12/09/2012

Gaza Yang Tidak Kalah

Tags





Dengan awan begini dan dengan cuaca begini, waktu ini adalah waktu terbaik di Mesir. Awan kelihatan di atas bersama angin yang sepoi-sepoi begini. Cuma sekali sekala terkena angin badai itu, biasalah, sakit juga. Biarlah, beliung kecil juga mahu menikmati waktu sejuk seperti sekarang. Bermain dengan kedamaian angin sejuk tak sejuk ini.

Seperti saya dan Ali sekarang ini, berjalan-jalan pada petang hari berteman kesedepan petang musim sejuk. Tiada arah dan tuju, hanya melangkah mengikut sedap hati.

Awan pada petang ini sangat serupa pula seperti Malaysia. Tidak tahu bagaimana mahu cerita awan Malaysia itu bagaimana, tapi cukup untuk membuatkan saya rindu akan Malaysia.

“Mesir ni kadang-kadang boleh tahan juga” saya meluah apa yang terbuku

“Kah kah… kau beritahu aku, dekat mana yang Mesir ni teruk sangat?” Ali membalas laju walaupun dia daripada tadi tidak berkata sepatah.

“Boleh jadi to’miyah dengan ful atau himar dengan sampah sarap bersepah sana-sini?” saya membalas dengan sedikit humor.

“Paling kurang, lagi elok dari Gaza kau tahu..”

Kami menarik nafas. Perkataan Gaza ternyata mengubah suasana. Terus lupa kerinduan saya pada Malaysia. topik dialih dan suasana sedikit dianjak. 

“Gaza… mereka sedang buat apa ya petang-petang macam ni.” 

“Siapa tahu mereka sedang menikmati chapucchino hangat bersama sekeping roti cinnabon hangat atau bersama keluarga tercinta sambil melahap pisang goreng panas.. ” saya cuba melawak di petang hari.

Kami berdua gelak girang.

“kalau roket sejauh 75km pun mereka boleh buat dengan kondisi serba tak cukup tu, tak kan tak boleh buat roti cinnabon kot. Apalah sangat kan..“ Ali membalas lawak saya pula.

Ketawa kami pecah lagi pada petang ini. Tidak sangka Gaza boleh jadi bahan lawak. Memang tidak patut betul.

“Gaza ni misteri kau tahu.. pelik dan misteri sangat-sangat”

“Pagi pergi kerja, malam pergi berjaga. Ada masa buat roket atau terowong. Belajar hingga PhD pula. Bangunan mereka boleh tahan.  

Ali tidak menjawab, membiarkan sahaja saya menyambung. Hanya mengangguk sekali dua.

“Jauh sekali dengan kita..” sambil menghembus nafas dan memandang Ali. “gila betul…”

Gaza oh Gaza. Dalam kronologi perjalanan kau, dari dahulu hingga kini, kau memang tiada rehat dari dibantai. Namun dalam tiada rehat itu kau masih mampu bangkit setinggi ini, mengalahkan Israel, zionis durjana. Pasti air liur mereka sudah habis dalam gigilan pada siang dan malam. Menangis tiada henti dalam selimut Amerika.

Kau pula sedang bebas Gaza. Sudah lupa apa itu selimut. Ah, sudah buang jauh-jauh selimut ketakutan dan kekalahan.

“Habis tu, kita yang duduk sini minum air tebu ni macamana ya? Seronok di tempat lain tapi mereka bertarung di sana?”

Akhirnya kami menemui tempat untuk duduk dan bersembang. Ali yang teringin sangat untuk meneguk segelas tebu sebelum tiba musim sejuk yang lebih dingin. Saya memesan tembikai seperti biasa.

“Tak perlu nak gelabah la. Mereka tidak akan kalah!” saya separuh menjerit. “Kita tolong atau tak tolong pun mereka pasti menang” .

Ali pula separuh terkejut. Samada saya yang melawak atau itu jawapan yang serius?

“Main-main lah Ali. Bila Gaza diserang, jangan cepat melatah! Sokong dengan praktikal, boikot mana yang perlu, Mudah!" 




Seorang penuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir. Suka menulis cerita pendek dan kontot demi memandaikan ummah.