ini adalah sketch awal. banyak yang perlu diubah. Malas pula :)
Hadirin tercengang. Semua mata menumpu kepada seorang budak lelaki
di atas pentas. Seorang budak lelaki yang nampak begitu yakin, berkot hitam
kemas, kasut legam berkilat dan rambut disikat rapi ke tepi.
Terdengar hadirin sudah mula berbisik. Siapa dia ini? Siapa dia
yang tidak malu naik ke pentas menjerit gila sebegini?
Budak lelaki itu tersenyum.
Jelas kelihatan kepuasan di sebalik senyuman kasanova itu. Dari gaya, dia
berhak peroleh gelaran seperti itu. Akan tetapi, untuk suara nyanyian, pitch, vocal
projection, flat, teknik dan sebagainya, dia memang gagal. Jujur dia tidak
berbakat.
Hadirin masih terngiang lagu ‘Menampar diri’ , lagu yang dicipta
oleh budak itu di rongga telinga mereka. Kasihan. Tidak mengasyikkan dan tidak
enak lansung. Menyesal mereka mendengar suara sumbang budak tersebut.
Sambil membetulkan kot budak lelaki itu berkata “Terima kasih,
sudah lama saya menantikan saat ini.. terima kasih”
“Anda sangat bertuah mendengar suara merdu saya ini..! tepukan untuk diri anda dan semestinya diri saya ini!”
“Anda sangat bertuah mendengar suara merdu saya ini..! tepukan untuk diri anda dan semestinya diri saya ini!”
Gamat seisi ruang studio dengan kutukan dan kritikan. Ada yang
bangun dan marah dengan budak lelaki yang datang dari mana tidak tahu. Tepukan
yang diminta telah dibalas oleh tohmahan sebegini rupa. Mana tidaknya, muncul
dengan tenang berdiri di atas pentas dan bernyanyi suka hati. Hampir-hampir sahaja
budak itu dibaling kasut. Nasib baik!
Dengan yakin dia menyambung lagi “Saya harap hadirin semua
tenang-tenang sahaja.. saya juga mengharap hadirin dapat mengambil sebanyak
mungkin pengajaran daripada lagu saya tadi…”
Terdengar bunyi derapan keras bergerak laju di tepi dewan menuju ke
arah atas pentas. Suasana makin kecoh.
“Sebaiknya anda patut mendengar nasyid sebegini kerana ia
mengandungi mesej yang baik dan manfaat untuk semua.”
BUSH!
Gedebuk dia terjatuh dan dihempap beberapa orang lelaki berbadan
besar. Semua berlaku sekelip mata. Dia yang tadi sedang berucap dengan penuh
keyakinan, bergaya dengan kot kemas kini terjatuh ditolak. Dia meronta-ronta untuk
melepaskan diri. Tetapi ternyata dia tidak berpeluang melawan lelaki-lelaki
besar yang kuat itu.
Dia dibangunkan untuk dihalau keluar daripada pentas. Sungguh mengacau.
Ada hadirin bertepuk tangan tanda berterima kasih kepada guard yang
berjaya menangkap budak yang menyibuk tadi.
“woi, Lepasan aku!. Kau tahu betapa lama aku berlatih lagu tu? Tiga
bulan kau tahu! Tiga bulan.. Lepaskan aku lah!”
Guard tadi tidak
mengendahkan apa yang dikatakan budak itu. Terus sahaja membawanya keluar dari
dewan manakala hadirin meneruskan tepukan mereka. Tidak kurang juga ada yang
menjerit mengutuk. Lega mereka tiada pengacau dan boleh mereka meneruskan
rancangan yang terhenti tadi.
“kenapa orang lain yang tak sedap boleh menyanyi.. sedangkan aku
tidak boleh? Kenapa?”
“Ah.. lepaskan aku, lepaskan aku!”
Entah bagaimana dia boleh terlepas. Hadirin menumpu ke arah dia
sekali lagi. Tidak sangka dia berjaya melepaskan diri dari kawalan ketat guard
berbadan besar. Habis sekali lagi studio kecoh. Habis juga dia melarikan
diri ke setiap pelusuk bucu dewan.
“NANTI!” jerit seorang gadis muda.
Sekarang tertumpu pula pada seorang gadis muda. Sederhana tingginya.
Namun nampuk anggun dan matang jika diperhati. Hidungnya yang mancung membantu
menyerlahkan lagi seri ciri wanita melayu.
“Tolong jangan kejar dia boleh tak. Lagi korang kejar, lagilah dia
suka tahu” seolah tahu sungguh akan budak lelaku kecok itu. Lagi dia menyambung
“Begini, saya akan bawa dia keluar dari sini. Dan saya minta sangat dari semua
supaya jangan apa-apa kan dia.”
Diam sebentar dewan. Apa jadi sebenarnya? Siapa gadis muda ini?
“Lain kali awak jaga kawan awak tu elok-elok.. buat kecoh sahaja.” Salah
seorang guard bersuara.
Dalam kepala gadis itu sudah terbayang balasan yang bakal diterima
oleh si-pembuat kecoh. Penumbuknya sudah dikepal erat. Siaplah kau nanti!
“Naim.. sini kau! Balik cepat.” Suaranya yang kuat itu didengar
hingga ke atas pentas. Ternyata dia seorang yang garang.
Tergesa-gesa Naim menuju ke gadis muda tadi. Kecut Naim apabila
dipanggil.
SLAAP!
Naim ditampar.
“kau ini berapa kali aku nak ingatkan... Orang yang boleh tulis
lirik, tak semestinya pandai menyanyi. Berapa kali nak ingatkan”
Dia meneruskan lagi. “Kau tu tak boleh nyanyi.. kau tu boleh tulis lirik sahaja. Kau buat lirik, biar orang lain yang nyanyikan!”
Dia meneruskan lagi. “Kau tu tak boleh nyanyi.. kau tu boleh tulis lirik sahaja. Kau buat lirik, biar orang lain yang nyanyikan!”
Sambil menarik telinga adiknya Naim, mereka menuju keluar. Membebel
dia sepanjang jalan menuju pintu keluar..
“okey! Minta maaf banyak-banyak ya semua. Minta maaf ya.. lepas ini tidak akan berlaku lagi saya janji!
Yang tercengang terus tercengang. Rasanya hampir semua jugalah yang tidak faham apa yang berlaku.
“okey! Minta maaf banyak-banyak ya semua. Minta maaf ya.. lepas ini tidak akan berlaku lagi saya janji!
Yang tercengang terus tercengang. Rasanya hampir semua jugalah yang tidak faham apa yang berlaku.
p/s : nantikan yang seterusnya! :)