ramadhan tiba!
Bila ramadhan tiba, muslim mula menggila.
mengapa ketawa? bulan ini memang paling gila bagi ummat islam seluruh dunia
setiap masa dan sejarah. Badar dan Ain jalut ada ceritanya jika anda masih
ketawa tidak mempercayai saya.
Dahulu, ketika kelas tambahan bersama seorang guru india yang menganut agama
hindu, dia pernah meluahkan perasaannya tentang muslim yang berpuasa di bulan
ramadhan.
"bagaimana kamu semua boleh berpuasa? kalau saya tidak makan tengah
hari dalam keadaan panas begini, memang saya tak tahan.."
Itu katanya. saya hanya senyum mendengar sedikit pujian dari beliau.
Agaknya kalau saya menceritakan kisah saifuddin Al-qutuz menentang katabgha di
Ain jalut, tentu sekali beliau akan melopong mendengar cerita kemenangan
tentera muslim menentang tartar dengan jayanya di bulan ramadhan. Pasti beliau
berasa sangat pelik dengan muslim-muslim begini. tidak makan dan minum tetapi
mampu menewaskan angkatan tentera terbesar yang menakluki seluas korea hingga
ke poland ketika itu.
Saya syak beliau akan pengsan terkejut sekiranya saya menyambung kisah saya
dengan perang ashqolan dan badar. Inilah bukti muslim menggila ketika ramadhan.
Memiliki kehidupan yang sangat kontra berbanding umat yang lain. Cukuplah iman
mengenyangkan perut mereka, cukuplah rasa cinta mereka pada islam yang
dijunjung untuk menghilangkan haus.
Memang ketika ramadhan, muslim menjadi gila segilanya.
Cuma bukanlah gila moreh, atau gila membeli baju raya, gila di bazar
ramadhan, gila di katil atau gila membuat ketupat dan rendang. Bukan semuanya.
Sejarah memang akan membuatkan orang bukan muslim akan melopong dan
ternganga. Kisah itu dan ini islam memenangi peperangan-peperangan besar
pastinya akan menjadikan mereka pelik dengan kehebatan ramadhan mereka. Bagi
mereka mustahil untuk bertahan lama di tengah padang pasir berperang tanpa
makan dan minum.
Namun adakah mereka akan kekal pelik sebegitu jika mereka mendengar kisah
kita di bulan ramadhan? Saya jangka tidak. Malah mereka akan gelak mendengar
kisah kita di bulan ramadhan. Kisah yang berbeza antara kita dan mujahid
dahulu.
Kita hanya berbaring malas di atas katil dari pagi hingga tengah hari
menunggu azan magrib. Bangun hanya untuk beratur mendapatkan ayam percik di
bazar ramadhan. Pergi tarawih hanya kerana moreh teh tarik dan laksa atau mee
kari, itupun selepas dipaksa oleh mak dan ayah.
Hatta saya juga ketawa ketika menulis ini. Tidak sangka banyak sekali
peperang besar berlaku ketika bulan ramadhan. Bukan hanya mereka yang kafir
terkejut dengan kehebatan muslimin di medan, malah saya juga terkesima dengan
mereka ini.
Mereka cukup gila di bulan ramadhan. Mereka membuktikan ramadhan adalah
bulan gila bagi muslimin.
Mereka mencipta sejarah pada bulan yang tiada makan dan minum ini,
bergerak, berdakwah, berperang dengan penuh kegilaan dan tidak kira apa.
bersama kita mencipta sejarah kita di bulan ramadhan. ramadhan adalah bulan
gila! Jangan culas terbaring malas sahaja.