11/07/2010

Rakan-rakan Akademi!

Tags




Alhamdulillah atas karunianya, Nawfal ahmad telah selesai menghabiskan Sijil Tinggi Agama Malaysia pada tahun 2010. Tahun ini saya berada di Ipoh bersama-sama rakan-rakan saya di Akademi Ikatan Muslimin bersama mengukir sejuta kenangan dan emosi selama setahun. Sungguh tidak akan saya lupakan kenangan bersama rakan-rakan sekalian.


Walaupun tahun 2010 tidak lagi berakhir, saya tetap ingin meluahkan rasa terima kasih kepada guru-guru yang tiada lelah dalam mengajar dan mendidik saya dari segi akademik, sahsiah dan lain-lain lagi.


Satu nasihat saya kepada rakan-rakan sekalian, tarbiyyah itu tiada guna kecuali diamalkan. Satu tahun ini tidak akan memberi kesan kalau rakan-rakan tidak membuahkan hasil. Cubalah melakukan sesuatu untuk dakwah ini walaupun sedikit. Satu orang buat sikit-sikit akan memberi kesan yang banyak.


tulisan ini tanda sayang. moga ketemu nanti biar di syorga.



Seorang penuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir. Suka menulis cerita pendek dan kontot demi memandaikan ummah.