Dua bujang yang rapat sepanjang dua tahun ini. Kiri Andrianto, Kanan Hifdzan. |
Bujang oh bujang. (Cerpen bersempena Seniman 2013)
Bagi sesetengah orang, bujang adalah sebuah
istilah yang geli untuk didengar. Setengah lagi merasakan, bujang adalah
keindahan dan kedamaian. Paling teringin adalah bujang. Muncul banyak memori
yang menggamit hati apabila disebut bujang.
Saya mengambil yang kedua adalah yang
lebih dekat tanpa menafikan lansung yang pertama. Bujang yang tiada masam,
tidak makan maggi, poket kosong, mahupun berfutsal siang malam, maka berhak
untuk tidak dipanggil bujang. Namun, bujang yang terlalu bujang sebgini juga
memang geli untuk digambarkan. Gambarkan sahaja apabila saya menyebut istilah
‘rumah bujang’ . Pasti hingga tandas yang kuning anda akan terbawa-bawa
kengeriannya.
Begitulah juga saya dan ahli serumah yang
lima ini. Masing-masing ada karakter yang masing-masing. Asas bujang memang
ada, Cuma lebih kurang kebujangan itu yang membezakannya.
Lebihnya saya, adalah disebabkan seekor
kucing comel yang gemuk yang selalu buat masalah pada Naim yang bukanlah
seorang yang gemar sangat dengan binatang. Shawn nama diberi mengikut
nama idola saya, Hasan. Bukan Syiah. Tapi seorang tokoh di Mesir zaman awal
kejatuhan Turki Uthmaniyyah.
Tiga lagi adalah Zaki, Ismael dan Bilal.
Ismael seorang pelajar perubatan manakala bilal dan Zaki adalah pelajar jurusan
syariah islamiyah termasuk saya.
Begini, dalam apa-apa pun, mesti ada
pertembungan antara dua. Kebanyakan disebabkan kemustahilan untuk haq dan batil
ini untuk bercampur. Jadi baik dan buruk itu pasti berpisah dan tidak mungkin
akan duduk semeja, makan setalam, tidur sekatil dan tinggal serumah.
Berdasarkan contoh reality atau kartun, seperti power ranger dan Naruto
.Yang baik pasti akan menang dan
jahat pasti akan tewas walaupun plot kemenangan pasti berliku.
Saya yang berada di antara Bilal dan
Ismael, cuba menahan mereka dengan tangan saya. Rasa berderau dalam dada mereka
“ Benda boleh selesai, selesai elok-elok. Kenapa perlu gaduh juga?”
Ismael yang memang sudah merah matanya
tidak boleh berkata apa-apa. Jika dia berkata juga, semua orang tidak faham.
Hampir dirasuk nampaknya.
“Macam yang kau kata tadi, benda boleh
selesai cara baik, ada orang selesai cara kasar. Bagaimana kami tidak marah?”
Zaki yang menjadi orang kanan Ismael, menengking yang di pihak sana.
Naim yang berada di sebelah Bilal
menyambut “Kalau akhlak tu memang teruk, nak buat bagaimana.. layan teruk jugalah!”
kata-kata Naim itu membuatkan Ismael kehadapan ingin menyerang Naim. Namun
berjaya disekat oleh saya.
Orang sudah sampai Putrajaya, kamu semua
masih cakap kotor lagi.
“Hoi. Apalah macam jerit-jerit macam
bukan kawan lansung. Bukan benda besar, benda kecil. Isy! Apalah perlunya
bergaduh macam ini?” saya separa menjerit. Dua-dua pihak menumpu kepada saya.
Ismael masih merah matanya. Yang lain nampak lebih rasional.
Seperti biasa. Isunya hanyalah isu kecil.
Bukan isu hilang RM10,000 atau malah isu hilang teman wanita. Isu sebelah pihak
yang tidak beberapa kemas dan menggunakan prinsip bujang adalah masam dan
selekeh. Apabila bertembung dengan satu lagi yang menjaga kebersihan, maka
habislah. Ditambah dengan baik pula tegur salah cara.
