8/27/2013

Mesir, Subuh dan Mencarut

Tags






Apa kaitan Mesir dengan isu bangun subuh dan mencarut? 

Tidak ramai yang boleh kaitkan isu Mesir dengan isu bangun subuh atau mencarut. Sangat jauh sebenarnya. Namun saya akan kaitkan perlahan-perlahan dalam artikel ini insyallah.

Mudahnya, ia adalah tentang solusi. Mesir diserang, syria juga dan puluhan negara islam yang lain. Setiap hari kita menangis, setiap hari juga kita menyumbang. Namun tidak juga berubah. Semua orang boleh menangis namun apa solusinya? Bagaimana mahu menang?


Apa solusi sebenar isu Mesir dan semua isu umat islam yang diserang?

Jawapannya adalah dengan kembalikan Izzah (kekuatan) islam yang sebenar. Apabila kita kuat, maka kuffar tidak akan sewenangnya membantai kita. Bukan memperkecilkan sumbangan anda yang beratus itu ataupun usaha share di facebook, tapi kita inginkan solusi yang sebenar.


Bagaimana mahu kembalikan kekuatan islam yang sebenar? 

Dengan kembali mengamalkan islam yang sebenar.


Mengapa perlu kembali amal islam yang sebenar? 

Kita muslimin berbeza dengan kuffar. Mereka jika ingin menang, maka perlu tolak agama. Sekular. Kita tidak, semakin kita menjauhi agama, semakin lemah kita. Dan itulah sebaliknya. Dalam 1400 tahun sejarah islam, yang kuat agamanya akan memegang tampuk pemerintahan. Al-fateh begitu dan Salahuddin ayyubi juga begitu.


Apakah dia kembali kepada islam yang sebenar? 

Kembali kepada islam yang sebenar adalah mengamalkan islam secara menyeluruh. Bukan ambil separuh dan buang separuh. Bukan solat jemaah di masjid dan selepas itu mencarut di rumah. Ataupun cemerlang di peperiksaan tetapi gagal dalam akhlak.


Bagaimana mahu kembali kepada islam yang sebenar yang akan kembalikan izzah islam agar kita menjadi kuat dan tidak dibantai maka akan hentikan masalah umat islam di seluruh dunia? 

Sengaja panjangkan soalan agar kaitan di atas tidak lari. Jawapannya adalah dengan tarbiyyah diri, kawan, masyarakat, jiran dan komuniti anda. Cerita panjang di atas boleh dimulai dengan esok pagi bangun subuh dan jaga solat anda dan solat yang lain, serta menjaga mulut anda dari mencarut.


Err.. tolong ulang point kaitan mencarut sekali lagi? 

Begini, Mengamalkan islam yang menyeluruh akan kuatkan islam sekaligus sebagai solusi yang praktikal. Maka jika anda tidak bangun subuh dan mencarut, automatiknya anda membantutkan solusi jangka panjang. Sekecil 'bodoh' itupun sebenarnya memberikan kesan.


Kesimpulannya? 

Membaiki diri adalah solusi praktikal. Islam akan kembali gemilang jika mengamalkan islam secara menyeluruh. Sampai bila-bila kita akan ditindas jika kita tidak membaiki diri kita. Maka, kaitan besar diri kita dan isu Mesir ini perlu dilihat jelas oleh semua orang dan tidak sekadar sedih sahaja.


Baiki diri---> semua orang baik ---> islam gemilang ---> kita digeruni ---> kita menang! 




Akhirnya, semua kembali kepada anda :)






Seorang penuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir. Suka menulis cerita pendek dan kontot demi memandaikan ummah.