8/04/2011

Sekitar saya dan dunia.

Tags


Berusahalah menyampaikan selagi boleh.




Amat bersalah jika membiarkan blog ini begitu sahaja, sedangkn dengan sedikit menulis, banyak manfaatnya. Moga Allah memberikan saya kekuatan untuk terus menulis demi manfaat yang beribu itu.

Ada satu draft yang ingin saya ceritakan tentang BERSIH 2.0. tapi Tertinggal begitu sahaja. Mahupun begitu, sebenarnya waktu selepas sebulan inilah yang lebih penting daripada hari kejadian itu. Amat rugi jika beribu orang hanya menguningkan diri hanya untuk sehari sahaja dan tidak meneruskan semangat pada kemudian hari. Moga tidak hanya mengikut-ikut sahaja. biarlah bersebab dalam bertindak.

Muhasabah saya

Antara perkara menarik yang berlaku dalam diri saya dalam tahun ini adalah muhasabah saya hadir pada waktu yang sangat ganjil dan memberikan kelainan buat diri saya. Juga timbul satu keseronokan di situ. Iaitu, setelah dikenal pasti, saya akan lebih banyak berfikir ketika sedang lepak bersama kawan-kawan sekolah saya yang nakal ni.

Dalam banyak ketika, tidak pula hadir ketika saya bersama kawan baik saya(ikhwah) walaupun bersama yang baik-baik inilah sepatutnya lebih senang berfikir yang baik-baik ni. Tetapi apabila sesekali bersama mereka yang nakal ini, dengan rokoknya, bahasa carutnya, pakaiannya lagi membuatkan saya lebih berfikir tentang mereka.

Mungkin antara sebabnya adalah, dari satu sudut mereka banyak berubah dari mereka yang dahulu, lebih dewasa dan matang sedikit. Nampak mereka lebih berfikir tentang perkara yang selalunya tak endah sahaja. Jadi timbul rasa dalam diri, adakah aku berubah atau sama sahaja. Paling kurang mereka ini nampak perubahannya, walaupun masih nakal lagi, tapi paling kurang mereka berubah. Sedang diri ini masih tiada berubah.

Dan sebab kedua, mereka memberikan satu situasi realiti masyarakat luar. Seoalah kembali sedar dan berpijak pada yang nyata. Bukanlah hanya yang baik kita berkawan malah sebenarnya yang sebegini rupa yang patut kita masuk serta fahami mereka. Dahulu, pandai cakap, sekarang baru rasa cabarannya. :)

Jadi, sesekali bersembang, bergelak tawa, hingga jam 2, 3 pagi lebih memberikan impak muhasabah yang lebih buat diri saya. kembali membuka mata saya apa tujuan sebenar dakwah ini dan menambahkan semangat saya.

Moga Allah bantu banyak-banyak. :)


Akhir sekali, bersempena dengan bulan kemerdekaan ini, saya berharap kita bebas dari belenggu makanan yang memenjarakan kita 11 bulan. carilah keseronokan beribadah dan Keluarlah dari Ramadhan ini sebagai sosok yang baru. Allahuakram .IAllah.




Seorang penuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir. Suka menulis cerita pendek dan kontot demi memandaikan ummah.