Ini kes Men from Mars and Men from
Venus. Salah komunikasi maka timbulah masalah.
Tetapi tanpa semua sedar, masalah paling
besar adalah saya. Menjadi jambatan tengah antara dua dataran. Pasti dia yang
paling menampung beban antara dua.
“kalau ya pun, janganlah bersepah sangat
baju tu. Lepas rendam, terus sidai. Jangan biar seminggu terperap dalam besen.
Busuk bilik air nanti” Bilal separa menjerit kepada Ismael.
“kau pun tak lebih tak kurang. Kalau ya
pun nak tegur, janganlah sampai buang baju dalam tong sampah. Aku rasa kalau
kau kena, kau mesti marah juga lah! ”
Naim mengajak Bilal ke bilik. Dia cuba
menenangkan Bilal yang nampak kembali marah apabila mendengar kata-kata Zaki.
Dia berpaling ke Zaki ketika menuju ke bilik.
“lain kali jagalah sikit kebersihan. Kalau tak nak pun jagalah sikit akhlak.”
“lain kali jagalah sikit kebersihan. Kalau tak nak pun jagalah sikit akhlak.”
Ismael menyambung “ kau pun sama lah!”
Saya hanya menghembus nafas. Kali ini
lebih dalam
Banding dengan Muhannad at-Tohir memang
tiada apalah mereka ini. Jika dibandingkan dengan Justin Bieber juga mereka
tewas. Paling kurang budak perasan comel itu sudah kaya dan ada perkara besar
yang sudah dibuat. Banding dengan Magnus Carles juga mereka kalah.
Mudah sahaja, tiada benda besar dalam
kepala, baju kotor sudah dianggap perkara paling besar.
Sebelum kejadian tadi, Memang sudah
banyak berlaku kejadian bergaduh seperti itu. Isu tidak masak, isu kebersihan,
isu hilang barang dan pelbagai lagi.
Pernah sekali saya mengajak Zaki dan
Ismael keluar untuk diajak berbincang. Dengan harapan dapatlah membuka
paradigma mereka untuk berfikir di luar kotak hidup mereka. Namun hampa. Alasan
bujang juga yang paling kuat.
“Habis, selama-lamanya mahu menjadi
bujang masam macam ini?” soal saya dengan nada yang lebih serius selepas saya
berpusing-pusing bertopik-topik untuk sampai ke sini. Sambil di tangan ada
segelas air tebu beharga satu geneh .
Dengan selesanya Ismael menjawab, “Jangan
tergesa-gesa akhi., gunung di hadapan tak lari. Sampai masa kami berubah, kami
janji kami akan berubah. Sampai masa kahwin kami kahwin insyaallah”
“betul.. betul “ kata Zaki membenarkan
tanpa menoleh ke arah saya. Tertumpu pada Air Mangga dicampur susu berharga
lima geneh . Ismael juga dapat air yang sama. Terpaksa saya minum air
segeneh kerana memberi peluang kepada mereka berdua menikmati air yang lebih
mahal dan sedap. Bodek bahasa mudahnya.
“tapi sampai bila?. Masa muda, masa yang
mahal, paling kurang berubahlah perlahan-perlahan. Mungkin dari segi penyusunan
masa atau kebersihan.. boleh insyaAllah. Aku yakin kau boleh berubah.”
SLURRP! Bunyi air Zaki sudah habis. Paling tidak tahan
sekali apabila Zaki dengan tidak kesahnya meminta tambah Air Mangga bercampur
susu. Panasnya, soalan saya tidak pula dijawabnya.
