Cuba mula dengan ini, dan naiklah setingkat lagi! |
Sebenarnya isu dakwah ini asalnya adalah satu isu yang mudah. Hanya
daipada satu hadis nabi ini, ia boleh berkembang menjadi sesuatu yang amat
besar.
“Apabila kamu nampak
kemungkaran, maka ubahlah dengan tangan, jika tidak mampu ubahlah dengan lisan,
jika tidak mampu ubahlah dengan hati, maka itu adalah selemah-lemah iman.”
Asalnya begitu, kamu lihat kamu ubah. Begitu.
Mudahnya dipanggil mencegah kemungkaran dan menyebarkan maaruf.
Panggilan biasa bagi perbuatan ini dipanggil dakwah.
Namun, perkara yang mudah ini sangat bergantung pada situasi. Boleh
jadi amat mudah dan boleh seribu kali ganda lebih payah dari apa yang kita
sangka.
Contoh bagi perbuatan dakwah yang mudah adalah begini
:
Anda melihat sebuah plastik yang dalamnya ada saki baki sambal, anda jangka ianya adalah bekas dari sambal keropok lekor yang dijual makcik kantin di sekolah anda. Dengan segeranya anda mengambil sampah tersebut dan memasukkan ke dalam tong sampah. Jalan kembali bersih dengan langkah mudah anda membuang sampah ke dalam tong sampah.
Anda melihat sebuah plastik yang dalamnya ada saki baki sambal, anda jangka ianya adalah bekas dari sambal keropok lekor yang dijual makcik kantin di sekolah anda. Dengan segeranya anda mengambil sampah tersebut dan memasukkan ke dalam tong sampah. Jalan kembali bersih dengan langkah mudah anda membuang sampah ke dalam tong sampah.
Contoh seterusnya yang lebih mudah adalah begini :
Setelah dikenal pasti anda mempunyai peribadi yang
elok, beserta akhlak yang mulia, anda dilantik menjadi ketua kebersihan untuk
kelas anda, 3 murni. Majoriti kelas melantik anda untuk memikul tanggungjawab
ini.
Nah, kini semakin berat. Pertama, anda perlu membuat
jadual tugasan sepanjang minggu, yang cantik dan berwarna warni, sedikit perjumpaan
dengan timbalan anda yang juga budak perempuan yang banyak celoteh. Seterusnya perlu
memastikan jadual itu diikut oleh semua budak dalam kelas anda. Jika kelas
tidak bersih, andalah yang perlu berjumpa dengan guru kelas untuk diambil
tindakan.
Berbeza dengan contoh yang pertama, isu kebersihan dan sampah
semakin berat. Contoh yang lebih berat adalah seperti berikut :
Merungut pun tidak boleh, anda kini adalah ketua
kebersihan dan keceriaan bagi sekolah anda. Kini, anda perlu menyertai meeting(perjumpaan)
majlis perwakilan pelajar, juga perlu membuat meeting unit anda, menyusun aktiviti
sepanjang tahun, meletakkan target unit anda untuk sesi pertama dan kedua,
memastikan perancangan aktiviti setahun berjalan lancar.
Tiga bulan lagi, anda akan mengadakan bulan keceriaan
dan kebersihan, dan anda adalah pengarah bagi bulan tersebut. Unit anda perlu bergabung pula dengan unit disiplin. Dalam masa yang sama, anda akan
menghadapi SPM pada akhir tahun.
Nah, berbeza sungguh daripada asal dahulu, ketika anda sekolah
rendah anda hanya mengutip sampah keropok lekor, kini menjadi pengarah bulan
kebersihan. Dahulu tiada apa-apa, sekarang ini anda perlu membuat system,
perancangan, unit dan gerak kerja semata-mata untuk memastikan kebersihan
sekolah anda.
Saya tidak ingin menyambung contoh-contoh hingga anda menjadi menteri
kesihatan. Cukup dengan perkembangan dakwah ini, yang sebenarnya asal daripada
hadis nabi yang awal tadi.
Moral :
1) Oleh sebab itu, anda perlukan mula dari bawah. Mula dari kutip sampah, dan dari itu dakwah anda akan berkembang.
1) Oleh sebab itu, anda perlukan mula dari bawah. Mula dari kutip sampah, dan dari itu dakwah anda akan berkembang.
2) Memang, teorinya dakwah ini adalah mudah, praktikalnya ya
ampun.. seribu kali susah.
3) Makin susah itu adalah tanda kematangan. Dakwah ini memang semakin
lama makin mencabar.
4) Entry ini adalah tipikal. Jika mahu ambil sila. Tidak mahu boleh
kritik
5) Boleh jadi input di atas boleh dipraktikkan dalam hal-hal yang
lain. Sekadar mahu tunjuk bahawa dakwah adalah begini.
Isunya praktik!