6/28/2008

Hatem

sedang Hatem berehat di rumahnya..rumah biasa bagi majoriti kita. Cukup sekadar untuk berehat dan bersama-sama dengan keluarganya yang tercinta. Biasa...tapi cukup dan mencakupi, saksama dari segi material dan kerohanian, ilmu dan amal di tambah kasing sayang ibu ayah Hatem yg senantiasa hidup di rumah itu.





Ini rahsianya Hatem mantap. Tarbiyah yg paling awal adalah drpd dlm rumah itu sendiri..pembentuk asas peribadi yg kuat sepertimana hebatnya peribadi Albanna. Sebilangan berkata memanglah Albanna seorng yg mantap kerana ayah ibunya soleh tidak seperti ayah ibu yg lain. Nah! mantaplah keluarga anda..jika mahu mantap seperti Hatem dan Albanna.


"Alhamdullilah~"


Hatem usai solat ba'diah isya' selepas bersama keluarga tercintanya. Sebenarnya, Hatem lebih gemar berjemaah di surau berdekatan..jalan bersama sahabat sesurau, bertegur sapa dengan pakcik..



"maaflah Hatem..mak dah lama x dengar Hatem bertanum ala-ala syeikh ahmed Ajmi. Rindu~. esok Hatem pergilah.."



bicara 'buah hati' Hatem yg ingin menyedapkan hatinya yg terlepas berjemaah di surau. Bagi Hatem..tidak salah kalau sesekali berjemaah bersama ibu tercinta. Permintaan kecil itu patutnya ditunaikan sahaja bagi seorang anak yg hutangnya kepada ibunya terlalu byk sekali, walapun jika dibandingkan dgn pahala jemaah di surau..semestinya Hatem memilih di surau.












tiada perkara utama yg Hatem ingin lakukan pada malam itu kerana kerja sekolah dan rumahnya sudah siap..bukan kosong cuma belum lagi.




"baca blog lar..mungkin ada yg best"



rutin Hatem jika tiada aral melintang adalah membloging. Hatem tidak terlalu gemar membuat entry atau post baharu..tapi lebih gemar untuk membaca blog lain. blog rakan seperjuangannya. kerna Bagi Hatem, selain mengisi masa dan faktor ilmu teknologi yg menjadi tumpuan utama dunia dewasa ini..pembacaan blog boleh memberi sesuatu yg lebih kepada hatinya.




perkongsian daripada seantero dunia nyata menarik bagi Hatem. Acap hatem mengajak sahabat2nya melawat beberapa hasil tulisan yg menarik daripada rakan sejalannya yg lain yg hanya terikat dengan talian iman dan islam sahaja. Walaupun hatem tidak kenal siapa 'tuan punya tinta' yg menulis, tapi itu tidak menjadi fasal utama. asal manfaat sudah lah



satu persatu blog yg dibuka Hatem..dari satu pelusuk ke satu pelusuk, seperti yg dijangkakan..perkongsian bersama itu sungguh menarik didokong pula dgn muzik lembut drpd sesetengah blog. Harus bersedia untuk meniti zaman belajar tanpa buku!

"Salam Hatem..anta rase siapa mng mlm nih? spain ke hungary?" tetiba handset nya bernada


"e'eleh..tetiba tanye asal lak, x penting pon..tapi kalo dah tanye mestilah spain!!"

sekadar ingin menjawab SMS yg diberikan oleh kawannya itu..Gercaliu. bukan terlalu menggemari perlawanan bola sepak di T.V, juga bukan daripada kegantengan permain spain..tapi gemar akan gaya spain bermain. pokoknya, spain mempunyai passion yg lebih tinggi drpd pasukan lain kerna jika dinilai dengan teliti..tubuh fizikal mereka ini tampak kecil sedikit berbanding lawannya yg lain.


Nama-nama masyhur seperti silva, iniesta, xavi, senna, carzola dan villa majoritinya kurang besar tapi mantap!. Harus diikut jejak dan hamasah itu oleh kita..

Iya..benar, islam itu seperti buih di lautan atau seperti hidangan yg lazat yg hanya menunggu masa untuk dimakan, ditabrak begitu sahaja..tapi itu bukannya menjadi pokok utama dalam perjuangan kita dalam menjadikan kalimah Allahuakbar adalah kalimah tertinggi di alam semesta ini!

(bisa disambung lagi...)

Seorang penuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir. Suka menulis cerita pendek dan kontot demi memandaikan ummah.