Saya juga mencuba mengajak Naim dan
Bilal. Namun yang sempat bersama Bilal sahaja kerana Naim sibuk kelas talaqi
hampir setiap malam. Pening juga kalau setiap hari bergaduh. Mungkin jika
diubah pihak yang baik ini, mungkin mudah kerja perdamaian rumah saya. Hasilnya
menyedihkan juga. Berhadapan dengan orang yang agenda yang salah ternyata lebih
merumitkan.
“kenapa nak salahkan ana pula, mereka
yang buat masalah dulu. Enta nak salahkan kami pula?”
Saya seluruhi muka dia, “bukan macam itu,
orang yang lebih faham akan nampak sesuatu perkara lebih besar dari orang
biasa. Banding mereka berdua, antum lebih arif. Jadi sepatutnya antum lebih
matang dalam selesaikan satu isu.”
“tak semudah itu akhi. “
Saya mengangkat kening. “Apa yang tak
mudah?”
“Kami sebenarnya susah sikit dengan orang
yang pengotor. Saya bukan tak boleh nak kotor Cuma tak kena la rasanya nak
masuk dengan orang seperti ini”
Semestinya saya menggeleng. Mengenangkan
duit yang dikeluarkan membawa dia ke taman-taman sejauh ini, memang
menghampakan. Sungguh sempit pemikiran bujang seorang ini.
Pening kepala memikirkan lima orang
bujang memang sukar. Lagi ikut kepala sendiri. Tapi jujur, saya tidak
menyalahkan mereka. Masing-masing ada karakter bujang yang tersendiri. Saya tidak
kisah Ismael kerana bersikap sebegitu. Sebenarnya memang susah seorang yang
belum berkahwin ingin menjaga kekemasan. Saya juga tiada masalah dengan Bilal
dan Naim yang lebih baik. Malah saya yakin mereka boleh berubah.
Namun selepas beberapa minggu, mereka
masih tidak berubah. Pening kepala dibuatnya. Pelbagai cara dilakukan namun
hasil bukan seperti yang diimpi. Saya tertekan. Hampir ingin meninggalkan rumah
dan pergi mencari rumah yang lain. Rumah yang ideal dan kena dengan kepal
sendiri.
Buat masa ini, teman yang lebih rapat
adalah shawn. Kamu semua ingin bertegang pergilah bertegang. Biarlah Shawn yang
menjadi kawan saya. Tidak perlu bujang yang masam atau bujang yang terlalu
semangat menjaga kebersihan.
Saat bujang adalah saat nikmat. Kenapa
perlu rumitkan?
Semakin lama semakin saya berubah. Saya
tidak bergaul dengan mereka, saya tidak kesah apa yang mereka lakukan. Kerap
membuang masa. Kehidupan makin selekeh. Bilik berselerak dengan baju yang
hampir tiga minggu tidak dibasuh. Secara fizikalnya masam, otak pula makin
lembap.
Hinggakan Bilal dan Naim menegur saya.
Dahulu saya yang sakan menegur orang, kini saya ditegur kerana masalah-masalah
kecil. Mula-mula tidak selesa, tetapi lama-lama kelamaan rasa seronok pula
timbul!
Saya menghayati erti bujang yang sebenar
dengan bantuan Zaki dan Ismael. Rutin ditukar dengan diisi wayang dan futsal
yang kerap. Jiwa bujang menyerap masuk dalam diri saya dalam tempoh beberapa
minggu ini sahaja.
Enak, sangat enak!
Enak ketika kita mengenal erti bujang
yang sebenar. Jika ini erti bujang yang sebenar, mengapa perlu mencari erti
bujang yang lain?
Pernah sekali saya mengutuk Bilal kerana
menganggap kehidupanya sangat membosankan.
“Janganlah terlalu stress, hidup ini
tenang” malah saya menambah rasa “aku tak sangka ada orang yang boleh hidup
macam kau. Tak tau bahagian mana hidup kau yang best ..”
Marah bilal mendengar cemuhan saya. Kalau
bukan kerana Naim yang menghalang, sudah tentu dihentam saya pada ketika itu
Saya berani berkata begitu kerana begitu yakin hidup saya sekarang ini adalah
yang terbaik.
