memang comel |
“wah
comelnya diorang” farah merapatkan mukanya pada skrin laptop.
Sarah menarik kerusi dan duduk di sebeleh farah
. “apa yang comel sangatnya tu?”
Farah yang perasan akan sarah, menutup setengah
laptopnya, “co.. comel? Mana ada! Kucing.. ada kucing tu yang comel sangat” farah
separuh gugup menjawab soalan
“meh sini akak tengok jap.. ‘kucing’ mana yang
comel sangat tu” sarah selamba membuka laptop farah. “ooh.. ni ke kucing nya, pandai farah
sekarang ye”
“shhhh…. Jangan lah kuat-kuat sangat akak ni
pun” farah menggigit gigi menahan suara dari keluar
“tapi kucing ni boleh menyanyi dan menari eh?
Pakai baju pulak tu.. tulis KARA lagi” sarah menyambung lagi sambil tersengih.
“akak.. janganlah macam ni..farah janji ini
last.. memang last”
“farah.. farah. Nak layan Korea pun beragaklah.
Ni bukan kali pertama akak perasan farah tengok tau, banyak kali dah.. saje
buat tak tau” sarah membebel panjang. “ kalau macam ni susah nak last last tau.
Ingat senang ke?”
Farah
sekadar menghembuskan nafas. Tidak tahu
ingin berkata apa.
“akak nak masak ni.. farah jangan merajuk pulak
kena bebel dengan akak.” Sarah membulatkan mata
Farah mengangguk. “taupun membebel, lepas tu
pergi sambung lagi.. apalah kak sarah tu” perlahan dengan nada merajuk.
Selepas seketika berlalu
“emm sedap.. sedap akak masak…” farah memuji
kakak serumahnya.
“biasa je..” melontarkan ayat biasa ketika
dipuji. Mereka berdua di dapur memasak untuk makan malam. Harini giliran sarah,
farah hanya membantu
“farah masuk bilik jap tau..” farah meminta
izin dan dibalas dengan anggukan sarah.
Lauknya hampir siap, sesi memasak petang itu
hampir habis. Pinggang dan semua alatan sudah siap dicuci dan diletakkan di
tempatnya. Lantai disapu sedikit dan dia mengelap apa yang patut. Baik siap! Hanya
tinggal lauk sahaja menunggu sedikit sahaja masa lagi. Api dikecilkan sebelum
dia keluar dari dapur.
Farah senyap dalam bilik. Layan korea lagi?
“pergi sergah lagi la budak tu.. senyap je
dalam bilik tu..” sarah menuju ke bilik dan sempat menjenguk sebelum dia
menyerang buat kali kedua.
Memang sah! Farah di hadapan komputer sambil
senyum keseorangan!
Dia berjalan perlahan dan cuba untuk menyergah
farah dari belakang.
“mak kau opocot!!! Akak sarah?! Apa akak buat
ni? Farah terkejut lah!” farah terkejut melatah. Dia marah dengan sarah yang
tiba-tiba menyegah dia.
“oo.. layan lagi Korea ye.. senyap-senyap lepas
tu gelak sorang. Apa nak jadi ni.”
“mana ada korea. Kucing lah!”
“sebelum ni kucing, kalini kucing lagi. Ingat
akak tak tau.. cuba tunjuk kat akak mana kucing farah tu”
Farah menggerakkan laptopnya supaya sara senang
meilhat. Sarah hanya melopong melihat gambar kucing itu. Tak sangka memang
betul kucing.
“kucing siapa ni? comel betul”
“kucing baru family farah kat Malaysia. Baru je
lahir dalam tiga hari semalam..”
“habis tu mana korea yang farah suka tengok
tu?”
“korea?” farah membulatkan matanya kerana pelik
mendengar soalan sarah. Dia ketawa selepas beberapa ketika. Sarah pelik melihat
farah yang ketawa tiba-tiba
“dah lama tinggal.. bulan lepas dah tak tengok..
tak layan semua tu” farah menerangkan
“macamana boleh sekejap sangat tinggal? Sebulan
je?”
Farah menangguk. “bulan lepas kan
ramadhan..farah tekad betul-betul nak tinggalkan benda ni semua. Memang bulan
ramadhan je yang farah rasa farah boleh buat.. bulan lain mungkin susah sikit”
Sarah masih melopong mendengar farah berkata.
Tidak sangka begitu sekali kesan ramadhan. Dia yang kakak kepada farah pun
tidak menjadikan bulan ramadhan sebagai bulan untuk berubah.
“tahniah awak!” sarah membuka tangan untuk
memeluk farah. begembira meraikan perubahan seorang kawan.
***selepas seketika berlalu = bulan Ramadan berlalu