sempat meneguk setengah cawan air. Hampir-hampir sahaja berbuka tengah hari tadi kerana merasakan air tidak cukup dalam badan. Padan muka terseksa satu hari.

“nasib baik ni puasa sunat je. Kalau puasa ramadhan kan susah. Tidur satu hari, jalan pun longlai semacam.. bukan puasa namanya” kawan saya bercakap separuh menjerit dan disambung pula oleh kawan saya yang serang lagi. “ itulah untung bersedia awal!”

Saya senyum membenarkan. Harini saya belajar banyak perkara, berhenti makan paling kurang lima minit sebelum. Banyakkan minum air. Memang kalau tak berlatih awal memang  tidak akan tahu benda ni semua.

“itu untung sangat kita puasa awal, kalau macam orang lain yang tak pernah puasa lansung, entah macam mana lah. Mungkin macam aku.. terbaring satu hari la kot” saya pula yang menambah.

Sekali lagi mereka ketawa. Lebih galak dari tadi dan saya juga turut serta.

Bersiap sedialah dari awal menyambut ramadhan. Pastikan diri kita dalam keadaan paling bersedia untuk bertemu tetamu agung paling dinanti, ramadhan Al-Mubarok.  Agar tidak menjadi seperti saya yang meneguk habis satu jag bandung soda air disebabkan kesilapan ketika waktu sahur.

Dua minggu juga masih sempat!





Seorang penuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir. Suka menulis cerita pendek dan kontot demi memandaikan ummah.