centa oh cent! mengapa kau tidah habis-habis? |
Saya ada perasan satu sindrom yang dialami oleh ustaz-ustaz apabila
ramai daripada mereka yang memandang enteng akan tugas menegur mereka yang
bercinta khususnya remaja. Ramai yang merasakan bahawa tugas menegur mereka
yang jiwang-jiwang ini adalah satu tugas yang kecil, dan bukan tugas mereka
untuk menegur.
Malah ramai yang merasakan geli sungguh apabila terdengar sahaja
isu cinta-cinta ini. Jijik hingga tidak ingin lansung untuk berbincang akan
masalah ini.
Jujurnya, memang saya juga terkesan dengan mereka, terkesan hingga
apabila ada anak muda atau remaja yang meluahkan masalah mereka tentang masalah
ini, saya menegur dengan acuh tidak acuh sahaja.
Mungkin ustaz-ustaz ini terlalu terkesan dengan cara dakwah yang ‘geli’
akan isu ini, seperti terlalu banyak novel-novel islami yang ‘tidak kena cara’
atau banyak juga yang tipikal seperti cinta pondok atau cinta ‘ana-enti’,
Atau mungkin juga disebabkan nasyid cinta islami yang juga turut ‘geli’
dan ditambah dengan cerita di televisyen yang ternyata salah dalam membawa
cinta islami yang terlalu jelas hanya sekadar ingin mengaut untung bukan menyampaikan
mesej islam
Seolah-olah jika ustaz-ustaz ini berbicara mengenai cinta, mungkin
akan dilabel ‘jiwang’ disebabkan cara medium lain berdakwah dengan cara ini.
Kenapa mesti juga terjun dalam bidang ini?
Saya akan nomborkan sebab kenapa ustaz perlu masuk serta isu cinta,
jiwang, couple, valentine dan sebagainya.
Pertama : Masalah cinta adalah masalah utama remaja.
Jika kita mengabaikan satu aspek besar dalam diri anak muda remaja ini, maka
seolah kita membunuh mereka. Katakan kepada saya apa masalah besar yang menimpa
mereka?
sosial? Lambakan anak luar nikah? Buang anak? Lari rumah? seks? Web lucah?
sosial? Lambakan anak luar nikah? Buang anak? Lari rumah? seks? Web lucah?
Puncanya?
Puncanya kerana kurangnya kefahaman mereka akan isu ikhtilat,
sosial dan cinta. Cukuplah statistik dari banyak pihak menunjukkan betapa runtuhnya
akhlak dan sosial remaja masa kini kerana tidak faham.
Lagi-lagi apabila mereka hidup dalam keadaan 90% cinta terlarang. Dari cerita, lagu, laman sosial dan keadaan sosial kawan mereka.
Lagi-lagi apabila mereka hidup dalam keadaan 90% cinta terlarang. Dari cerita, lagu, laman sosial dan keadaan sosial kawan mereka.
Maka tugas kita perlu menerangkan kepada mereka. Menyelamatkan
cinta mereka seoalah telah menyelamatkan hidup mereka dan seterusnya generasi
akan datang
Kedua : Menunjukkan
kepada masyarakat cara dakwah yang sebenarnya.
Perlu diyakini bahawa cara yang kita sampaikan bukanlah seperti
dalam novel atau cerita televisyen. Masyarakat perlu dijelaskan apakah
sebenarnya cinta islami yang sebenarnya.
Boleh juga jika anda berbakat besar, contohnya dalam perfileman.
Maka tugas anda adalah perlu membuat sebuah cerita yang betul menjelaskan
tentang cinta islam yang betul. Sama juga jika anda boleh menulis, tanamkan
dalam diri untuk mengalahkan semua novel islami yang mengarut itu.
Yang perlu dijelaskan adalah ikhtilat yang tegas, tundukan pandangan,
cara berhubung yang betul dan lain-lain.
Tidak mahu masyarakat terus sahaja memahami cinta islami seperti
sekarang. Perkara ini perlu diubah dan yang patut mengubahnya adalah kita.
---------------------------------
Cinta yang kita fahami adalah cinta yang lebih indah dari kisah
cinta valentinus. Persoalannya siapa yang mahu sampaikan?
1 komentar so far
ustat chenta