11/20/2010

tercampur!






Angin yang teman Hatem malam itu. Hatem di putrajaya, saja-saja ambil angin atas jambatan. dan memang enak sekali memandang dua masjid di putrajaya sambil kenang-kenang cherita dulu.Ah, tiadalah sangat yang difikirnya malam tu, memang mau hanya mengambil angin saja-saja.

orang kata putrajaya ni banyak bangunan, tapi orangnya tiada. pergi mana gunanya? boleh jadi indah mata memandang saja kiranya. lihatlah masjid besi... memang tinggal besi saja yang enak dipandang.

maka, mau lihat orang duyun-duyun pergi masjid besi perlu kerja keras. kasihanlah kiranya jika cantik masjid hanya tinggal besi saja.

itu cerita besi.

ini cerita Hatem. Hatem yang tadi dianginkan.


"ana tak tau la apa yang suka sangat couple ni... sedih la! duit, masa entah ke mana"

"mungkin nta tak rasa lagi kot, dah seronok memang tak ingat benda lain. biasa la"

"iyalah... tapi"


Dalam saja-saja mendamai, sempatlah Hatem meninjau sekeliling malam tu. mujur tiada aksi luar biasa, selain malam ahad biasanya aksi kurang nakal. mungkin harini mereka hanya luahkan perasaan, hanya mau berjumpa melunaskan rindu atau saja-saja. siapa tau? Hatem pun tak tahu.


"entum tau tak?"

"rasanya tak tau muallimah.. siapa e? tak nampak tanda-tanda pun. sume macam biasa je"

"muallimah da tau siapa, muallimah siap baca lagi sms yang dorang.. geli muallimah baca"

"biar betul muallimah..."

"betul. kawan baik ntum... dekat je dengan antum"


Atas jambatan, asyik Hatem melihat tasik putrajaya. Tasik yang menyerlahkan segak besi dan gemerlap merah kedua-dua masjid. cantik sekali karya Maha Cinta.

aish. teringin betul mau DSLR malam tu. Kalaulah Hatem ada DSLR.. mau diketik masjid-masjid putrajaya. indah nian. hingga satu hari pernah Hatem sembang dengan pak Yemen di Masjid besi. cukup dia memuji masjid di Malaysia. Dan memang katanya Yemen kurang masjid sebegini.


"kita kurang masa dengan dia kot... tu dia pergi cari benda lain"

"tak pasti la bro. ana rasa dia tercampur, terikhtilat"

"ha?! macamana tu?"


Hatem mau balik. cukup lama dia mengambl angin malam tu. Dan cukup lama dia dan sekeliling dianginkan, takut kalau tunggu lama-lama, angin yang tadi dingin jadi hangat. ish... tak mau la. Risau-risau Hatem jadi hangat nanti. susah.

Sekian lama dia mengenal dunia, dari zaman sekolah-sekolah ke zaman IPT... berlambak kisah manusia sering berubah. takut Hatem mengenangkan kawan baiknya yang turut berubah. aduh! sedih


"ko dengar sini baik2!"

"hah?"

"ko jangan try sekali pun nak chat dengan pompuan ke banat..."

"aa .. InsyaAllah..."

"dengar lagi!"

"jangan sekali pun ko rasa nak couple dengan sesape .. sesekali!!!"

"tapi.. asal?"

"jangan ko jadi macam aku!"


gitulah ia.

Hatem tinggalkan jambatan dengan payah. merasa tidak layak baginya mengeji insan sekeliling yang asyik dengan pasangan masing-masing. tiada persen bagi dirinya sendiri untuk tidak melakukan aksi nakal terkutuk itu. kerna tiba-tiba itu yang paling tidak hingin, yang paling takut!

huh, mengharap panah-panah syaiton la'natu tersasar dari hati-hati kami. Kerna kau Yang Maha Cinta yang paling tahu. Dan yang sudah kena harap kau buang ya Tuhan!


*cerita yang cuba-cuba tapi masih menekan ibrahnya. yang x faham sila komen ya!



Seorang penuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir. Suka menulis cerita pendek dan kontot demi memandaikan ummah.

4 komentar

Salam perjuangan.

Ana tak faham hujung pangkal, tp dptlah fhm ada org yg sudah berubah.

Sungguh, doa yang tulus dr sorg sahabat kpd shbtnya, adlh doa yg makbul.

sekian.

haha, memang nampak kabut sikit.. tapi itulah ceritanya.. ada orang yg berubah

dan lagi satu, semua orang boleh terjebak. tak kira siapa

alfateh and 1000 others ikhwah like this post...haha..

Ana faham pal, tapi tetap mahu komen.. banyak sudah yg begini. Yang jauh, tapi terkenal dan cukup famous ramai juga tercampur. Yang tertukar identiti jantina pun ada. Dunia2..

hoho.. madul fateh paham.

nnti ana buat pasal tukar jantina lak.