salam a'laik ya syekh. moga kekal murni dalam kerahmatan islam. shalawat buat junjungan mulia, sahabat, ahli keluarga.
prinsip itu yang paling mahal dalam diri kita. tidak sadar itulah yang paling susah. gemar mengikut itu yang paling tak hingin.
mungkin puncanya pada tiada kekuatan, tidak yakin, tiada izzah dan lain macam lagi. Satu buku karangan Hamka yang saya baca menyebut tentang hal ini. bagaimana prinsip dan pendirian kita boleh merobah dan sekelip mata hanya kerana kurangnya ilmu, nampak gahnya orang lain dan lain macam lagi.
hanya kerana nampak gah orang lain, tiadalah kita hingin mempertahankan prinsip kita. boleh jadi kerna tiada rasa kuat dalam diri mulalah mencontohi orang lain. bagi diri yang tiada kuat ini.. salah betul orang lain itu kisah lain. pastinya, yang penting bagi dirinya adalah terbaik, tercantik dan terhebat.
bagi saya seorang pelajar.. dan boleh jadi anda mungkin seorang pelajar, dilema prinsip dan pendirian itu memang sentiasa berkelahi. mungkin prinsip anda dengan prinsip sahabat anda yang lebih tsiqah(hebat) dari anda, boleh jadi antara anda seorang dengan sahabat anda yang lebih ramai, boleh jadi antara anda dengan dengan murobbi anda. boleh jadi anda dan sekeliling anda atau mungkin semua boleh jadi atau banyak lagi.
mitsal mudah...
bagi anda wayang itu tidak boleh. itu prinsip dan pendirian anda.bagaimana anda menghadapi situasi dimana ketua imam sekolah anda pergi menonton wayang? ustaz anda ponteng kelas? pelajar 11A+ tidak belajar dengan serius.
itu hanya contoh mudah dan saya cukup pasti tak ramai yang terus dengan pendirian mereka. cukup sukar untuk waras dalam hal sebegini. sukar untuk yakin dengan diri bahawa kita ini betul dan mereka salah sebenarnya.
bagaimana dengan prinsip anda tentang pacaran? mungkin dulu anda tegar mengatakan berdua-dua dalam antara silang jantina memang tidak boleh sama sekali kerana bagi anda, tundukkan pandangn itupun sudah wajib, inikan pula pacaran .. bagaimana anda mau gadhul bashar dalam pacaran?
sangat cantik anda berkata tidak boleh sms antara silang jantina dengan bukan tujuan kerja, kerna itu adalah zina tangan, zina hati. Tiadalah dia itu muslim kecuali tahu bahawa teramatlah Allah menyuruh kita jauhi zina.
Allahuakbar..
banyaknya kita terpesong bila terkenang prinsip kita yang dulu-dulu makin lemah saban hari. mungkinkan prinsip kita mengikut edaran masa? dulu zaman tegar dengan tarbiyyah mungkin lain dengan zaman sekarang yang lebih terbuka?
inilah peranan ilmu dan iman. peranan ilmu anda untuk lebih yakin, peranan kawan baik anda dan peranan memori indah tarbiyyah dulu-dulu. anda boleh fikir sendiri mungkin..
mungkin agak kelam-kabut, tapi inilah penyampaian yang memang sangat nak tulis, tiada daya untuk menyusun kalam yang lebih enak.. saya mengharap anda selesa.
bagaimana dengan pendirian anda?!
::pastIadaIbrah::
4 komentar
Salam..
Keimanan yg kuat sahaja yg dpt mempertahankan prinsip & pendirian..jihad melawan nafsu..
seakan2 saya dapat memahami apa yang anda ingin sampaikan walau mungkin sedikit celaru susunanannya kerna saya juga begitu...
pendirian begitu penting utk seseorg..
selamat menjaga pendirian anda
sedikit celaru. sungguh! amat terasa
selamat menjaga pendirian anda
pendirian tu umpama nyawa kita.
terkadang sy juga pernah langgar prinsip yang saya sendiri buat-bukan orang lain buat..
prinsip=nyawa
lnggar prinsip=??
pape pun,nice post..thanks for sharing