Cuma Alhamdulillah, saya diselamatkan
Allah. Situasi bujang senang ini tidak terlalu lama dalam kamus hidup saya.
Semuanya gara-gara Shawn yang mati pada suatu hari. Tanpa siasat, saya terus
mencari Naim dan menumbuk mukanya, kerana Naim seorang sahaja yang tidak
menyukai kucing saya. Sebagai seorang yang tidak biasa bergaduh, tumbukan ke
muka Naim adalah tumbukan yang paling kuat yang pernah dilakukan.
Pergelutan besar berlaku di rumah. Seolah
bom yang menanti letup, semuanya bergaduh sakan. Paling teruk semestinya antara
Bilal dan Ismael. Penuh mulut Bilal dengan darah. Ismael memang membantai habis
Bilal dan akhirnya kami yang lain pula terpaksa meleraikan.
Kesan daripada itu, kami berpisah. Bilal
dan Naim berpindah ke rumah lain.
Tinggal menetap di rumah hanya ada Saya, Ismael dan Zaki.
Tidak kena. Itulah perkataan yang paling
tepat merungkaikan perasaan saya.
Bujang yang difahami Ismael ternyata bujang yang berbeza dengan
kefahaman saya. Saya menemui rasional saya kembali dan berpindah hanya sebulan
tinggal dengan Ismael. Zaki juga keluar dua minggu selepas saya keluar kerana
tidak tahan dengan perangai Ismael.
Bujang, bujang juga. Namun jika rumah terlalu kotor hingga hancing,
siapa yang sanggup tahan.
Akhirnya, dengan resolusi baharu, saya dan Zaki memasuk rumah yang
didiami oleh Naim dan Bilal. Cerita lama kami tolak ke tepi bersama. Dengan
keyakinan bahawa bujang boleh berubah, kami membina rumah kami
bersama-bersama.
Zaki juga masih dengan dirinya yang sama. Maksudnya, ada nilai bujang
yang kuat. Banyak situasi, selepas ditegur, barulah zaki mengambil peduli.
Pernah sekali selepas pulang dari kuliah, saya perasaan satu suasan
baru di sebalik Zaki. Beliau membuka baju dan meletakkan dalam almari, beg di
atas kerusi, penghembus wangian automatik yang dibelinya menggunakan duit
sendiri, tilam yang kemas bercadar dengan selimut di hujung tilam.
“jadi awak ada definisi baru tentang bujang,?” Bilal bertanya
kepada saya.
“tidak, masih sama. Bujang kalau tidak masam bukan bujang. Kalau
bukan selekeh bukan bujang”
“bujang dididik? Atau so called bujang ditarbiyyah?”
Saya ketawa. “ah, itu bonus. Selepas dididik mestilah ada istimewa.
Mestilah bujang yang profesionalis, matang, berdaya saing, kehadapan, malah
menjaga kebersihan”
Bilal senyap. Dan menyambung.
“Awak tahu bagaimana kisah sebenar kucing awak, Shawn mati?”
Menggeleng. “bagaimana?”
Naim kata, sehari sebulan Shawn mati, Shawn masuk dalam bilik air
dan minum air perap baju Ismael yang sudah sebulan. Terus.. esok mati”
Saya menahan gelak walaupun dalam hati sebenarnya rindu pada Shawn
dan juga rasa nak pukul Ismael.. “serius?”
Bilal mengangguk dan berkata “Naim yang cerita. Tapi rasanya masuk
akal juga. Air yang beracun memang siapa-siapa minum pun meninggal” ketawa
bilal apabila beliau menyebut perkataan racun melambangkan air perap yang
terlalu kotor.
Saya hanya senyum panjang. Bujang oh bujang!
*Alasannya, kurang masa, kuranglah kualiti!
*Alasannya, kurang masa, kuranglah kualiti!