Dalam keadaan yang dulunya dia kelam, sekarang sudah maju kedepan. Kalau dulunya tidak tenang dan kabut, sekarang sudah satu sof. kalau dulu main-main sekarang mat surau.
huh, macam ni rasanya bila nampak perubahan, lagi-lagi orang yang berubah. tambah-tambah orang dekat dengan kita, menarik rasanya. Apa rasa rakyat tunisa dan mesir? rasa negara berubah? pasti lagi menarik
Hatem dalam kereta, baru pulang lawat seorang yang kawan yang sekarang muallim. Dulu macam tunggul.. apa pun tak tau, sekarang da jadi muallim, berisi macam ubi. Seronok sembang-sembang dengan sorang kawan ni.
Dulu tak tau nak sembang apa, sekarang sembang kehangatan fikran dan amal. Macam tak ada topik lain yang boleh dibincangkan.
"macaman boleh macam ni, i mean.. bukan nak nafikan, tapi setahun je kan?
"eh, ana sama je la.. mana ada ana berubah. mungkin sampai masa kot"
banyak kisah, membuktikan masa yang berubah peribadi. masa berlalu mematangkan peribadi. masa juga mendidik insan ke arah lebih baik.
lampu isyarat di depan.
Sambil senyum, hatem hentikan kereta dan tarik handbreak. Sempat pilih siaran untuk jadi teman dengar.
Senyum tanda bangga dengan kawan-kawan yang berani berubah. Dan memang malu kenang diri yang x pernah berubah. Dulu rasa diri ini yang lebih baik dan zalimnya diri bila pernah rasa putus asa dengan mereka ni. pernah memandang gelap masa depan mereka.
Sorang lagi kawan lagi teruk. Jenis yang masalah daripada kecik. budak liar lah katakan. Memang kasihan dengan ayah dan ibu kawan ni.
Selepas 8 tahun tak jumpa, dia kini seorang guru yang hebat. nyatalah masa memulihkan segalanya.
bila ditanya bagaimana, apa kisahnya dan bila. semuanya dijawab dengan soalan yang amat tidak memuaskan hati! Seolah tidak sedar apa yang telah berlaku. Bukan apa, ada cerita menarik boleh sama-sama kongsi.
tapi biarlah, Hidayah tu kan subjektif. Hanya Allah yang tau. Hambanya perlu terus berusaha sahaja. Dan tahniah buat mereka yang temuinya.
pedal ditekan.
Dengan harapan luncuran laju dapat meninggalkan Hatem yang dahulu, dapat meluncur bersama-sama kawan-kawan yang lain. Bila lagi kalau bukan sekarang mau meluncur?
oh.
harap tidak terbabas!
5 komentar
salam..
kita boleh cari atau beri seseorang input dengan dakwah, tapi outputnya Allah jua yang menentukan. jadi, banyak-banyakkan berdoa buat saudara-saudara kita dan jangan berputus asa dengan mereka.
anasir taghyir ^^
post lain kali syekh. anasir taghyir(unsur/faktor perubahan)
Setiap nasihat yang baik itu adalah benih yang mungkin tidak bercambah sekarang,namun barangkali selepas beberapa tahun, baru menumbuhkan hasil yang sangat hebat apabila hati batu yang keras menyerap air hidayah ilahi.. ketika itu beruntunglah mereka yang memberi nasihat tersebut, kerana Allah pasti mengganjarinya secara berterusan biarpun dia barangkali sudah lupa akan nasihat yang pernah ditaburnya..
rugi buat mereka yg putus asa, kerana hidayah itu datang tiba-tiba.
Allah maha tahu