Orang yang tidak mengaku kalah adalah comel. |
Mata Hatem kelip beberapa kali. Mata yang ingin terbuka dipaksa tutup juga. Jam berapa sekarang? Mahu sambung tidur atau tidak? Di luar seperti sudah cerah meski di dalam bilik gelap seperti gua. Satu cahaya tajam masuk di balik tingkap yang tertutup rapat menyerang sebelah mata Hatem. Oh, Memang sudah terang di luar.
Sedang mata berlawan antara tutup tidak tutup, tangan sibuk mencari
telefon. Tidak tahu jam berapa sekarang. Musim panas begini, kalau di luar
sudah terang mencucuk pun belum pasti sudah jam 11 pagi. Mungkin baru jam
lapan. Paling paling jam Sembilan lebih.
Tepat tekaan. Jam lapan setengah.
Tidur atau tidak tidur. Sambung tidur atau henti tidur ?
Jalan malas longlai. Hujung bilik depan, dua orang kawan sedang
tidur nyenyak. Mungkin semalam mereka tidak tidur. Bilik kanan yang dekat dengan tandas pula
seorang sedang komputer riba dan seorang lagi sedang nyenak tidur.
Pemandangan 2-3 hari selepas peperiksaan. Dan biasanya akan berlansung 2-3 bulan selepas peperiksaan.
Pemandangan 2-3 hari selepas peperiksaan. Dan biasanya akan berlansung 2-3 bulan selepas peperiksaan.
Di dalam tandas, Hatem berdiri lama di hadapan cermin. Mengambil
kesempatan dalam tempoh tiada orang yang akan masuk ke tandas.
“kenapa kau tak balik tahun ni?” satu soalan daripada adiknya
“kenapa aku kena balik? Cuba cerita, kenapa perlu balik?” Hatem membalas
“Duduk sana masa musim panas dan tiada kelas. Apalah yang ada sangat di Mesir tu?
“kalau aku balik Malaysia, apa aku boleh buat? Adalah bendanya yang boleh dibuat di Mesir ni banding balik Malaysia yang tiga bulan tak buat apa-apa…”
“isy.. paling kurang kau boleh jumpa mak ayah, aku, kawan-kawan kau. Lagi banyak benda dari Mesir panas tu.”

“sini nak beritahu kau sikit. Kalau kau duduk di negara orang… masa
yang paling emas adalah ketika cuti. Ketika cuti kau boleh buat macam-macam.
Masa lain, kau sibuk dengan study. Kau sibuk dengan exam. Waktu ini
paling seronok. Rugilah balik! “
Dussh Dussh … Dushh!
Bunyi air bertali arus dari bilik air. Sejuk air yang sederhana
begini membuatkan Hatem sedap berada di dalam bilik air. Perbualan bersama adiknya
pula datang. Itu yang dikatakan pada adiknya yang menjadi alasan keberadaan
Hatem di Mesir tiga tahun berturut-turut. Ibunya sudah alah dengan alasannya.
Malah ibunya faham, dengan projek, kelas dan pelbagai lagi
Dush.. Dushh!
Betulkah adanya projek bertimbun dan kelas yang pelbagai? Betulkah harinya penuh dengan aktiviti? Benar-benar sibukkah?
Dussh! Bunyi air bergema lagi.
Hari ini nasib-nasib sahaja terbangun awal. Asalnya mahu sambung lena hingga ke masuk waktu zohor. Enak tidur di musim panas. Selepas zohor, singgah makan dan selepas itu? Selepas itu? Selepas asar pula buat apa?
kedua-dua pipi ditepuk selepas usai mengemas misainya. Dihadapan cermin dia memandang cermin. Masih lagi mempunyai ciri-ciri jejaka hangat. Namun tiada projek dan tiada jadual hidup tidaklah menjadikan dia terlalu hangat. Lagi-lagi selepas dua tahun di Mesir, sebagai Azhari masih lagi tidak tahu bagaimana menyusun diri?

Rambut di sisir tepi. Mengemaskan diri sekemas mungkin. Biar hari
ini kemas sedikit. Jadi perasmian untuk cuti ini. Memilih seluar slack perang
yang sedap dan baju baru yang wangi baru dibasuhnya. Biar fizikal dan mental
bersedia mengharungi cuti panjang yang mendatang.
Harus mula cepat. Bukankah katanya mahu bersama membangun mahasiswa beragenda?
Berdiri di hadapan rak buku sambil mengangkat tangan ke atas dengan penuh semangat. Hari ini kita mulakan!
Ya, hari ini kita mulakan!

1 komentar so far
Wah, tak sabar saya mahu bercuti! :P