4/17/2012

Antara dua sayang

Tags


wahbah zuhayli

 

Hatem berdiri tegak,kaku melopong di hadapan rak buku. Gilakah ini semua. Rak buku 6 tingkat selebar 3 meter lebih ini dipenuhi buku. Entah berapa banyak kos dikeluarkan untuk membeli buku sebanyak ini. Entah Bila pula mahu dikorek masa untuk membaca kitab-kitab ini. Hebat sungguh

“nanti enta macam tu juga Hatem” ustaz Hasan keluar dari dapur sambil mendulang sejag air panas karkadeh. Nampak pekat dan merah sekali. 

Hatem hanya tersenyum. Setuju dengan doa ustaz hasan. Juga dalam diam menyimpan cita untuk sebegini juga.

“yang banyak ni, sebab ustaz memang suka baca ke, sebab minat, ke sekadar koleksi je, atau memang keperluan?” Hatem bertanya. Merungkai di sebalik rak buku 3 meter 6 tingkat ini.

Ustaz Hasan tersenyum. Sambil tangan kanan mempersila Hatem minum sekali dengan dia. Katanya air tak seberapa manis. Sekadar-sekadar sahaja.

“semua sekali la rasanya. Dari minat ke keperluan. Campur semua, tu yang sampai 6 tingkat. Ikut hati, nak beli lagi ni. Cuma fikir tak tau nak letak mana je” jawab ustaz hasan, graduan sarjana muda syariah Al-Azhar Mesir. Dan sekarang menyambung sarjana di maftuh university, mengambil siyasah syar’iyah

“hmm, betul juga. Mestilah macam tu.” Menjawab dan menoleh kembali kepada rak buku.

Hatem muhasabah sebentar. Banyak buku yang dia tidak beberapa kenal dan lebih setengah juga dia tidak pernah jumpa. Tahun satu bukan alasan untuk dia tidak taaruf dengan buku-buku macam ini. Bermimpi tinggi ingin menjadi ulama’ besar, sebagai bahan rujuk di Malaysia dan banyak lagi, tapi gaya ulama lansung tiada. Memang semuanya sembang belaka.

“tafsir munir 18 jilid tu berapa geneh?, sohih bukhari pulak berapa? al-Fiqh al-Islami wa Adilataha berapa pula?”  Hatem sangat kagum dengan kitab tersebut. Berjilid bukan sekadar satu dua, tapi hingga berbelas-belas jilid banyaknya.

 “adalah dalam 3-4 ratus geneh. Boleh la. Kira murah la tu banding tempat lain.” Hatem mendengar jawapan sambil membulatkan mata juga mulutnya. Terkejut jugalah.

“Allah..Allah . kira-kira sampai beribu juga la kan”

Ustaz hasan tersenyum, mengangguk dan menjawab “ tapi, sangat murah banding isinya yang tidak ternilai tu.

Terus menyambung “sebab ilmu ini kalau anta berkira, memang anta tak kan dapat. Biar keluar duit. Janji anta dapat ilmu tu. Kan enta kata, anta nak jadi ulama’?”

Sekadar mengiyakan dalam hati. Semuanya tepat dan benar. Kalaulah menjadi ulama’ adalah mudah, tidak perlulah susah-susah sampai terbang ke mesir.  

Hatem terfikir sesuatu.

“tapi ustaz pernah terfikir tak, macamana ulama’ dahulu boleh menulis sampai berjilid macam ini? macam bukan manusia je saya tengok ulama’ dahulu ni” Hatem membuka persoalan baru.

Ustaz Hasan menghirup perlahan karkadeh panas yang masih merah dari tadi. Seolah masuk ke ceruk mindanya mencari ayat paling kemas untuk diberi kepada Hatem.

“mm..semuanya sebab dua sayang. Mereka berada antara dua sayang”

Hatem senyum. “ dua sayang? macam berfalsafah je ustaz. Maalisy,  ana tak faham sangat”

Ustaz hasan turut  tersenyum lantas menjawab “ enta kalau faham antara sedang berada antara dua sayang ni, mesti enta sama hebat macam orang hebat-hebat yang anta kenal. Mungkin boleh buat kitab lagi tebal dari ulama’ dulu.”

Tersengih sahaja Hatem. Buat lawak pula ustaz ni.

“sayang pertama adalah enta sayang dengan perjuangan orang dahulu. Seolah darah pejuang orang dahulu menegakkan islam, mengalir depan mata enta.. enta rasa segan kalau tak meneruskan jihad mereka. Sayang sekali kalau kita yang mematikan jihad mereka. sebab sayang yang ini, anta mesti bersemangat untuk beramal dakwah” ustaz hasan cantik menutur bahasa.

Ingin sekali dia menulis semua kalimat-kalimat dalam buku nota. Tertinggal pula. Biarlah, yang penting  faham bukan tulis.

Dan terus menyambung “adapun kalau yang pertama tu enta  sayang orang dahulu, yang kedua ni  sayang enta akan generasi   masa depan. Walaupun enta tak jumpa cucu-cicit enta, tapi enta masih sayang dengan mereka. Tak sanggup tengok mereka tidak dapat islam macamana yang kita dapat”

“memang macam ulama’ hebat dahulu. Mereka ingin berbakti kepada anak cucu mereka dengan mengabdikan ilmu mereka sebagai rujukan” Hatem melontarkan pendapat

Sambung lagi “nabi ketika wafatnya, dia masih teringat akan umatnya, walaupun baginda tidak pernah berjumpa dengan umatnya yang akan datang”

“maka synchronize atau sinergi antara sayang perjuangan dahulu dan sayang insan masa hadapan, akan menghasilkan satu kekuatan gila untuk teruskan kerja kita” ustaz hasan menghabiskan hujahnya

Hatem menangguk tanda mengiyakan, “itu yang sampai 18 jilid tu.. memang boleh gila kalau faham dua sayang ni”

Dua-dua bakal ulama’ terseyum dengan perbincangan antara dua sayang.  Hatem senyap sambil membuat beberapa kesimpulan sendiri, ustaz pula menghabiskan karkadehnya.

“enta dah faham 2 sayang ni, bila enta nak gila Hatem?”

“haha.. dalam proses nak gila la ustaz.. saya ke mesir ni sebab nak jadi gila lah.” 
  

Karkadeh menjadi saksi ‘hatem yang gila’. Demi perjuangan atuk kita yang dahulu dan masa hadapan anak kita yang gemilang. Bawalah bersama dalam langkah anda 'dua sayang' ini.  


Idea by Muhammad Ad Satiman
Write by nawfal Ahmad
17.16 pm
15 April 2012
Toba kingdom, hayyu asyir 





Seorang penuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir. Suka menulis cerita pendek dan kontot demi memandaikan ummah.

4 komentar

nise...masage yang berat tp ringan dibaca.

mantap ni akhi. lps ni try cerpen yg pnjg sket..mana tahu ada rezeki boleh hntar kat publisher