7/05/2008

Hatem- buku kecil itu

Iya..benar, sekarang islam itu seperti buih di lautan atau seperti hidangan yg lazat yg hanya menunggu masa untuk dimakan, ditabrak begitu sahaja..tapi itu bukannya menjadi alasan utama dalam perjuangan kita dalam menjadikan kalimah Allahuakbar adalah kalimah tertinggi di alam semesta ini!


(sambungan..)



anta ada nmbr yves x?


mesej dihantar kpd Arfa...benar, ada sesuatu yg Hatem ingin buat mlm itu..pastinya mengenai Zurab.

ade 2 ade r tp..xtau dy pakai lg ke x~ sbb lame gak r x contat dy ni nmbr dy >>0146421345...cube lah~


ringkas mesej itu..mesej remaja kpd remaja yg lain..bahasa remaja.


"Benar...cuba je lah, insyaalah ada lagi, tolongi guer YA Allah!!!. "


Hatem mengharap akan sesuatu yg baik akan berlaku nanti..Hatem yakin sesiapa yg membantu akan dibantu. Itu janjiNYA. Tujuan Hatem adalah sekadar ingin memulakan bicara awal bersama Yves akan masalah itu. Bukan tidak boleh untuk bermuamalat pada waktu biasa sekolah..tapi sekadar memulakan. Lebih senang bagi Hatem. Tambahan, perbezaan form memungkinkan Hatem tidak boleh berjumpa dgn Yves..andai terjumpa, tidak boleh terlalu lama untuk proses persembangan. Biasalah..waktu rehat yg sebentar.




Lantas...Hatem cuba untuk membuat panggilan. yang kesatu tidak bisa....kedua serupa sahaja.




"isy mane Yves nih...(Hatem khusnuzon dgn Yves) sibuk barangkali~" monolog Hatem


"ha!!! Alhamdullilah..dpt!!"




Hatem girang berbaur syukur2. Panggilan ketiga nampak membuahkn hasil.




nombor yg anda dail tidak ada dlm perkhidmatan kami


ALLAH!!!!


******








-BADAR- Muzzammil Azland




Nilailah diri dengan enam unsur berikut..hidupmu akan bermakna!!!
Musyaratah – Membuat perjanjian diri sendiri.
Muraqabah – Merasai kehadiran ALLAH setiap ketika dalam apa jua tindakan.
Muhasabah – Menilai diri sendiri.
Muaqabah – Sentiasa mendidik diri
Mujahadah – Usaha bersungguh-sungguh dalam setiap usaha.
Mu’atabah – Menahan diri dari segala kekejian.




"Musyaratah..muraqabah..muhasabah..muaqibah..." Satu-satu Zurab membaca kertas ilmu yg ada di dalam musolla itu..sambil2 mendongak ke arah pengisian itu dicatitnya dlm buka note kecil yg memang dibawa olehnya saban hidupnya. Menulis sambil berdiri amat melecehkan dan lantas terdengar desis melecehkan daripada zurab..memang terhimpun hamasah yang tinggi dalam diri dan hati budak bernama Zurab.



"anta nih baca pon x betul, macam mane boleh masuk form 1? Muaqabah lah bukan Muaqibah!"




Hatem menegur sinis Zurab yg terkejut akan kedatngan Hatem di sisinya. Hatem baru sahaja usai solat dhuha. Solat yg amat mudah untuk dilakukan, tapi ganjarannya hebat nian! seolah-olah tidak adil. Tapi Allah itu amat adil..maha mengetahui apa patut diberi kpd hamba2nya yg beriman.




"owrh...abg Hatem, terkejut ana td. kasi lar salam dulu, nih dtg pastu kutuk2 lak..tau lar pandai"


"ye lar..Assalamualaikum Zurab..xyah lah nak toucing-touching lak..mcm x biasa je anta nih. abg main2 je. anta wat pe?"


"Wassalam..ni, tgh mkn roti. td mak kasi bekal suruh makan..x habis nih, bang nak x?


"roti???..owr, anta bahan abg balik eh! pandai anta skrg, sape ajar nih"


"xde lar..main2 jer, mcm abg tadi lar. ni ana tgh salin bende nih. mcm menarik jer, ana salin lar"


"anta rajin tol salin2 bende nih..kalo bg mase form 1 dulu xde camnih..sbb abg start rajin nih mase abg form 2, form 1 abg x phm pape lg"





Hatem tidak berbohong kepada Zurab. Secara jujurnya, dia amat terkesima dgn peribadi mantap yg ditunjukkan oleh Zurab. Bukan kesima..iri hati sebenarnya. Mahu saja kembali masa lalu memantapkan diri agar lebih baik daripada sekarng. Namun hanyalah harapan gersang semata-mata. Mustahil itu berlaku, sama mustahil dengan mustahilnya yahud akan memerintah dunia ini!



"meh sini abg tengok apa yg anta tulis kat buku tu..mane tau ade yg salah"





Zurab memberi buku kecil itu kepada Hatem. Hatem hanya menilai sepintas lalu buku tersebut. Hatem teruja dengan buku itu sebenarnya. Seolah-olah matanya akrab dengan buku tersebut.

"mane anta dpt buku nih?abg mcm pernah tengok la.."

"owr..buku nih, buku nih abg Yves yg kasi kat ana. Mase memula start usrah dulu. Knp bang?"



"ha! baru abg igt..patut la mcm pernah tengok, dah ada rupenyer..buku tu abg pon ada. mase pergi daurah dulu semua org pon dpt"


"tp..."


"Hatem cepat r sket!!! gi makmal lar, kang kena 'tembak' dgn mlmh kang" jerit seorang kawan Hatem


"ha..ye, ye. abg nak gi makmal, kang nnti sambung lagi..byk bende nak tanya kat anta"


"Assalamualaikum bang"


hatem terfikir sesuatu yg ganjil antara Zurab dgn Yves sewaktu perjalana ke makmal.


"ganjil..........."

(sambungan....insyaalah)

Seorang penuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir. Suka menulis cerita pendek dan kontot demi memandaikan ummah.

1 komentar so far

kpd anda..berikn pendapt anda tntg sambungan kisah Hatem ini..




terima kasih HATEM