Bacaan imam sangat mendayu malam
itu. Gemersik indah mengalun masuk bersama Ayat-Ayat sucinya yang sudah
tersedia indah. Sedikit layan malam itu. Tidak pasti di mana bacaan imam,
rasanya awal juzu’ lima surah An-nisa’. atau mungkin saya tersilap.
Memang tidak silap saya memilih
masjid ini sebagai destinasi tarawih malam ini.
“burrrrrpppp…” satu bunyi dari insan
di sebelah saya.
Berbunyi dan busuk. Sangat
menjelikkan sendawa begini! Menganggu tumpuan tarawih saya. Pakcik perut buncit
sebelah saya memang tidak patut sendawa kuat dan berbau seperti itu. Menganggu
sangat-sangat.
Sendawa itu rasanya seperti sinergi
dari popia basah,sedikit murtabak
singapura dan pari asam m pedas. Saya hanya syak dari bau yang sedikit masam
itu.
Di situ beza antara mesir dan Malaysia.
Seronoknya bertarawih di Mesir adalah anda tidak akan mendengar apatah lagi
mencium sendawa seperti ini. Rakyat Malaysia makan dan mesir juga makan, Cuma
mengapa boleh tidak sendawa?
Namun saya masih juga bersyukur
kerana memilih masjid ini, sangat sejuk dengan penghawa dingin yang besar itu.
Selesa dan lebih damai untuk beramal lebih. Bukan memilih, cumanya kalau 21
rakaat kan lebih baik begini. Apa salahnya? Boleh juga menarik lebih
ramai qaryah bukan?
Tidaklah panas membahang dan
tidaklah juga beku. Selepas ini saya ingat saya ingin sambung 2 atau 3 juzu’
tadarrus. Itupun selepas membaham 2 atau 3 bubur rempah yang pedas itu, sekali
dengan kopi-o panas yang sangat harum hingga masuk ke ruang tengah solat
masjid. Saya jangka mesti ramai yang sudah hilang fokus. Mesti punya.
Cuma apabila ingat kembali adegan
petang tadi, abang-abang Bangladesh yang bekerja di sini dengan gaji tidak
seberapa, berebut makanan dengan orang tempatan memang melucukan dan kasihan.
Ayam masak merah manis pun ingin berebut. Saya hanya melihat sahaja di belakang
ketika mereka bergaduh. Baru ingin berbuka di masjid, dipotong pula dengan
mereka ini. Pulanglah saya ke rumah sambil digelak hebat oleh ibu saya. Cet!
“assalamualikum warahmatullah!..”
Saya menghabiskan salam saya sambil
menepuk dahi. Sekali lagi, hilang tarawih saya dengan sendawa pakcik itu dan
abang bangla yang bergaduh. Sekali lagi dan sekali lagi!
Tarawih itu bermaksud kerehatan dan perlu kita kejar, sedangkan ;
Tarawih itu bermaksud kerehatan dan perlu kita kejar, sedangkan ;
Tawarih itu tidak mempunyai erti dan
tidak perlu anda membuka kamus untuk mencarinya
Moga kita mendirikan solat tarawih
yang bermakna dan bukannya tawarih yang kosong dengan berdiri yang membosankan!
*maka berlalulah sebulan tarawih
namun bagi saya tiadalah rehat. Hanyalah tempat angan-angan dan mainan fikiran.
Teruk betul.