![]() |
Membasah hati |
“Maaf semua, saya terpaksa sebut juga perkara ini. Mana yang terasa dan terasalah, memang patut terasa”
Terngiang-ngiang ucapan seorang
kawan saya sepanjang hari jumaat barakah ini.
Tiada yang lainnya pada pagi itu.
Pagi jumat tipikal biasa di suq sayarat, tempat jualan kereta antara yang
terluas yang pernah saya saksikan.Saya tidak pernah pergi ke negara lain dan
melihat banyak kereta yang dijual di sini. Seperti biasa, pagi sekitar ini
belum lagi sesak. Cuma kereta sudah mula masuk mengisi kawasan tar sebesar dua
padang bola sepak.
Juga sudah boleh untuk menghentikan
kami dari bermain bola sepak.
Agak-agak antara dua padang yang
dibuka pada pagi ini, kami duduk bersama. Bertanya khabar antara kami sambil
bertukar cerita. ‘Kami’ tidak lah begitu sedikit. Matematiknya, jika satu padang mempunyai sebelas pemain
bagi sebelah pasukan, dan dikali dua kerana dua padang, maka ‘kami’ maka
mencecah 40-50 orang jugalah. Lagi, ramai dari kalangan kami yang baru sahaja
selesai peperiksaan. Peluang berjumpa selepas sebulan untuk beramah mesra memang
diguna oleh kami sebaiknya.
Saya perhatikan semuanya manis-manis
sahaja dengan senyuman. Senyuman sebulan tidak berjumpa. Terima kasih kepada
cuaca yang sejuk kerana peluh yang tidak kelihatan memaniskan senyum kami.
“Pentazkirah seterusnya adalah
seorang artis muda yang namanya sedang meningkat naik. Kami jemput solah dari
fetya!”
Tidak perasan pengerusi majlis sudah
di hadapan. Sibuk bertukar cerita dan khabar hingga tidak perasan kehadiran
pengerusi majlis.
Saya syak tazkirah kalini akan
menjadi tazkirah biasa kerana secara rutinnya, selepas bermain bola, kami akan
duduk beramai mendengar tazkirah. Jadi, biasalah setiap jumaat.
Pengerusi majlis tadi
melambai-lambai tangannya memanggil mereka yang duduk agak jauh supaya lebih
rapat ke tengah. Kebetulan sebelah tempat saya duduk ada ruang kosong, jadi
saya ajak Tidaklah begitu rapat ke tengah, Cuma lebih jelas dari tadi.
Walau bagaimanapun, saya masih syak
tazkirah ini tetap menjadi tazkirah biasa. Tapi tidak mengapa jika biasa.
Paling kurang terisi setelah sekian lama dalam gua peperiksaan.
Solah seperti biasa, comel dan bergaya
seorang artis. Mungin ramai yang tidak perasan kerana kami hidup bersama dengan
dia. Yang gemuk juga boleh nampak kurus jika biasa bersama.
“Sesungguhnya sebelum kamu terdapat
lelaki yang telah digalikan lubang untuknya, ditanam, kemudian didatangkan
dengan sebilah gergaji diletakkan diatas kepalanya dan menggergaji sehingga
dipotong dua, mereka yang disikat dengan sikat besi (sehingga bercerai daging
dan tulangnya) tetapi perkara tersebut tidak dapat menghalangnya daripada
agamanya, sesungguhnya Allah akan menebus perkara ini sehingga manusia boleh
berpergian dari San’a ke Hadhramaut tanpa rasa takut kecuali kepada Allah dan
serigala terhadap ternakannya, tetapi kamu tergesa-gesa” ucap solah mengambil
daripada kata-kata Nabi kepada Khabab bin Arats.
Di belakangnya, ketika matahari baru muncul waktu dhuha, dia menyambung lagi,
Di belakangnya, ketika matahari baru muncul waktu dhuha, dia menyambung lagi,
“ini rahsia umat terdahulu. Mereka
mengambil azimah bukan rukhsah. Bagaimana mahu dikira pejuang jika sentiasa
mengambil rukhsah, jika sentiasa solat di jamaah kedua!?” saya terpana melihat
Solah.
“Maaf saya katakana, jika solat
jamaah sentiasa jamaah kedua, jika turun bola setiap minggu juga lambat, maaf
saya katakan, anda tidak diperlukan dalam misi menyelamatkan ummah ini. Kita
tidak perlu kepada mereka yang bersembang banyak namun solat masih di jemaah kedua!”
Tazkirahnya tidak sedikitpun
mempunyai unsur lawak meskipun dia berbicara dalam keadaan tersenyum. Pastinya
dia ingin kelihatan mesra walaupun isi tazkirahnya tidak lain hanyalah
pembantaian sikap kami yang kerap malas.
Hingga ke akhir ucapan hinggalah dia
duduk semula di hujung perkumpulan, kami semua senyap. Dengan isi yang jujur
sebegitu kami semua dibantai dengan rapi hingga kami semua senyap tertunduk.
Tiada seorang yang berkehendak berkata sesuatu. Senyap, tertunduk dan
membayangkan diri yang malas sebelum ini.
Saya sempat melihat sekeliling.
Seolah dalam hati semua berkata, “bagaimana aku boleh sebegini malas?” atau “tidakkan
aku sayangkan umat dengan melambat-lambatkan solat?”
Pagi itu, sebuah perasaan aneh
menangkap kami semua. Perasaan yang mengajak kami supaya kembalilah menjadi
peribadi yang mampan demi umat kemudian hari. Jika bukan yang berada di Mesir
ini menjadi hebat maka siapa lagi yang mahu diharapkan.
Kereta masih masuk memenuhi ruang
jualan suq sayarat, seperti perasa aneh itu turut memasuki diri kami. Peluh
membasah dengan bermain bola dan dibantai kemudiannya dengan tazkirah yang
aneh. Hari ini adalah hari yang indah dan aneh.