![]() |
| Orang Mesir yang terus semangat |
10/01/2013
Certot : Semangat Neslo
6/23/2013
Certot - Perasmian cuti
![]() |
| Orang yang tidak mengaku kalah adalah comel. |
Mata Hatem kelip beberapa kali. Mata yang ingin terbuka dipaksa tutup juga. Jam berapa sekarang? Mahu sambung tidur atau tidak? Di luar seperti sudah cerah meski di dalam bilik gelap seperti gua. Satu cahaya tajam masuk di balik tingkap yang tertutup rapat menyerang sebelah mata Hatem. Oh, Memang sudah terang di luar.
Pemandangan 2-3 hari selepas peperiksaan. Dan biasanya akan berlansung 2-3 bulan selepas peperiksaan.
“kenapa kau tak balik tahun ni?” satu soalan daripada adiknya
“kenapa aku kena balik? Cuba cerita, kenapa perlu balik?” Hatem membalas
“Duduk sana masa musim panas dan tiada kelas. Apalah yang ada sangat di Mesir tu?
“kalau aku balik Malaysia, apa aku boleh buat? Adalah bendanya yang boleh dibuat di Mesir ni banding balik Malaysia yang tiga bulan tak buat apa-apa…”
“isy.. paling kurang kau boleh jumpa mak ayah, aku, kawan-kawan kau. Lagi banyak benda dari Mesir panas tu.”
Betulkah adanya projek bertimbun dan kelas yang pelbagai? Betulkah harinya penuh dengan aktiviti? Benar-benar sibukkah?
Dussh! Bunyi air bergema lagi.
Hari ini nasib-nasib sahaja terbangun awal. Asalnya mahu sambung lena hingga ke masuk waktu zohor. Enak tidur di musim panas. Selepas zohor, singgah makan dan selepas itu? Selepas itu? Selepas asar pula buat apa?
kedua-dua pipi ditepuk selepas usai mengemas misainya. Dihadapan cermin dia memandang cermin. Masih lagi mempunyai ciri-ciri jejaka hangat. Namun tiada projek dan tiada jadual hidup tidaklah menjadikan dia terlalu hangat. Lagi-lagi selepas dua tahun di Mesir, sebagai Azhari masih lagi tidak tahu bagaimana menyusun diri?
Harus mula cepat. Bukankah katanya mahu bersama membangun mahasiswa beragenda?
Berdiri di hadapan rak buku sambil mengangkat tangan ke atas dengan penuh semangat. Hari ini kita mulakan!
Ya, hari ini kita mulakan!
1/05/2012
bau tarbiyyah
oh .. bau harum itu
Saat dia ditegur oleh seorang cikgu di sekolah dahulu. Teringat dia bersembang bersama, makan bersama, pergi masjid sama-sama, dan banyak lagi sama-sama. Cikgu yang sangat kacak dan adorable sungguh. Mulut sangat manis berbicara, menutur kata satu persatu. Merancang iktikaf kami berenam untuk taaruf lebih mendalam. Sangat ringan pembawaan namun berkesan hingga hari ini.
Hatem membayang satu persatu babak dahulu. Dengan attar tolong memurnikan suasana.
Babak 10 tahun dahulu seolah jelas bermain-main atas kepala Hatem. Saat dia disapa untuk pertama kali sertai usrah dan dakwah. Diajak pergi iktikaf, duduk sebentar membaiki diri. Muhasabah bersama-sama teman. Program, Projek.
Kenangan yang menjadi sumber kekuatan untuk Hatem agar terus melangkah menjadi seorang daie yang mantap. Haruman penyegar untuk Hatem.
Jalan yang panjang perlukan kita pandang siapa kita dahulu. kenangan waktu suka dalam tarbiyyah. Muhasabah kembali saat pertama kali kita disapa oleh mas'ul untuk duduk sejenak dalam halaqah untuk berbincang menambah iman.
Ambillah seminit dua untuk bermemori sebentar kenangan manis anda. senyumlah sendiri-sendiri . dan kumpullah kekuatan dengan kenangan anda.
Akan Hatem semat haruman botol attar sepanjang hayatnya. haruman tarbiyyah.
Demi kenangan indah Hatem, anda dan kita semua, bergeraklah. :)
Selamat Tahun Baru - 2012
1/26/2011
bertemu Renaissance.

11/20/2010
tercampur!

7/17/2010
Ramai orang. ramai cerita

"ni .. udah usai sholatnya ga?
first impression tentang pakcik ni. pakcik ni boleh tahan sembang.
Dan sambil itu, hujan terus merenyai. Sekali lagi, bukan hujan yang merenyai, rahmat yang merenyai. Lebih murni panggilannya!
"kalau nak boleh memilih mau duduk dalam golongan mana yang mau bantu ugama ni. anak nak duduk kat mana? nak jadi yang macamana?"
"mau jadi seperti Muhammad dan AlBanna. Hidup sehingga mati menjadi pejuang agama. Punyai fahaman dan ilmu yang sangat meluas dan mantap, tersusun dan haraki."
Yakin sekali jawapan Hatem. Dan Hatem tersenyum kapan menjawab soalan pakcik tu, dan menandakan payah sekali menjadi apa yang disebut. Kerana manusia itu bertindak dengan apa yang dia mahu, bukan apa yang dia tahu. Mungkin tahunya Hatem tidak sama seperti kemahuannya.
"pakcik mungkin tak faham sangat kamu cakap apa. tapi pakcik tahu kamu memang nak tolong ugama ni..."
Memang sangat jelas, Hatem mau tolong agamanya.
"dan banyak sangat orang cam nak ni nak tolong ugama.. dan banyak sangat tu yang macam-macam jadinya. pakcik tau sikit-sikit je, tapi memang banyak la yang pakcik jumpa."
Hatem sekadar menanti patah yang seterusnya. Muka kian serius dan sesekali melirik keluar menanti rahmat berhenti. Tepat sekali istilahya, lebih murni panggilanya.
"Boleh jadi ada segolongan yang sangat sibuk dengan urusan-urusan. pagi petang siang dan malam tak dok rumah, keluar bersyuralah, ada perhimpunan lah, usrah lah. dan macam-macam lah..."
4/17/2009
Next level.Apakah?




