Adakah salah menjadi melayu?
yalah. lihat diri anda sekalian dan jujurlah. Menjadi melayu bermakna anda mungkin insan terkecil di dunia. Tiada melayu yang tinggi sangat dan lebar sangat. Tidaklah seperti arab-arab yang majoritinya cukup tinggi.
saya juga pernah jumpa satu dua melayu yang cerdas. Tapi pasti tak tertanding daya hafal orang arab atau daya fikir orang putih. Kalau singgah negara arab, mudah sangat lihat orang ulang hafalan. Macam-macam tu dah boleh ingat satu Quran. sangat hebat saya kira
ha, dari segi bahasa. Bahasa Melayu memang mantap dan saya sangat suka dengan bahasa saya sendiri, tapi masih tewas dengan arab. ianya bahasa surga, bahasa quran.. tentu sekali ia bahasa yang sangat hebat.
Mungkin melancong kalini, sikit sebanyak mengajar saya tentang melayu. baru melancong dalam 2 minggu ke negara yang penuh dengan bangsa asing, sudah merasai kerdil berbanding yang lain. kemajuan, fizikal, karakter, sosial, akademik, religi, kemasyarakatan, kematangan, sikap, semangat dan lain-lain aspek lagi memang memuhasabahkan saya
saya baru sahaja berjumpa segelintir, belum lagi hidup dengan mereka seperti rakan-rakan oversea.
namun
saya masih berbangga menjadi melayu seadanya seperti sekarang. Bukan sekadar 'boleh tahan', tapi 'cukup bertuah' menjadi melayu..
Mengapa?
tanyalah diri sendiri mengapa dan cari galilah melayu anda. jawapan memerlukan satu lagi entry panjang yang kalau rajin, nanti saya tulislah.
Mungkin tak perlu, kerana sudah banyak tulisan-tulisan hebat yang lain.. dalam blog, buku atau lain-lain. dah banyak sangat orang cerita tentang melayu.
saya pohon anda cari perkara semenarik ini!
malang sekali jika kehebatan melayu yang ada dalam diri anda sekarang ini, dibiar tanpa anda sendiri tidak ketahui. Yang anda tau hanya kutuk dan membanding-banding tanpa selidik 'gua melayu' dahulu.
Yang pasti islam itu yang paling utama, tapi mengapa melayu itu begitu rapat dengan islam berbanding bangsa lain? mengapa begitu sedikit melayu yang tidak muslim?
pasti ada rahsia. namun jangan biar ia terus berahsia
dubai.
1.00 pagi 161210