Bagaimana one on one dengan ramadhan? |
Satu hal
baru yang saya belajar ketika melaksanakan ibadah ramadhan kalini (di Malaysia)
adalah keupayaan seorang muslim berdikari di bulan Ramadhan. Tidak ramai dari
kalangan kita yang berpesta amal di bulan ini dengan kekuatan dirinya tanpa
dibantu faktor atau orang lain.
Maksud berdikari
pada istilahnya adalah tidak bergantung pada orang lain. Ertinya, kita tidak
memerlukan sesiapa dan tidak bergantung pada benda lain untuk hidup dan beramal
di bulan ini.
Saya sedar
perkara ini, ketika membandingkan situasi ramadhan di Malaysia dan situasi
ramadhan di Mesir. Pastinya terdapat beza besar antara dua situasi ini. Jika di
Mesir, biasa (suasana) ramadhan memang sangat meriah dan seolah-olahnya itu
adalah perayaan bagi mereka. Ramai manusia membaca al-Quran di mana-mana, dan
suasana menjelajah masjid yang berasingan setiap malam. Tambahan, jika kena
dengan imam yang sedap bacaanya, memang boleh berdiri 2-3 jam lamanya.
Sedang di
Malaysia, suasana sedikit berbeza. Ramadhan dan bulan-bulan seolah tidak nampak
bezanya kecuali bazar ramadhan dan promosi buffet di hotel-hotel.
Memang di
Mesir lebih layan berbanding di Malaysia. Suasana di Mesir jauh lebih baik
berbanding di Malaysia. Suasana yang baik memang mendorong untuk kita melakukan
amal dengan lebih. Itu kelebihan utamnya.
Maka di situ
gunanya konsep ‘berdikari di bulan ramadhan’ . Sedar dengan kelemahan pada
tempat kita ini, maka berdikari ketika ramadhan memang sangat penting. Rugi
jika ‘terkejut’ dengan keadaan di Malaysia dan terus kalah kerana tiada biah
(suasana) di Malaysia.
Bagaimana ingin
mendapatkan 3 hinga 5 juz sehari ketika di Mesir dahulu dan melaksanakan di
Malaysia. Tanpa terlalu mengharapkan suasana, kita boleh berdikari untuk
mendapatkan 5 juz sehari.
Berdikari
untuk bangun mendapatkan qiam yang kualit setiap hari.
Berdikari
untuk memberi kesan pada keluarga dan masyarakat sekeliling .
Berdikari
pada setiap amal di bulan ramadhan ini.
Mungkin ini
adalah pengajaran terpenting yang Tuhan ingin beri kepada saya. Dia mahu
ajarkan saya erti berdikari, erti bagaimana berseorangan di ramadhan.. tanpa
mengharapkan bantuan biah yang sebelum ini saya dapat!
Seolahnya anda sedang one on one dengan ramadhan. Begitulah
Semoga terus
kuat dan Selamat berdikari!