1/18/2011

Saya suka baca!

Tags





Seminggu dua ni minat saya dalam pembacaan kembali merentak semula, sudah habiskan satu novel 'Bedar Sukma Bisu' karya hebat Faizal Tehrani dan membeli satu lagi novel karya beliau usai habiskan novel Bedar.

dan turut kembali membuka buku sirah. kembali membaca sirah yang memang segar dari dulu hingga sekarang. penilitian sirah memang menjadi rancangan sejak bertahun, memang dari dulu nak study sirah, tapi tertangguh sebab lemahnya diri nak baca bacaan yang tebal. Saya fikir ia berat.

saya memang tak kenan dengan pendapat saya selama ni.

Alangkah baiknya kalau dari dulu saya da mula membaca bacaan yang mencabar diri untuk berfikir, sungguh bagus kiranya.

lama sangat tak baca novel macam Bedar sukma bisu. Siapa sangka prolog di awal novel itu la penutup nya juga. Dengan baris ayat meruntun jiwa, damai ketika membaca, penuh dengan ayat qoran, teka-teki cerita yang sederhana dan sarat ilmiyah membuat saya berfikir sepanjang drama novel berlansung.

Bagaimana kalau ramai orang baca novel seperti bedar sukma bisu? bahan bacaan yang hebat-hebat?

Bacaan hebat menjadikan orang yang hebat.

untung muslim ada Al-quran. Bahan bacaan yang paling hebat dan seribu pasti kalah novel-novel yang saya atau anda telah baca.

Harini bukan saya nak promote anda untuk baca novel yang saya baca, Bedar sukma atau novel Faizal tehrani yang lain-lain, tapi harini saya nak promote untuk anda sedar dan baca bacaan yang paling agung semesta ini. dulu hingga hadapan

Bacaan yang hebat untuk mereka yang hebat.

sahabat yang hebat hasil bacaan mereka yang hebat. Hasil biah yang mengagungkan sastera, Al-quran diturunkan, mereka baca, teliti dan faham isi Al-quran. Itu rahsia yang menjadikan mereka kelompok yang paling hebat dalam sejarah.

maka bacalah, ambilah satu buku yang hebat untuk dibacai, bacalah sirah, bacalah novel pelbagai bahasa . belilah buku yang membuatkan anda baca

mustahaknya, Al-quran wajib anda baca . bacalah! bacalah! bacalah!

Bacaan hebat untuk mereka yang ingin menjadikan diri mereka hebat.

Iqra'!

Seorang penuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir. Suka menulis cerita pendek dan kontot demi memandaikan ummah.

4 komentar

pal, nta wajib baca karya nan indah, FT. tu pun kalau tak baca lagilah.huhu

nama buku tu karya nan indah? memang x baca lagi.

syukran

karya nan indah, buku berkenaan menjadi penulis, sesuai sangat untuk pal

Wah! Bila ditelusuri penulisan anda, semakin dapat lihat kejelasan dan kemurnian pemikiran anda. Tahniah! Teruskan menulis dan membaca.