9/18/2013

Baru 22!

Tags





Sepatutnya ketika umur mencecah 22, tabung kahwin sudah separuh penuh. Saya juga sudah hampir menamatkan pengajian dan sedang pening berfikir sama ada menyambung master ataupun pulang bekerja.

Tetapi dengan perjalanan yang separa pelik (Pertambahan tahun pada pitstop studi), Allah sangat memberi peluang kepada saya untuk bergerak lebih perlahan daripada kawan-kawan yang lain. Banding saya, ramai kawan saya yang sudah tamatkan pengajian atau hampir menamatkan pengajian, malah ramai yang sudah berkahwin. Bertangga-tangga kehadapan berbanding saya.

Begitulah kehidupan disusun. DIA mengetahui yang terbaik untuk hambaNYA.

Maka kerap juga saya tersengih berseorangan mengenangkan perlahannya perjalanan hidup. "Baru duapuluh dua!"

Namun, selesa bukanlah pilihan. 'Baru duapuluh dua' bukanlah bermakna saya boleh bersakan seperti kanak-kanak. Saya ada studi yang perlu dihabiskan, saya ada perancangan dalam kerjaya, saya ada komitmen yang tidak belah bagi pada jamaah saya.

22 adalah tahun terbaik untuk muhasabah. Tidak terlalu muda, tidak terlalu tua untuk menyesal. Ya! banyak lagi boleh buat! -atau- Banyak lagi kena buat ni!

Aktif pada usia muda bukanlah satu pilihan. Ianya satu dan obligasi dan satu kemestian.


Terima kasih kerana wish anda yang sangat manis (sweet)!


p/s : Gambar tiada kena mengena dengan mana-mana ideologi atau kumpulan. 

Seorang penuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir. Suka menulis cerita pendek dan kontot demi memandaikan ummah.