mengubah diri adalah langkah pertama. |
“ibu, Dirang ni siapa? ”
Soalan bersahaja terpacul keluar dari
mulut izzati ketika menonton berita TV3. Terpaku menonton berita mengisahkan tentang
kisah sadis Dirang, seorang budak berumur 5 tahun mati dibunuh dan dibakar.
Jawapan ibarat angin lalu. Tiada siapa
yang menjawab. Ibunya juga tidak mengendahkan dia.
“ibu.. ibu.. kenapa Dirang mati kena
bakar. Dia buat apa?” Izzati bertanya lagi. Malah cuba menarik perhatian ibunya
memandangkan ibunya masih tidak mempedulikannya
“ibu.. ibu.. jawablah bu.” Sedikit merengek
sambil menarik-narik hujung kain batik ibunya.
“Izzati, Dirang tu mati kena bakar
sebab dia nakal. Mak dia suruh masuk rumah, dia tak nak. Mak dia suruh senyap
pun dia taknak” ibunya hanya membalas dengan tidak acuh. Dalam masa yang sama,
satu andaian negatif dibuat kepada dirang.
“ibu sibuk ni. Banyak kerja nak buat
. pergi tanya abang tu”
Izzati sekadar pasrah. Sudahlah menyalahkan
Dirang, malah tidak membantu. mencebik muka dan terus berlari mendapatkan abangnya.
“bang.. bang. Tadi kan masa Izzati
tengok berita, izzati tengok ada budak perempuan kena bunuh. Kesian dia kan
bang..”
“oh. Dirang kan?”
Izzati mengangguk. “kenapa dia kena
bunuh bang? Dia kan kecik lagi?”
“hmm.. abang rasa lah kan izzati,
dia kena bunuh sebab mak dia tak jaga dia betul-betul. Cuba dia jaga Dirang
betul-betul, mesti dia tak kena bunuh punya.” Si abang menjawab dengan nada
penuh keyakinan.
“oh macam tu. Jadi mak dia lah yang
jahat kan bang sebab tak jaga dia. Isy, apalah mak dia”
Ada suara menyampuk tiba-tiba . “mak
dia memang masalah, jiran-jiran dia pun satu, pergi biar dia main sorang-sorang.
Memanglah kena culik. Hidup dengan masyarakat macam tu memang lah masalah!”
Izzati memalingkan muka ke arah
suara yang menyampuk itu. Tak sedar pula,kakaknya tiba-tiba ada dan tiba-tiba juga
menyampuk. Kakak dia memang macam itu, kuat menyampuk.
“ok. Mak dia jahat lepas tu
kawan-kawan dia pun jahat sekali. Err. Izzati macam dah faham sikit”
Abang mendekati Izzati. “sini sekejap..
ada benda abang nak cakap sikit”
“kalau tanya ayah, mesti dia kata ini isu
polis tak buat kerja. Cuba tanya ayah, betul punya abang teka. hehe” Abang
izzati membisik perlahan di telinga izzati
“yeke?” abang mengangguk perlahan. Lantas memberi
isyarat tangan menyuruh Izzati pergi bertanya kepada ayah.
“ayah.. ayah mesti tau kan pasal
Dirang mati kena bakar. Abang kata ayah mesti salahkan polis. Abang kata mesti
ayah kata Polis tak buat kerja” Bersahaja tanpa perasaan bertanya kepada ayah.
Abang di belakang hanya menepuk dahi. Tak sangka adiknya begitu lurus bendul.
“memang polis malaysia malas! Tak pandai
buat kerja. Dah banyak kes macamni, tapi masih macam dahulu. Macam mana nak
selesai?” ditambah dengan gaya orang semangat sembang politik di kedai kopi. Ya,
yakin sekali.
“polis pun salah?” getis Izzati
dalam hati.
Cekatan membilang satu persatu
dengan jari kecilnya, daripada apa yang dikatakan ibunya hinggalah ke ayahnya. Seolah
begitu rumit hingga berkerut dahinya.
“macam banyak je orang yang salah ni”
“ok, ibu kata dirang salah, lepastu abang
kata ibu dirang yang salah. Kakak pula kata jiran-jiran yang salah. Hmm. Ayah pula
kata polis salah sebab tak buat kerja”
Akhirnya dia duduk semula menghadap
televisyen selepas menjumpai satu kesimpulan mudah. Kesimpulan semua orang
boleh faham. Semudah dan selogik pemikiran budak 7 tahun.
“ke semua orang salah? Macam semua
orang tak buat kerja je”
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Memang
mudah menyalahkan orang lain apabila timbul satu masalah. Seolah kita yang
betul dan orang lain sahaja yang salah. Namun sebagai diri sendiri kita ada
tugas yang perlu dilakukan secara individu. Kita adalah bapa, kita adalah
jiran, dan kita juga adalah masyarakat. Jika
semua faham akan tugas masing-masing, pastinya hidup kita akan sentiasa
harmoni. Jika ingin selamatkan ummah, mulakan dengan individu, diri kita
sendiri!
Mahu
tunggu beberapa orang budak lagi kena bakar baru ingin sedar?