menyesal itu perlu |
Takbir bergema di sana sini. Nadanya
sedikit berbeza dengan takbir di Malaysia, namun kemeriahannya masih jelas
terasa. Hari raya adalah hari yang sangat bahagia bagi seluruh ummat islam.
Rasa seronok masuk menjalar dalam diri. Ternyata, saya juga amat gembira pada
malam ini.
Malam itu malam yang sederhana bagi
kami. Kami bertiga sebagai ahli rumah duduk bersama di beranda rumah.
Bernostalgia entah apa dia malam raya. Maklumlah, kami juga anak perantauan , yang
merindukan rendang dan ketupat. Ah, Indah sungguh rasanya andai terhidang
lemang dan dodol di depan mata.
“jadi, kita nak buat apa malam ni?
termangu bermain emosi sahaja?” ali cuba memecah hening
“tadi ana kata dah kita masak
rendang, semua tak sokong. Last sekali, pergi kedai asir bungkus asir manga..
mana ada orang sambut malam raya dengan jus.” Hasan sedikit emosi. Mungkin
kerana tidak dapat pulang beraya tahun ini di Malaysia agaknya.
“rilek la. Minum asir mangga ni pun
dah cukup bahagia bagi ana, lagipun camne nak masak? Rumah kita tiada air malam
ni” saya cuba menenangkan suasana. “dah, minum ni, banyak ana beli air. telan
semua sekali.”
Memang malam itu sedikit sepi. Biasanya
malam sebegini kalau di bulan ramadhan, kami ke masjid bertarawih. Tiba-tiba
tiada tarawih membuatkan kami tidak tahu nak buat apa-apa. Akhirnya, kami
sekadar bersembang di luar beranda rumah.
Ketika menghirup asir mangga yang
sangat asli itu, saya terkenangkan ramadhan yang berlalu. Alahai, apakah ibadat
aku diterima? Saya rindu dengan ramadhan yang berlalu walaupun tidak sampai
beberapa jam meninggalkan ramadhan. Kalaulah saya berkuasa memusing kembali
waktu, pasti saya akan memusing waktu hingga hari pertama ramadhan. Saya ingin
buat lebih baik lagi dari sebelum ini.
Uhh, waktu tidak akan berpusing
kembali. Tidak perlulah bayang sebegitu, untunglah mereka yang menyesal awal.
“weh, jom pergi rumah hussain. Kita
tengok apa ada kat rumah tu. Mana tau ada cekodok ke malam-malam raya ni..” hasan
mengeluarkan idea yang agak-agak bernas jugalah.
“kau pun satu, mana ada orang sambut
ramadhan dengan cekodok! Baik minum asir lagi kena” ali mencari pasal
“dari duduk kebosanan melemahkan
iman macam ni, baik kita rumah orang lain, merapatkan ukhuwwah kan lagi bagus.
Kan kan?” hasan menggigit gigi tanda geram kepada Ali.
“ok jom gerak.. jom jom!” saya
sekali lagi menenangkan suasana.
Hussain membuka pintu rumah dengan
senyuman. Datang dengan tangan kosong membuatkan kami tersenyum jua.
“kullu a’mm wa antum bikhair
hussain” saya mengucapkan
“selamat selamat.. masuk jangan
segan. Duduk dulu, ana buat air jap”
Terdengar bunyi sayup insan membaca
Al-qur’an. Hebat sekali bertadarus di malam raya. Sepatutnya saya meniru
perbuatan baik ini.
“jemput minum.. ana sempat buat
bandung je ni. maalisy lah.. kenapa tak bagitahu awal. Kalau ta kana buat
cekodok untuk antum”
Kami berpandangan sesama sendiri.
Saya hanya tersenyu menahan gelak. Hussain seakan tujuan kami malam ini.
“macamana ramadhan? Puas hati ke?” saya
cuba menukar isu cekodok sebelum ada yang terguling ketawa.
“tulah, harap diterima kan. Bila
sudah habis barulah nak menyesal itu ini,
tak buat itu ini lah, macam-macam lah. Kalau boleh ulang nak ulang”
hussain bertutur dengan nada sedikit sayu. dia sama seperti saya.
“siapa yang baca Al-quran tu?
Terbaik betul tadarus malam raya.” Ali bertanya kehairanan
Hussain terdiam sebentar.
“aman” hussain menyambung
“aman?” kami separuh menjerit.
“aman baca Al-quran malam-malam
macam ini?” Saya pula yang bertanya. “ana nak pergi tengok jap, nak bertegur
sapa dengan aman”
Tanpa dipersilakan, saya menuju ke
bilik belakang. Semakin dekat, semakin jelas suara aman membaca Al-Quran. Tapi
pelik, sedikit bergetar. Dia menangis atau apa?
Saat saya melihat dia, saya
terkesima di depan pintu. Ali yang tiba-tiba datang tercengang melihat aman
sebegitu.
Dia berjubah dan berserban, bau
semerbak dari oudh yang memenuhi bilik. Sedang di tangan ada tasbih tetapi mata
tertumpu penuh pada mushaf yang direhalkan. Bacaan sedikit getar dan kabut. Ini
memang bukan aman yang kami kenal. Siapa dia ini?
“yang entum tengok ni pun lebih baik
dari tadi. Semasa dia dengar takbir raya, dia terus menjerit macam orang gila.
Ana tak pernah tengok dia macam ini” hussain yang tiba di belakang menerangkan
tentang situasi ini.
“tapi kenapa sampai teruk macam
ini?”
“menyesal..” hussain menghembus
nafas. “dia menyesal ramadhan dia yang teruk”
Hussain berlalu ke ruang tamu sambil
meneruskan penerangan beliau.
“antum pun tau macamana dia masa bulan
ramadhan, kuat tidur, makan banyak, layan movie, tadarus pun kurang sampai
sekali khatam pun tak sampai”
“tengok sekarang.. sampai terkejut
dia.” Hussain menghabiskan kalam.
“kasihannya aman..” saya menutur.
Mungkin ini balasan tuhan bagi yang kurang menghormati bulan yang mulia ini.
Kami hanya berpandangan sesama
sendiri.
Maka untunglah orang yang menyesal.
خــاب و خســـر
مــن ادرك رمضـــان و لــم يغفــر لــه